Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

4 Feb 2009

Telefon Nizar pukul 4.39 petang ~ Malaysiakini

Saya sempat menghubungi YAB Dato’ Seri Nizar, Menteri Besar Perak jam 4.39 petang. Beliau telah pun berada di Istana Perak untuk mengadap DYMM Sultan Azlan Shah bagi tujuan mendapatkan perkenan Tuanku membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya memaklumkan keprihatinan teman-teman supaya kawalan keselamatan terhadap beliau dipertingkatkan. Ini memandangkan terdapat maklumat bahawa Datuk Nasaruddin, ADUN Bota telah “diculik” oleh pasukan keselamatan dan di bawa ke tempat yang tidak diketahui.

YAB Menteri Besar meminta saya mengesahkan maklumat tentang “penculikan” tersebut kerana beliau ingin memberikan gambaran sebenar kepada DYMM Tuanku tentang tindak tanduk pemimpin UMNO/BN yang terdesak dan menjelekkan khususnya Najib Tun Razak.

Untuk makluman, kesemua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Pakatan Rakyat telah bersetuju supaya pembubaran berlaku dan pilihanraya peringkat negeri dijalankan semula. Tindakan ini pastinya bertepatan dengan semangat dan proses demokrasi yang menjunjung ketuanan rakyat sepertimana yang diungkapkan oleh Presiden Abraham Lincoln, government of the people, by the people, for the people .

Walau bagaimanapun, baru sebentar tadi, Najib Tun Razak dengan nada angkuh mengumumkan bahawa mereka mempunyai jumlah ADUN yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. Beliau juga bercadang untuk mengadap DYMM Tuanku Sultan dengan niat jahat merampas kerajaan Pakatan Rakyat yang telah dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya yang lalu. Sudah pastilah Menteri Besar baru yang tiada integriti akan dicadangkan !

Saya katakan angkuh kerana rakyat mengetahui bagaimana beliau menghalalkan segala cara untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat sepertimana yang sering diungkapkan oleh pengamat politik; matlamat menghalalkan cara. Ayuh rakyat Perak, mari kita bangkit dan pertahankan mandat yang telah diberi oleh rakyat. Mari kita berdoa supaya DYMM Tuanku dikurniakan semangat keberanian untuk memperkenankan pembubaran dewan undangan negeri.

Untuk Najib, mari tunjukkan kejantanan dengan bertanding di dalam pilihanraya dan bukannya berselindung di sebalik tembok kekuasaan !

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.