SPRM Tahan 34 Individu Terlibat Seludup Pasir Ke Negara Jiran
Setiausaha Kerja Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Hussein Ahmad dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya untuk disoalsiasat berhubung penjualan pasir di Selangor.
Pegawai SPRM mengambil tiga dokumen dari pejabat Hussein Ahmad iaitu profil syarikat-syarikat yang terbabit dalam penjualan pasir, lawatan ke Hangzhou pada November 2009 dan terbaru lawatan ke Beijing minggu lalu.
Exco Yaakob Sapari berkata penangkapan Hussein Ahmad mencurigakan kerana soal kelulusan perlombongan pasir dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menguruskan industri itu.
“Pejabat saya tidak ada kuasa untuk meluluskan mana-mana permohonan pasir, semua urusan permohonan dikendalikan di Kumpulan Semesta”
“Profil yang diambil semalam itu, saya dah semak dengan kumpulan semesta. Mereka tidak ada memohon mana-mana kontrak dan dia tak dapat kontrak pun di Semesta"
Mengulas mengenai lawatan ke China, Yaakob berkata laporan SPRM mendakwa kunjungan itu ditaja oleh kontraktor pasir, sebenarnya mereka dihantar oleh kerajaan negeri.
“Berhubung lawatan ke China, ia lawatan rasmi Kerajaan Negeri yang dibayar oleh Kerajaan Negeri “
Beliau tidak menolak kemungkinan penangkapan ini adalah ulangan taktik lama Umno-BN menggugat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
“SPRM dapat aduan daripada orang, tapi bila kena pada kita nampak cepat dan cekap sekali SPRM ini” katanya. TVS
TV ONLINE
21 Jan 2010
Operasi SPRM Mencurigakan – Yaakob Sapari
Demo Bantah Kedai Judi Haram
Kuala Nerus - Lebih 100 orang penduduk sekitar Kampung Batu Enam dekat sini telah keluar ke jalanraya dan menyatakan bantahan mereka terhadap dua buah kedai yang menjalankan operasi menjual ‘judi haram’.
Mereka telah berdiri dihadapan kedua-dua kedai 'ekor haram' yang terletak berhampiran jambatan Buluh Gading, setelah laporan dan makluman mereka kepada pihak berkuasa gagal menyekat operasi kedai tersebut.
Bantahan yang bermula jam 5.30 petang (hari ini) 20 Januari, 2010, berakhir sejam kemudian. BO
20 Jan 2010
Bakar gereja Metro: Lapan termasuk 2 beradik ditahan reman

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Bakri Zinin berkata mereka ditahan di sekitar kawasan Polis Daerah Sentul antara malam tadi dan awal pagi ini.
Salah seorang suspek, yang berusia 21 tahun, ditahan di sebuah hospital di ibu negara selepas dia menerima rawatan kesan kebakaran pada dada dan tangan, kata Bakri.
Kesan itu dipercayai dialami ketika serangan ke atas gereja itu.
Katanya, tujuh yang lain ditahan di beberapa kawasan di Lembah Klang selepas penahanan pertama.
Tiga suspek termasuk yang cedera itu mempunyai hubungan kekeluargaan - dua beradik dan seorang bapa saudara. Mereka bekerja sebagai kerani perkhidmatan penghantaran.
“Penangkapan terakhir dibuat 7.30 pagi ini. Tiga daripada suspek dipercayai ada hubungan persaudaraan di mana dua adalah adik-beradik dan bapa saudara mereka... yang baki lima merupakan rakan mereka,” kata Bakri.
Bakri menjelaskan penahanan itu masih baru dan oleh yang demikian mereka memerlukan masa untuk menjalankan siasatan secara mendalam.
Beliau bagaimanapun enggan memberikan butiran berkaitan dengan latar belakang kaum dan kewarganegaraan suspek-suspek yang ditahan itu.
“Kes ini masih disiasat. Jadi saya berharap orang ramai akan memberikan kami masa untuk menjalankan siasatan dengan rapi.
“Jika kami ada lebih banyak maklumat, kami akan mengambil tindakan perlu,” katanya lagi.
Bagaimanapun berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh polis, kesemua suspek yang ditahan merupakan “pemuda Melayu dalam lingkungan 20-an yang kini tinggal di kawasan Ampang.”
Kenyataan itu yang diberikan sejurus selepas sidang media beliau mengesahkan bahawa serangan ke atas Gereja Metro Tabernacle dikenalikan oleh kira-kira 10 orang.
“Suspek-suspek ini beredar dengan menaiki kereta dan motosikal selepas serangan dilakukan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang memberikan kerjasama dengan kami bagi membolehkan penahanan ini dilakukan.
“Pada masa yang sama saya hendak memberi amaran kepada beberapa pihak. Berikan polis satu peluang untuk menjalankan siasatan.
“Jangan kaitkan suspek-suspek dengan kumpulan-kumpulan tertentu. Jangan ambil apa-apa tindakan tidak wajar,” katanya.
“Polis berada di sini untuk memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara,” kata Bakri.
Tambah beliau kes itu disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan, melakukan serangan menggunakan bahan api atau letupan dengan tujuan mahu mendatangkan kerosakan.
Dengan penahanan mereka, kata beliau, polis percaya kes itu telah selesai.
Gereja Metro Tabernacle merupakan antara premis yang musnah teruk dalam kejadian serangan dan kerja vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat, yang dilihat berhubung kait dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan kalimah “Allah”.
Ia juga merupakan gereja pertama diserang.
Sebelum ini, polis percaya lebih daripada dua suspek terlibat dalam kejadian membakar gereja itu.
Ia berdasarkan maklumat saksi yang ternampak dua motosikal diletakkan berhampiran gereja tersebut kira-kira 12 tengah malam pada hari kejadian.
Saksi juga nampak kelibat satu lembaga melemparkan sesuatu ke arah gereja tersebut sebelum berlaku letupan yang memusnahkan hampir 80 peratus ruang tingkat bawah gereja tiga tingkat itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun selain boleh dikenakan denda.
Gereja Metro Tabernacle beroperasi sejak 12 tahun lepas dan mempunyai 1,500 jemaah.
Makkal Sakti: Thanenthiran singkir Kumpulan 14 termasuk timbalannya
KUALA LUMPUR, Jan 20 — Presiden Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran, yang pulang dari India pagi ini, mengambil tindakan drastik menyingkirkan Kumpulan 14 yang diterajui timbalannya atas alasan mereka telah menjejaskan imej parti itu termasuk usaha menggulingkan beliau Ahad lalu.
Kumpulan 14 itu merujuk kepada 14 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang mencabar kepimpinan beliau sepanjang dua bulan yang lalu. CC Makkal Sakti mempunyai 27 anggota.
Langkah terbaru Kumpulan 14 pada Ahad lalu ialah mengambil keputusan memecat Thanenthiran (gambar) dari parti, sekali gus kehilangan jawatan presiden.
Daripada 14 anggota itu dua orang masing-masing merupakan timbalan presiden, A. Vathemurty dan setiausaha agung R. Kannan.
“Saya sudah memutuskan untuk menyingkirkan mereka dari parti ini. Notis akan dikeluarkan hari ini oleh pemangku setiausaha agung... saya sudah keluarkan arahan segera mengenai tindakan ini sebentar tadi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas tiba di Pulau Pinang dari Chennai pukul 8.30 pagi tadi.
Thanenthiran berkata mereka bulan lagi ahli Makkal Sakti selepas surat tunjuk sebab yang dihantar 31 Dis lalu tidak dijawab.
“Sepanjang satu setengah bulan lalu saya mendiamkan diri kerana mahu berpuasa sempena keputusan tunai nazar dan upacara sembahyang, malangnya mereka mengambil kesempatan atas tindakan saya mendiamkan diri.
“Selepas ini saya tidak mahu duduk diam... tindakan pertama ialah mengeluarkan mereka ini (Kumpulan 14) yang bermasalah ini dari parti... saya tidak layan kerenah mereka lagi,” kata beliau.
Selain itu Thanenthiran beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan kesalahan menceroboh ibu pejabat Makkal Sakti dan memfailkan kes mencuri ke atas Kumpulan 14 kerana memasuki premis berkenaan Ahad lalu secara tidak sah.
Thanenthiran berkata, tindakan Kumpulan 14 mengadakan mesyuarat tidak sah dari segi perlembagaan parti pada Dis 19, Jan 9 dan 17 Jan telah memudahkan beliau “untuk mengambil tindakan menyingkirkan mereka dari parti.”
“Saya hendak menegaskan hari ini bahawa saya masih presiden yang sah, yang sah dipilih oleh ahli-ahli parti... saya akan meletakkan noktah terhadap semua tindakan penyangak seperti mereka,” katanya.
Thanenthiran mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas kesemua 14 anggota berkenaan kerana mengadakan mesyuarat di tempat letak kereta di pekarangan pejabat Makkal Sakti di Shah Alam dan tindakan itu didakwa telah menjejaskan nama baik parti itu.
Surat itu dikeluarkan pada 31 Dis lalu.
Ahad lalu kumpulan 14 anggota CC yang mencabar kepimpinan Thanenthiran memutuskan untuk memecat beliau sebagai presiden sulung Parti Makkal Sakti dan keputusan itu berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu yang dilihat sebagai satu bentuk “penggulingan” diputuskan susulan keputusan inkuiri yang diadakan di ibu pejabat parti itu di Shah Alam.
Inkuiri itu menghalusi lima tuduhan yang secara umum mendakwa Thanenthiran telah mencemarkan nama baik parti.
Kesemuanya diluluskan sebulat suara.
Kumpulan 14 yang diterajui Vathemurty mahu memilih presiden baru 7 Feb ini.: Malaysiainsider
OKU: Ketua Pesuruhjaya SPRM minta maaf kepada Karpal Singh
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamad memohon maaf kepada Karpal Singh berikutan tindakan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dikatakan menghina orang kurang upaya (OKU).Begitu juga Peguam Kanan Persekutuan Persekutuan yang mengeluarkan kata-kata tidak baik terhadap OKU itu juga difahamkan telah memohon maaf.
Baru-baru ini, seorang Peguam Kanan Persekutuan didakwa mengeluarkan kata-kata menghina ke atas peguam Karpal Singh berkaitan dengan kecacatannya.
Ekoran itu, pelbgai pertubuhan OKU membuat bantahan terhadap penyataan yang dianggap menghina itu. Antaranya bantahan dibuat oleh Badan Latihan & Hidup Berdikari (ILTC), sebuah NGO yang mewakili orang kurang upaya.
(Gambar: Surat ILTC yang dihantar kepada SPRM bagi membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM)
ILTC membantah kenyataan Peguam Kanan Persekutuan berkenaan yang dianggap sebagai menghina OKU apabila beliau menghina Karpal Singh.
Berikut adalah kenyataan penuh SPRM yang dihantar kepada Harakahdaily yang dikeluarkan oleh Ps. Nurhasmah Mohamed Kassim bagi pihak Ketua Unit Komunikasi Korporat SPRM.
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
----------------------------------
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kepada laporan media berhubung kenyataan Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili SPRM dalam satu perbicaraan mahkamah pada 18 Januari 2010.
SPRM dimaklumkan bahawa Peguam Kanan Persekutuan tersebut telah menarik balik kenyataan yang dibuat dan permohonan maaf telah dibuat oleh beliau kepada individu berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM mewakili warga SPRM ingin memohon maaf di atas kenyataan tersebut dan tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak dalam perkara ini.
SPRM juga merujuk kepada dakwaan Rakyat Anti-Diskriminasi ke atas OKU Malaysia (MADD) dan Badan Latihan dan Hidup Berdikari (ILTC) yang dikatakan terpaksa menunggu lama untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM serta ketiadaan pegawai SPRM untuk menerima memorandum tersebut.
Pejabat Ketua Pesuruhjaya SPRM hanya menerima permohonan daripada ILTC berhubung penyerahan memorandum tersebut melalui faksimili jam 10.03 pagi pada 18 Januari 2010. Dalam permohonan tersebut, ILTC meminta Ketua Pesuruhjaya SPRM datang ke Pejabat SPRM Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur untuk menerima memorandum tersebut pada jam 11.30 pagi.
Namun begitu, Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dapat hadir kerana pada waktu yang sama beliau menghadiri Majlis Perasmian MyID dan Mesyuarat Agensi-Agensi Sektor Awam oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Walau bagaimanapun, pihak SPRM Wilayah Persekutuan telah diminta untuk menerima memorandum tersebut bagi pihak Ketua Pesuruhjaya.
SPRM memohon maaf di atas segala kesulitan yang dilalui oleh pihak MADD dan ILTC dan akan memastikan perkara ini tidak berulang lagi.
IBU PEJABAT
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA, PUTRAJAYA
19 JANUARI 2010
Harakahdaily.net/-
19 Jan 2010
Mursyidul Am baru Ikhwanul Muslimun
Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.
Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.Pada pukul 11.00 am (5.00 pm waktu Malaysia) tadi, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am ke lapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.
Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin ke 8 dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.
Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir dan anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan 3 orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.
Dr Muhammad Badi’ mendapat ijazah Sarjana Muda (B. Sc.) Veterinary Science (Kedoktoran Haiwan) dari Universiti Kaherah pada tahun 1965, ijazah Sarjana Vet Sc tahun 1977 dari Universiti Az-Zaqaziq, Ph.D Vet. Sc tahun 1979 dari Universiti Az-Zaqaziq, Professor Madya Vet. Sc. Di Universiti Az-Zaqaziq tahun 1983, Professor Vet. Sc. Di Universiti Kaherah cawangan Bani Suef tahun 1987, ketua Jabatan Patologi, Fakulti Vet. Sc. Tahun 1990. Beliau telah menyelia 15 thesis Masters dan 12 thesis Ph.D dan berpuluh kertas penyelidikan dalam bidang Kedoktoran Haiwan (Vet. Sc.). Sekarang beliau bertugas sebagai Professor di Jabatan Patologi, Fakulti Sains Veterinar di Universiti Bani Suef, selatan Mesir.
Dalam arena Dakwah Ikhwan Muslimin, beliau menjadi anggota Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1975, Masul Maktab Idari di Mahalla Kubra tahun 1977, Masul Tarbiyah di Ar-Rabitah, Yaman (1982 – 1986), anggota Maktab Idari di Bani Suef (1986), Masul Maktab Idari di Bani Suef (1990), Masul Tarbiyah Mesir (1994), anggota Maktab Irsyad (sejak 1996) dan anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin Antarabangsa (2007) dan Penyelia Biro Tarbiyah (2007).
Mursyid Am ke Lapan, Dr Mohd Badi’ mengucap hormat dan ukhuwwah kepada Mursyid Am ke Tujuh, Ustaz Mahdi Akef di sidang akhbar antarabangsa jam 11.00 pagi tadi (waktu Mesir) yang mengumumkan keputusan pemilihan Mursyid Am yang baru bagi jemaah Ikhwan Muslimin.
Beliau bersama-sama sebahagian pimpinan Ikhwan Muslimin termasuk ahli tafsir Fi Zilal Al-Quran, Asy-Syahid Sayyid Qutb dihadap ke Mahkamah Tentera pada tahun 1965 dimana Sayyid Qutd dijaatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala beliau dipenjara 15 tahun. Selepas 9 tahu, beliau dibebaskan pada tahun 1974. Pada 1998, beliau dipenjara selama 75 hari atas isu “Persatuan Ad-Dakwah Al-Islamiah”. Pada tahun 1999, Mahkamah Tentera menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara. Pada tahun 2008, ketika musim Pilihanraya Dewan Undangan Negeri, beliau dipenjara selama sebulan.
Nama Dr Muhammad Badi’ tersiar dalam Ensaiklopedia Ilmiah Arab dikalangan 100 tokoh Arab yang diterbitkan oleh Badan Penerangan Mesir tahun 1999.
Semoga Allah swt mengurniakan beliau TaufiqNya dalam memimpin jemaah Ikhwan Muslimin yang menjadi salah satu tempat harapan ummah Islamiyah dalam mengembalikan identity Islam kedalam diri dan masyarakat Islam, berhadapan dengan penentangan dan projek gergasi Amerika, Yahudi dan barat untuk menguasai dunia dan menghancurkan Islam. “Wahai orang-orang beriman, jika kamu menolong Allah, Dia akan menolong kamu dan akan meneguhkan pendirian dan kedudukan kamu” (Al-Quran).
Pro-Mahasiswa juga kuasai MPP Kuis
Kumpulan Pro-Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pilihan raya kampus Kolej Universiti Islam Antarabangsa (Kuis) Selangor.Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.
Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.
“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa Kuis Syukri Abdul Razak.
Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.
Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.
“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.
Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.
Khamis depan sebanyak enam universiti akan mengadakan pilihan raya.~The Malaysian Insider
Anugerah Juara Lagu 24
Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah
4)Kontroversi !! Black Cium Mas Idayu
Seorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri.
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
PKR beri diplomat taklimat isu 'Allah', kes liwat Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi memberi taklimat kepada para diplomat asing di negara ini tentang perkembangan kes liwat kedua penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual bermula minggu depan.
Turut diberi taklimat ialah isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.
Wakil-wakil media asing juga hadir pada majlis taklimat ini. Bagaimanapun Anwar tidak menghadiri taklimat itu yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat sini.
Sebaliknya taklimat diberikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali dan naib-naib presiden Sivarasa Rasiah dan Mustafa Kamil Ayub. Mustafa juga merupakan pengerusi biro antarabangsa PKR.
Turut hadir pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.
Taklimat itu diberikan dua hari selepas Anwar kembali dari luar negara.
Langkah pagi ini menyusul pertemuan Anwar dengan sekumpulan kira-kira 120 orang yang terdiri daripada ahli poltik, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan termasuk pemimpin agama dan ahli akademik berhubung isu kalimah “Allah” di kediamannya malam tadi.
Satu dokumen bersama hasil pertemuan malam tadi dijangka dikeluarkan hari ini.
Sementara itu, Syed Husin ketika dihubungi mengesahkan taklimat hari ini dihadiri kira-kira 50 perwakilan asing termasuk duta beberapa negara.
Jelas beliau, pihaknya menyentuh kedua-dua isu kalimah Allah dan kes mahkamah membabitkan Anwar pada taklimat hari ini.
“Tentang soal kes Anwar, kami menjelaskan bahawa ada unsur-unsur tidak adil dalam soal pihak berkuasa menangani kes ini.
“Nampaknya mereka cuba untuk mengetepikan Anwar daripada kegiatan politik kerana beliau dianggap sebagai ancaman kepada kerajaan,” katanya.
Dalam isu kalimah Allah, kata beliau, PKR mengetengahkan pendirian mereka berdasarkan lunas agama yang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimah Allah.
“Kami menekankan bahawa isu kalimah Allah hanya dibesar-besarkan oleh kerajaan untuk mendapatkan sokongan, menggunakan isu ini untuk membawa kemenangan kepada BN,” kata Syed Husin.
Bagaimanapun Syed Husin menafikan taklimat ini bertujuan mendapatkan simpati terhadap Anwar menjelang kesnya yang dijadual bermula Isnin ini.
“Kami cuma memberi penerangan kepada mereka tentang isu kalimah Allah dan pada masa yang sama mengenai kes Anwar dan menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan mereka,” katanya.
Sehubungan itu kata beliau, ini bukan perkara baru kerana pihaknya pernah mengadakan taklimat seperti ini sebelum ini.
PKR juga kini mengadakan program jelajah negara sejak minggu lalu dan ceramah 40 malam anjuran sayap pemudanya, Angkatan Muda Keadilan sejak bulan lalu.
Difahamkan langkah itu diambil oleh parti dalam usaha mendapatkan sokongan ekoran tuduhan yang dikenakan ke atas Anwar, yang kedua sejak tahun 1998.
Anwar, yang juga ketua umum Pakatan Rakyat, sudah banyak kali menyifatkan tuduhan itu sebagai konspirasi kerajaan untuk menjatuhkan beliau dan partinya.
Pada tahun 2008, kerajaan juga pernah mengadakan taklimat sedemikian kepada diplomat asing, beberapa minggu selepas Anwar ditahan berhubung dakwaan tersebut. Kerajaan menafikan dakwaan itu.
Minggu lalu Kementerian Dalam Negeri memberi taklimat kepada diplomat asing mengenai perkembangan isu kalimah “Allah”.
Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful Bukhari, 25, bekas pembantu peribadinya, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Perbicaraan kes liwat itu ditetapkan bermula Isnin ini selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lalu. themalaysianinsider
Perahu terbalik-PAS Ucap Takziah, mahu Kementerian dan Sekolah bertanggungjawab
Insiden malang ini menyebabkan negara kehilangan enam warganegara muda melibatkan seorang guru berusia 20 tahun, Chin Ai Fang dan lima pelajar dari Sekolah Tinggi Chung Ling, Air Itam-Jason Ch’ng, Chin Aik Siang, Cheah Zi Jun, Koh Yizhiang dan Brandon Yeoh. Daripada 18 orang yang menaiki perahu naga tersebut, hanya 12 orang sahaja yang dapat diselamatkan.
Pastinya tragedi ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa dan pelajar-pelajar lain.
Insiden ini boleh dianggap kecuaian yang terburuk melibatkan pelajar sekolah selepas tragedi jambatan gantung yang runtuh di Kuala Dipang pada 26 Oktober tahun lalu.
PAS mahu punca tragedi ini disiasat dan meminta Kementerian Pelajaran serta pihak sekolah bertanggungjawab sepenuhnya termasuk memberikan pampasan kepada keluarga mangsa kerana gagal mematuhi langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya.
Penggunaan jaket keselamatan adalah perkara wajib bagi aktiviti sukan khususnya yang melibatkan kawasan laut dan sungai. Maka adalah tidak wajar, pihak sekolah memandang remeh perkara ini hingga menyebabkan enam nyawa terkorban.
PAS berharap agar pihak Kementerian mengambil iktibar dan dapat memastikan setiap sekolah dinegara ini mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang sewajarnya sebelum membawa mana-mana pelajar mereka menyertai aktiviti didalam atau diluar Sekolah.
Penggunaan surat pelepasan tanggungjawab pada masa kini dilihat sudah tidak releven kerana pihak sekolah wajar bertanggungjawab termasuk memberikan jaminan insurans terhadap sebarang insiden yang berlaku sepanjang aktiviti dijalankan.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak Sekolah untuk memastikan setiap pelajar mereka dapat kembali dengan selamat ke pangkuan Keluarga masing-masing selepas menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen.
Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan.
Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.
Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.
Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul.
Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.
PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat.
Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
18 Jan 2010
Pro-Mahasiswa cipta rekod kuasai MPP Universiti Malaysia Terengganu
Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung semalam.Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.
Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.
Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.
MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.
MPT merupakan antara IPT awam baru ditubuhkan di negara ini.
Pro-Mahasiswa dan pro-Aspirasi merupakan dua ikatan tidak formal utama mewakili pelajar-pelajar IPTA dalam pilihan raya kampus IPTA. Kumpulan Pro-Aspirasi dilabelkan sebagai ikatan menyokong prinsip perjuangan politik kerajaan persekutuan manakala Pro-Mahasiswa dilihat mempunyai pendirian yang bertentangan.
Jurucakap Kumpulan Pro-Mahasiswa yang dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan ini kali pertama pihaknya berjaya “memecahakan tradisi kemenangan kumpulan Pro-Aspirasi.”
“Kejayaan ini menunjukkan pelajar di universiti ini juga mahukan perubahan dalam kepimpinan agar mereka dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelajar... mereka kelihatan kecewa dengan kepimpinan MPP sebelum ini,” katanya.
UMT merupakan antara IPTA yang sedang mengendalikan pilihan raya kampus.
Pengundian universiti itu dijalankan menggunakan sistem pengundian elektronik (e-undi), yang dipertikaikan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.
Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa, melibatkan 14 universiti awam, telah melancarkan Misi-10 iaitu sasaran menawan kampus dalam pilihan raya MPP yang berlangsung mulai bulan ini.
Sebahagian besar universiti awam tempatan akan mengadakan pemilihan MPP secara berperingkat mulai bulan ini bagi semester pengajian 2009/2010 — pendekatan yang digunakan sejak sesi pengajian lalu.
Selain UMT, universiti yang diwakili kumpulan Pro-Mahasiswa itu setakat ini ialah Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tenaga Malaysia, Universiti Industri Selangor, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Utara Malaysia.
Bagaimanapun pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia sudah pun berlangsung semester lalu dan dikuasai oleh kumpulan Pro-Aspirasi Mahasiswa.
Pada sesi pengajian lalu kumpulan Pro-Mahasiswa hanya menguasai dua universiti, bakinya oleh Pro-Aspirasi.
MiSi-10 merupakan gabungan barisan yang diketuai oleh Pro-Mahasiswa berganding bahu bersama badan mahasiswa yang lain iaitu SMM, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Pergerakan Pemuda dan Pelajar Demokratik (Dema), Kesatuan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Skrikandi Gerakan Muslimat Muda (SIGMA) dan Gabungan Mahasiswa Bantah E-voting (Bantah).
Kumpulan itu juga menuntut agar pengurusan universiti membenarkan kehadiran ejen pemantauan dari luar sepanjang pemilihan kampus diadakan.
Jumaat lalu, Misi-10 juga mengemukakan empat tuntutan iaitu menyediakan ruang demokrasi yang bebas dan adil di semua kampus, mengembalikan autonomi kampus khususnya hak mahasiswa berhimpun, bersuara dan berpersatuan dan kebebasan akademik, pelaksanaan sistem e-undi dimansuhkan serta menjaga keselamatan calon dan mahasiswa dalam proses pilihan raya.
Konvensyen Kebangsaan DAP - Tranformasi Malaysia
"Walaupun saya tidak dapat berdiri, DAP, PAS dan Keadilan tegas berdiri dibelakang saya."
Demikian ucapan pembukaan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh pada Persidangan KOnvensyen Kebangsaan DAP 2010 yang baru sahaja bermula sebentar tadi.
Persidangan kali pertama untuk tahun 2010 ini dijangka akan meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti.
Ucapan alu- aluan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendapat tepukan gemuruh perwakilan yang datang.
"52 tahun UMNO Barisan Nasional mejajah negara, tapi gagal membasmi kemiskinan tegar. Pakatan Rakyat baru setahun mentadbir Pulau Pinang misalnya, kita sudah mampu kurangkan kadar kemiskinan tegar," Ujar Guan Eng.
Bertemakan "Tranformasi Malaysia", persidangan ini dihadiri ratusan perwakilan dari seluruh negara menyaksikan Dewan Utama Hotel Syuen, Ipoh Perak penuh sesak.
Turut sama hadir memberikan sokongan Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub, Setiusaha Agung PAS, Mustafa Ali dan ramai lagi.
Kes Batu Buruk - Hakim, Pendakwa dan Pasukan Peguam Lawat Tempat kejadian
Hakim Mahkamah Sesyen, Mohammad Khalid Abd Karim, pasukan pendakwa dan peguam bagi kes Tragedi Batu Buruk telah turun ke lokasi tragedi begi mendapatkan gambaran sebenar peristiwa yang berlaku hampir dua tahun yang lalu. Penasihat Undang-undang PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian ketika ditemui Buletinonline di lokasi semalam. [Gambar - Hakim (paling kanan, berbaju hitam) bertanya sesuatu kepada Wan Aziz (tengah, polis yang melepaskan tembakan) sambil diperhatikan oleh peguambela Haris Malik]
Lawatan kelompok pengamal undang-undang tersebut bermula dari stesyen minyak Esso pada jam 11.30 pagi dan berakhir di Hotel Permai Inn, tempat kejadian sebenar‘polis menembak’ orang awam, di sebelah kiri halaman hotel berkenaan.
Turut hadir adalah polis yang membuat tembakan konstabel polis Wan Aziz Wan Omar (RF143706) yang kini telah pun dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal.
Mangsa tembakan peluru hidup Suwandi Abdul Ghani hadir bersama bagi menerangkan baagaimana beliau ditembak oleh Wan Aziz Wan Omar.
Salah seorang peguam pasukan pembela, Mohd Kamaruzaman Wahab berkata, Suwandi mendakwa beliau telah ditembak secara berdepan oleh polis tersebut, yang berlari dan kemudian berpusing untuk melepaskan tembakan kearahnya
Bagaimana pun menurut Kamaruzaman, Wan Aziz mendakwa, beliau terjatuh dan ketika itu melepaskan tembakan.
Sesi perbicaraan kes Batu Buruk akan dibuka semula untuk mendengar hujah kedua pihak selama tiga hari mulai Isnin 18 Januari hingga Rabu, 20 Januari, 2010. BO
17 Jan 2010
Isu Penangkapan 2 Mahasiswa
15 Januari 2010 sekitar 70 mahasiswa telah berhimpun secara aman di Bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghantar memorandum tuntutan mahasiswa terhadap perlaksanaan pilihanraya kampus yang bebas dan adil serta memansuhkan perlaksanaan sistem e-voting. Di peringkat mahasiswa telah berjaya menghantar memorandum berkenaan dan mendapat respon yang baik.
Namun, malangnya perkara yang tidak diingini berlaku dengan dicemari oleh tindakan pegawai polis yang tidak profesional menangkap 2 orang mahasiswa. Perbuatan berkenaan menyebabkan keadaan telah menjadi kecoh dan menimbulkan pandangan umum yang negatif terhadap hasrat mahasiswa berkumpul semalam.
Kami mahasiswa menegaskan agar :
1) Tuntutan-tuntutan kami tidak dipandang rendah di peringkat KPT tetapi mereka perlu melunaskan janji mereka untuk membuat satu perubahan pada pilihanraya kampus kali ini.
2) Menyelar tindakan polis yang tidak profesional dalam melaksanakan tugas sehingga menghuru-harakan keadaan dengan tangkapan yang tidak munasabah. > Mohd Ridzuan B Othman
Polis kasari siswa : “Mereka timbulkan kekecohan dahulu!” - Bantah
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
