
Dalam surat tersebut yang bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu dipecat kerana "mencemarkan nama perkhidmatan awam" selepas terlibat dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
Peguam bekas imam itu Ahmad Nizam Hamid memberitahu Malaysiakini hari ini, tanpa memberikan sebarang alasan konkrit, surat itu menyatakan "keterangan-keterangan sedia ada sudah mencukupi" untuk memecat Ramlang.
Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR itu Jun lepas.
Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat (foto bawah, kanan) - kira-kira 48 jam sebelum hari pengundian di Permatang Pauh - menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.
Jakim juga menolak permohonan Ramlang untuk menghadapi satu siasatan dalaman (domestic inquiry) berhubung tindakan disiplin terhadapnya dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab Jakim pada November lepas.
Ahmad Nizam menjelaskan, Ramlang yang kini sedang berehat akan mengemukakan rayuan bertulis selewat-lewatnya minggu depan seperti Peraturan 14 dan 15(1) peraturan yang sama.
2 ulasan:
Setiap pegawai kerajaan dan mana mana pekerja ada peraturan dan tanggungjawab terhadap majikan masing masing - tidak ada aneh bila dipecat.
Berani buat berani tanggung.
Merayu bererti mengaku.
Saya juga menyokong kenyataan kluangman. Tidak sepatutnya beliau melanggar perintah Am, Akujanji dan pekeliling2 bagi kakitangan kerajaan. Apatah lagi jawatannya itu sebagai Imam. Sepatutnya jadilah orang tengah, sebagai penyatu ummah bukan berkempen di atas pentas parti politik.
Catat Ulasan