Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Mac 2010

Gambar:Sekitar Ceramah Muhammad Sabu Di Besut

Majlis di pengerusikan S/U Pas Kaw.Besut saudara Nasir Awang
Ucapan Aluan YDP Kaw. Besut,Ust W.Azhar W.Ahmad
Muhammad Sabu antara penceramah yang popular di Besut
Pimpinan Pas Kaw.Besut bersama Muhammad Sabu,dari kiri saudara Nasir Awang(S/U),Ust W.Azhar(YDP),Hj Hassan Salleh(Tim.YDP) dan Ust Zulkifli(Ketua Pemuda)
Orang ramai berpusu pusu hadir untuk mendengar ceramah Muhammad Sabu
Mendapat sambutan luar dugaan
Golongan Muslimat turut hadir dalam jumlah yang agak ramai
Sebahagian dari yang hadir

Ceramah anjuran DPP Kaw. Besut ini di adakan pada24/3/2010 bertempat di Belakang Masjid Bandar Jertih dan mendapat sambutan di luar dugaan.Selain dari penduduk Besut,di beritakan agak ramai juga penduduk Kelantan yang hadir.
Dalam ceramahnya Muhammad Sabu mendedahkan bagaimana indek rasuah negara jatuh merudum setelah Najib mengambil alih jawatan PM dan negara kerugian RM 28 Billion akibat dari kebocoran dan rasuah.Di samping itu beliau turut menyentuh tentang keselamatan negara dan isu perkauman yang di mainkan Umno bagi meraih sokongan rakyat.

Anugerah Kecemerlangan Pelajar DPP Kaw. Besut

Adik Muhammad Munawwir Mohd Hasaan
Slip keputusan SPM adik Muhammad Munawwir
Hj Muhammad Hassan menerima anugerah bagi pihak anaknya adik Muhammad Munawwir yang disampaikan oleh Hj Muhammad Sabu
Anugerah untuk adik Adilah di terima bapanya saudara Zulkifli

Bagi menghargai kecemerlangan pelajar di daerah ini,DPP Kaw. Besut telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar yang di sampaikan AJK Pas Pusat Hj Muhammad Sabu.
Dua orang pelajar di pilih menerima anugerah ini.Pelajar pertama ialah adik Muhammad Munawwir Mohd Hassan yang mendapat 11 A(9 A+ 2 A) dalam peperiksaan SPM.Beliau yang juga anak Tim. YDP Kaw. Besut,Hj Mohd Hassan salleh bercita cita menjadi seorang doktor dan berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Timur Tengah.Pelajar Maahad Tahfiz Sains ini yang mempunyai hobi melayari internet dan bermain bolasepak juga seorang Hafiz.
Turut menerima anugerah ialah adik Adillah Zulkifli yang mendapat 10 A+.Adik Adillah yang mempunyai hobi melayari internet adalah anak kepada Bendahari Pasti Besut saudara Zulkifli Abdullah.Beliau bercita cita menjadi seorang doktor.

24 Mac 2010

Sidang Media Khas Sempena 2 Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Di Pulau Pinang




Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng embentangkan kejayaan-kejayaan kerajaan negeri Pulau Pinang setelah diperintah olh Pakatan Rakyat sejak Mac 2008.BO

Ahli Parlimen DAP Minta Kerajaan Umno BN Kawal Cabutan Khas Judi

KUALA LUMPUR 24 MAC: Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak didesak mengawal cabutan khas atau ‘special draw’ yang diluluskan kepada enam syarikat pemilik lesen perjudian di negara ini.

Tindakan meningkatkan cabutan khas dari dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu hanya taktik kerajaan untuk meningkatkan cukai judi bagi menampung perbelanjaan negara.

Pendirian itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, beliau membangkitkan isu berkenaan ketika mencelah perbahasan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismaik yang membahaskan isu judi.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyifatkan perjudian langsung tidak membawa sebarang manfaat, malah hasil judi juga tidak membawa sebarang keberkatan, khususnya kepada umat Islam.

Saifuddin turut mempersoal kesahihan dakwaan Ahli Parlimen Bebas yang mesra Umno-BN, Ibrahim Ali turut diberi lesen perjudian Ascot Sports untuk tempoh 20 tahun, melibatkan lumba kuda, bola sepak dan sebagainya.

Mengikut taksiran Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Pindaan 1983), perjudian adalah permainan yang berasaskan nasib atau kepandaian dan nasib bagi pertaruhan wang atau barang ganti wang.TVS

Video:Gelagat Ibrahim Ali Di Parlimen




Nak baling kertas antara gelagat MP Pasir Mas sebelum diputuskan oleh Speaker pada 22 Mac 2010

Gambar:Sekitar Persediaan Menganjurkan Ceramah Muhammad Sabu Di Besut

Gotong royong membersihkan tapak ceramah
Menyediakan pentas ceramah
Keadaan pentas ceramah yang hampir siap
Mempersiapkan bendera untuk di pasang di sekitar tempat Ceramah
Sbahagian AJK DPP Kaw. Besut yang hadir
Turut serta Ketua DPP Kaw. Besut Ust Zulkifli Kadir(Kiri)
Ketua Penerangan DPP Kawasan Besut Saudara Ridhuan Mat Yazid(Kiri)
Bendera yang di pasang di atas jambatan berhampiran Masjid Hadhari

Ceramah AJK Pas Pusat,Hj Muhammad Sabu ini akan diadakan pada 24/3/2010 bertempat di Belakang Masjid Hadhari Jerteh dan di anjurkan oleh DPP Kawasan Besut dengan kerjasama Cawangan Cabang Tiga Jerteh.Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Hj Salleh yang sudi menyediakan rumah dan tapak bagi menjayakan majlis ini.

Lawatan Kebajikan DPP Kawasan Besut

Semasa sihat Saudara Zaidi(Duduk kanan Sekali) sering mengikuti Aktiviti yang di anjurkan DPP Kaw.Besut
Sumbangan di sampaikan Ketua Pemuda Ust Zulkifli Kadir.Kanan Saudara Arshad Mat Yazid,Ketua Lajnah Kebajikan DPP Kaw. Besut

DPP Kawasan Besut melalui Lajnah Kebajikannya telah menziarahi Ketua Pemuda Pas Cawangan Beris Pak Abu yang dilaporkan berada dalam keadaan uzur.Di fahamkan beliau mengidap sejenis gastrik yang mana usus beliau tidak dapat menghadam makanan yang agak keras.Menurutnya sudah hampir dua bulan beliau hanya mampu memakan makanan yang lembut terutama nasi air.
Sedikit sumbangan dari Tabung Kebajikan DPP Kaw. Besut yang di sampaikan ketuanya Ust Zulkifli Kadir di hulurkan kapada beliau.Turut serta AJK DPP Kaw. Besut merangkap Ketua Lajnah Kebajikan Saudara Arshad Mat Yazid dan Saudara Aris Muhammad,Ketua Lajnah Publisiti & ICT DPP Kaw. Besut merangkap AJK DPP Kawasan Besut.

23 Mac 2010

Royalti: Dokumen dakwa Najib bohong diserah kepada Speaker




KUALA LUMPUR, 23 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan dokumen yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbohong berhubung isu royalti kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat esok.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) dalam satu sidang media pagi ini berkata, beliau telah mengemukakan perkara itu kepada Speaker di bawah Peraturan Mesyuarat 36 (12) pagi tadi.

"Sebentar tadi saya telah bangun dalam dewan dan mengemukakan peraturan mesyuarat 36(12) yang meminta penjelasan daripada yang dipertua dewan dan ahli parlimen yang pada anggapan saya telah melakukan penelewengan fakta pada 4 November tahun 2009." katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Menurutnya, Perdana Menteri dalam jawapannya berhubung isu royalti tahun lalu menggunakan istilah wang ehsan sedangkan terbukti dalam surat Petronas kepada pegawai kewangan Negeri Terengganu pada tahun 1979, jelas menggunakan bayaran royalti, bukan wang ehsan.

Ujarnya juga, surat Petronas kepada Menteri Besar Terengganu ketika itu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang juga menyebut wang royalti.

“Perdana Menteri telah mengunakan perkataan wang ehsan dalam isu tuntutan royalti dan telah menyelewengkan dewan,” katanya.

Menurut Salahudin, dokumen berkaitan sedang disediakan dan dijangka diserahkan kepada Speaker pagi esok.

Pada masa yang sama, Najib diberi tempoh tujuh hari bagi membuat penjelasan berhubung perkara itu.

"Dewan boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan maka tadi saya berdiri dan memberi tempoh selama tujuh hari kepada Perdana Menteri untuk membuat penjelasan," katanya.

Najib ketika perbahasan berhubung isu tuntutan royalti Petroleum Kelantan di Dewan Rakyat pada 4 November lalu menggunakan mendakwa Terenganu hanya diberikan wang ehsan.Hrkh

Isu 1 Israel: Anwar beri penjelasan Selasa depan




KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberi penjelasan di Parlimen Selasa depan berhubung dakwaan beliau kononnya gagasan 1 Malaysia ditiru daripada slogan 1 Israel.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa berkata Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee telah bersetuju untuk memberi ruang kepada Anwar (gambar) memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen berhubung isu berkenaan pada 11.30 pagi Selasa depan, selepas sesi soal jawab.

“Speaker akan panggil beliau untuk memberikan respons,” kata beliau yang sebelum itu menemani Anwar menemui Kiandee.

Kiandee menetapkan demikian selepas Anwar menghantar surat kepadanya meminta diberi ruang untuk menjelaskan isu tersebut di Parlimen, kata Sivarasa kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini selepas beliau dan Anwar dilihat masuk ke pejabat Speaker Dewan Rakyat dan keluar dari pejabat itu selepas kira-kira 15 minit.

Semalam Kiandee memberi tempoh seminggu kepada Anwar untuk membuat penjelasan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Aziz memaklumkan kepada dewan bahawa kerajaan memandang serius dakwaannya itu.TMI

Adun Titi Tinggi Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Mungkinkah Pilihan Raya Kecil (PRK) pertama akan berlaku di Perlis dalam masa terdekat?

Terbaru, Menteri Besar (MB) Perlis, Md Isa Sabu, mengesahkan beliau telah menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Yip Sun Onn.

Menurutnya, BN negeri sedang memujuk agar Adun itu menarik balik hasratnya sekaligus mengelakkan PRK di negeri itu.

Rekod menunjukkan, Adun itu hanya mendapat 1,814 majoriti pada Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu, lebih rendah berbanding PRU pada tahun 2004.

Sekiranya berlaku PRK di kawasan itu, ini merupakan peluang terbaik buat Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR bagi meraih kerusi pertama di negeri Perlis.

Umno Perlis sehingga kini berpecah kepada beberapa puak terutamanya selepas Md Isa Sabu menggantikan Shahidan Kasim sejak 8 Mac 2008. Erapakatan


Tan Sri Dr Sulaiman Daud Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Dr Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 8.10 pagi ini setelah lama uzur.

Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata jenazah dibawa balik ke kediaman Allahyarham di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney di sini.

Allahyarham yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-77 pada 4 Mac lepas, meninggalkan empat anak, iaitu Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman.

Isteri Allahyarham, Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Sulaiman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak dan bekas anggota Parlimen Petra Jaya, Sarawak, pernah menjawat pelbagai jawatan sebagai menteri di peringkat persekutuan, bermula dengan Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Selain itu, Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Anak kelahiran Kuching, Sarawak yang berkelulusan ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand, pernah bertugas sebagai doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an. - BERNAMA

Himpunan sejuta bantah Sweden kutuk Zionis Jumaat ini

Gambar Hiasan

KOTA BARU, 23 Mac — PAS dan Pakatan Rakyat bersama badan-badan bukan kerajaaan akan mengadakan Himpunan Sejuta Ummah di hadapan Kedutaan Sweden di ibu negara bagi membantah tindakan tiga akhbar negara itu menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata sempena himpunan itu juga satu memorandum bantahan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada pihak kedutaan berkenaan.

“Mereka telah menyatakan komitmennya untuk sama-sama hadir pada perhimpunan tersebut,” katanya sambil mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira fahaman politik sama ada dari kalangan Islam dan bukan Islam.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing, direka oleh pelukis Sweden Lars Vilks, disiarkan akhbar Dagens Nyheter, Expressen dan Sydsvenska Dagbladet.

“Ini adalah satu penghinaan. Penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW bererti menghina agama Islam dan umat Islam keseluruhannya.

“Kita tidak boleh terima hakikat perbuatan melampau yang menyentuh sensitiviti melibatkan agama sebab kita sendiri yang selama ini mendokong perjuangan Islam tidak pernah menyentuh sensitiviti agama-agama lain.

“Kerajaan Sweden patut mengambil pengajaran dari Denmark yang pernah membuat penghinaan yang sama terhadap Nabi Muhammad membuatkan umat Islam seluruh dunia bangkit membantah dan memberi ancaman keras terhadap Denmark.


“Kini Sweden nampaknya mengulangi kesilapan yang sama, seolah-olah mahu mencabar atau mahu mengajak umat Islam berperang,” kata Nasrudin.

Penyiaran karikatur seumpama itu oleh akhbar negara Denmark pernah mencetuskan bantahan besar-besaran dunia Islam awal 2006 dengan membakar bendera negara berkenaan dan kedutaannya diserang di beberapa negara Islam termasuk Syria, Iran dan Lubnan bahkan barangan dari Denmark juga diboikot beberapa negara Islam.

Perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan Jumaat lepas tetapi terpaksa ditunda ke Jumaat ini kerana masalah teknikal selain beberapa perkara tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun masa dan tempatnya dikekalkan mengikut jadual asal di mana peserta akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak sebelum memulakan perarakan ke kedutaan Sweden.

“Umat Islam digalak bersolat Jumaat di Masjid Tabung Haji, Kuala Lumpur dan selepas itu berarak bagi menunjukkan kemarahan umat Islam terhadap pencabulan agama Islam,” katanya sambil menambah perbuatan akhbar di Sweden itu tidak boleh diterima sama sekali.

Dalam pada itu tambah Nasruddin, himpunan tersebut juga akan mengutuk kekejaman terbaru Zionis menindas rakyat Palestin di bumi Gaza.TMI

Presiden PAS Cadang Rukunegara Dipinda




- Ustaz Abdul Hadi bersama dengan Anwar berusaha menjayakan pelan 16 September

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan supaya Rukun Negara dipinda selepas kalimah Allah semakin diterima pakai oleh penganut bukan Islam.

"Saya meminta kerajaan untuk mengubah Rukun Negara pertama daripada percaya kepada Tuhan kepada percaya kepada Allah.
"Kita menerima secara positif, apa yang ditunjukkan bukan Islam walaupun terdapat kekeliruan terhadap orang bukan Islam. Tanggungjawab kita ialah menerangkan kekeliruan yang timbul itu," katanya

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa merasmikan pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat semalam 22 Mac.

Tegasnya, Al-Quran tidak menghalang penganut agama lain untuk menggunakan kalimah Allah.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab umat Islam bagi memberi penjelasan kepada penganut bukan Islam tentang makna penggunaan kalimah Allah tanpa memaksa mereka memeluk Islam.

"Mereka (penganut bukan Islam) menyebut nama Allah tanpa mengganggu kita. Kenapa kita tidak menerima secara positif pengguna bukan Islam untuk menggunakan kalimah Allah," katanya.

