
Sudah menjadi kelaziman, ahli PAS akan mengadakan kesyukuran sempena kemenangan dalam Pilihan Raya sebagai tanda kesykuran kepada Yang Maha Esa atas kurniaan kemenangan PAS dalam PRK P036 Kuala Terengganu.
Seperti biasa, Ahli PAS di Cawangan Tok Motong, Jertih telah mengadakan kenduri kesyukuran dengan mengadakan Jamuan Laksa. Seingat ana, semasa PRU ke 12 lalu, walaupun PAS kalah di Parlimen Besut & DUN Jertih, tetapi mereka tetap mengadakan kenduri kesykuran. Tanya ana kepada seorang ahli cawangan, sempena apa buat kenduri ni??. Dengan rendah diri dia menjawab. "Banyak sebab....kemenangan Islam di Kedah & Kelate....sempena Pakatan menang 5 negeri....dan bapak 'natang' Deriss yang menang tetapi kalah....(X dapat jadi MB)
Walaupun ana tidak berkesempatan menghadiri Jamuan kesyukuran di UPU Gong Tok Nasek pada cuti CNY lalu ( 4 ekor kerbau & 1 lembu) & Majlis kesyukuran di Pejabat Perhubungan PAS Trg pada hari khamis lalu. Semalam, ana sempat menghadiri Jamuan Laksa tersebut & majlis kesyukuran di Putera Jaya, Setiu . PAS cawangan Putera Jaya telah tumbangkan sekor lembu sebagi tanda kesyukuran ke atas nikmat pemberianNya.
Tak berhenti sampai situ, 3 Feb 2009 (selasa) ini, PAS Besut dengan kerjasama PAS UPU Padang Luas akan menumbangkan seekor lembu (sumbangan ex-Adun Jertih Tun Salleh Abas) bagi meraikan petugas PRK P036 Jerteh yang bertugas di UPU Tok Nasek. Pada malam itu juga akan diadakan ceramah Umum yang akan disampaikan oleh wakil rakyat P036 sendiri YB Wahid Endut sendiri & YB Azan Ismail (MP Indera Mahkota)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan