
TERKINI: Menurut sumber, Adun Bota, Nasharuddin Hashim akan mengadakan sidang media di rumahnya di Bota Kiri pagi esok bagi menjelaskan kedudukan dan pendirian sebenarnya berkenaan tawaran beliau menjadi Menteri Besar Perak yang baru jika dua Adun PKR tersebut melompat ke BN.
Seorang pimpinan PAS Parit memaklumkan, Ketua Bahagian PKR Parit, Usaili Alias mengesahkan Nasharuddin Hashim akan tetap bersama parti itu sekalipun terdapatnya tawaran menjadi Menteri Besar. Pagi esok katanya, Nasaharuddin akan memaklumkan pendiriannya itu kepada media.
Perkembangan lain, Anwar Ibrahim dikatakan mengesahkan bahawa terdapatnya usaha gigih dari Najib Tun Razak untuk menggugat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak pada masa sekarang. Beliau menghubungi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin ketika berlangsungnya ceramah menyambut kemenangan PAS Kuala Terengganu di Tanjung Belanja, Parit malam tadi.
Selain Nizar yang berceramah, Setiausaha Politiknya, Misbahul Munir Masduki dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Malam sebelumnya, lebih 10,000 orang hadir mendengar amanat Anwar Ibrahim dan Nasharuddin Hashim di Stadium Bakri Rais, Bota Kanan.
Sementara itu di Kuala Lumpur terdapat desas-desus yang menyebut semua Adun BN Perak akan mengadakan pertemuan khas bersama Najib Tun Razak di ibu negara. Tempat dan masa tidak diketahui tetapi ia akan dilangsungkan pagi esok dan dipercayai membincangkan strategi mereka untuk menubuhkan kerajaan baru, jika dua exco dan dua Adun DAP berjaya "dibeli" melompat BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan