
Sumber-sumber memaklumkan, dalam masa terdekat 2-3 orang lagi wakil rakyat Umno akan membuat pengumuman keluar parti dan menyertai salah satu parti dalam Pakatan Rakyat
Antara YB UMNO yang disebut-sebut ialah......
1. Ahmad Fakeh Adam (Adun Lintang)~ gambar
2. Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah)
3. Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu)
4. Hamidah Osman (Sungai Rapat)
Petikan Malaysiakini
"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.
"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.
Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.
Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.
Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.
Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.
"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.
"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.....
Antara berita berkaitan
1. Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN
2. 3 lagi ADUN BN Perak sertai Pakatan?
3. Umno Perak pujuk ADUN Bota ubah fikiran
4. ADUN Bota dari Umno sertai PKR
5. NGO yakin masa depan Pakatan Rakyat lebih baik berbanding BN
4. Kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat? (Harakahdaily)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan