Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Apr 2009

Gambar Final Piala FA



Anwar Ibrahim di Stadium Bukit Jalil by Anwar Ibrahim.








Anwar Ibrahim di Stadium Bukit Jalil by Anwar Ibrahim.
















Anwar Ibrahim di Stadium Bukit Jalil by Anwar Ibrahim.

Nizar Mahu 9 Hakim

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu panel sembilan hakim bagi mendengar permohonan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk Mahkamah Persekutuan memutuskan siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Peguam Mohammad Nizar, Leong Cheok Keng, ketika dihubungi hari ini, berkata bahawa beliau telah menghantar surat kepada setiausaha bagi Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Tun Azmi Rabu lepas dengan memohon panel hakim yang besar untuk mendengar perkara itu.

Antara alasan yang diberi untuk menyokong permohonan itu adalah perkara itu mempunyai kepentingan awam dan mereka mahu mengimbas semula isu aplikasi atau kesahihan Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Leong berkata panel lima anggota hakim sebelum ini telah membahaskan Perkara 63. Mahkamah telah menetapkan Selasa ini untuk mendengar permohonan Zambry.

Adakah permohonan untuk 9 orang panel hakim akan diluluskan? Atau perkara yang sama seperti kes Speaker Perak akan diulangi dalam kes Nizar? Seluruh dunia sedang memerhatikan pekembangan undang-undang negara baru-baru ini.

Gambar Mesyuarat Agung PAS Kawasan Besut ke 50

Ucapan Sulong Yang DiPertua PAS Kawasan Besut Sesi 2009/2011

Ketua Ulama; Ust Mohd Zin (Kanan) & Ketua Pemuda; Ust Zulkifli

Yang DiPertua PAS Sesi 2007/2009

Setiausaha & Timbalan Yang Di Pertua sesi 2007/2009

Ketua Dewan Muslimat; Napisah Ismail

Perwakilan Urusan Ulama'

Sibuk nye..
Ketua Penerangan & Bendahari sedang memeriksa buku atucara

Ana membentangkan....
Setiausaha PAS Kawasan sedang membentangkan minit

Sedang kemaskini blog ke??
Nik Mi sedang mencatat minit

Dato Mustafa Ali sedang menyampaikan ucapan

Ucapan YDP PAS Besut sesi 2007/2009

Bukit Gantang.....
Hj Hassan (Pengarah Mesyuarat Agung) memberi ucapan

Ramai nye...
Kehadiran hampir 900 orang perwakilan

Shof AJK Muslimat yang baru

Ust Nik Zawawi, Dato Husian & Dato Pesuruhjaya

Antara perwakilan Muslimat

Sedang menyanyikan Lagu PAS

Orang lama...
Hj Ibrahim & Hj Yusof

Mana nama ana ni???
Sibuk semasa pendaftaran

Haji apa khabar??
Ust Nik Zawawi bertanya khabar

Ok Tak??
Timbalan Urusan Ulama' Besut: Ust Hawari

Nak isi borang Unit Amal bila ni??
Ketua Unit Amal; Zulkefli sedang beri penerangan

Ketua Pemuda lama & baru
Ust W.Shukri & Ust. Zulkifli

Macam ni..bla...bla...
Abg Din sedang bertanya khabar

Beli....Beli.... Kek ada Bahulu ada....

Lelong... lelong... Murah! Murah! Bahulu ni 10 biji seringgit..

Jihadi sedang memakaikan bunga ke baju Dato' Husain

Ust Wan Sukri & Dr Syamsuri sedang berbincang

Jual buku...Jual buku ni...
Kuanter Pendaftaran Hulu Besut

Mari secawan...
HPA juga membuka gerai

Berapa dah orang bayar pendaftaran??
Hj Safar (Bendahari) sedang memerhatikan kaunter pendaftaran

Mana orang ni???
SU Kota Putera sedang membuat pendaftaran

Manohara Odelia Pinot muncul

Semalam Negeri Tok Guru bertembung dengan DS Khalid Ibrahim dalam Akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil. Nasib belum menyebelahi kelate kerana apabila Selangor menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Semalam juga terjawab teka-teki dalam posting blog ini tentang Manohara Odelia Pinot sebelum ini. Bila lihat gambar pasangan di raja Kelantan berada semasa perlawanan akhir semalam maka terjawab teka-teki yang terungkai sebelum sebelum ini.

Semalam juga Pasangan diraja itu yang kelihatan begitu mesra berpegangan tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan anak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa di sini semalam.
TENGKU Muhammad Fakhry Petra (dua dari kiri) dan isteri, Cik Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot (dua dari kanan) beramah mesra dengan pasangan mempelai, Ahmad Syafi Datuk Husam dan Indah Purnamasari Didin pada majlis perkahwinan mereka di Kampung Kota, Kota Bharu, semalam (25 April)-UtusanPasangan diraja itu hadir pada majlis perkahwinan Ahmad Syafi Husam, 21, dan Indah Purnama Sari Didin, 18, di Kampung Kota di sini pada pukul 1.40 petang. Kehadiran mereka menarik perhatian orang ramai pada majlis tersebut.

Kemunculan Manohara sekali gus menangkis beberapa laporan akhbar harian Indonesia baru-baru ini yang mendakwa model jelita itu telah didera di dada oleh suaminya yang merupakan seorang kerabat Diraja Kelantan yang dikahwininya pada tahun lalu.

Sebelum ini posting PEMUDABESUT melaporkan kenyataan yang dibuat oleh ibu model itu, Daisy Fajarina kepada akhbar harian di Jakarta yang mendakwa anak perempuannya itu mengalami penderaan fizikal dan emosi selepas menjadi isteri anak raja itu.

Pelakuan itu didakwa dilakukan sejurus selepas pasangan itu mengerjakan umrah pada bulan lalu, namun Istana Kelantan menafikannya malah memberitahu bekas model muda itu sangat bahagia bersama suaminya.

Ibu Manohara juga membuat tuduhan terbuka dengan mendakwa dihalang daripada melawatnya anaknya di negara ini ekoran larangan Jabatan Imigresen yang kononnya memenuhi permintaan pihak Istana Kelantan

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.