Katanya di Sarawak misalnya, penganut bukan Islam sudah mengamalkan penggunaan kalimah Allah dan perkara itu tidak menjadi perbalahan orang Islam dan Kristian di negeri itu.

"Yang penting penjelasan. Kalau dah timbul salah faham maka dialog antara pemimpin agama boleh dibuat…Inilah peluang untuk kita berdakwah dan bukannya bergaduh," katanya dipetik agensi Bernama

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, Abdul Hadi berkata pada dasarnya pembangkang mengakui serta menyokong pelan pembentukan kerajaan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept 2008.

Beliau berkata perkara itu memang dalam pengetahuannya dan beliau bersama-sama dengan Anwar pada masa itu sedang berusaha menjayakan pelan itu.

"Ya, kami (Pas) memang menuju ke arah itu," katanya.

Abdul Hadi turut berkata pendedahan nama Anggota-anggota Parlimen yang ingin 'menyeberang' dalam pelan itu yang dibuat oleh Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Zahrain Mohamed Hashim adalah tidak tepat.

"Tidak, senarai yang didedahkan oleh Zahrain itu tidak betul dan tidak tepat," katanya.BO

(Video)Royalti: MP Pas janji 'bongkar' habis-habisan

Atas

Selanjutnya

22 Mac 2010

Sidang Parlimen:MP Pasir Salak Hina Melayu,Tim.Speaker Hina India


KUALA LUMPUR, 22 Mac — Di sebalik suasana hangat sepanjang sidang Parlimen Rabu lalu dengan ‘perang mulut’ di kalangan wakil rakyat, timbalan speaker dan ahli-ahli Parlimen mengeluarkan kenyataan berbaur rasis tanpa mereka sedari.
Penyata rasmi diperoleh dari laman web Parlimen menunjukkan, Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata orang Melayu pernah tinggal di kawasan hutan sebelum pelaksanan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman pula direkodkan meminta Ahli Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan sama ada mahu kembali ke estet — kata-kata yang dilihat sebagai satu tanggapan perkauman.
Situasi ini berlaku ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang membahaskan titah ucapan diraja.
Tajuddin mencelah ucapan Anwar dengan mempersoalkan pendirian Ketua Umum Pakatan Rakyat itu terhadap dasar ekonomi pro-Melayu dan untuk menjelaskan bahawa ia sebenarnya telah berjaya mengubah taraf hidup orang.
“Mari kita berbincang berdasarkan kepada fakta. Okey bincang soal Dasar Ekonomi Baru, Yang Berhormat Permatang Pauh menafikan tentang kejayaan Dasar Ekonomi Baru.
“Yang Berhormat, berapa ramai orang yang telah berjaya dibandingkan dahulu dengan sekarang. Mungkin tidak semuanya kaya, takkan semuanya hendak jadi jutawan, ‘billion one’ tetapi kalau kita lihat keadaan ekonomi orang Melayu dibandingkan dahulu dengan sekarang ibarat bumi dengan langit. Ini kita boleh lihat sendiri, kenapa kita nafikan ini semua, kita tidak minta pun pujian, kita tidak minta kredit ‘but this is the reality of today’, Melayu tidak lagi duduk dalam hutan, duduk di atas pokok, duduk...,” katanya.
Ketika itu, Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dari DAP pula bangun sambil berkata, “siapa cakap Melayu duduk dalam hutan? Umnolah.”
Tindakan itu memaksa Wan Junaidi meminta beliau agar duduk.
Gobalakrishnan pula cuba untuk menyertai suasana yang mula hangat itu tetapi mikrofonnya ditutup.
Ia disusuli dengan kenyataan Wan Junaidi, “Yang Berhormat Padang Serai kalau ada hendak balik estet, baliklah sekarang.”
Kenyataan Wan Junaidi diiringi tepukan beberapa wakil rakyat manakala Gobalakrishnan didengar berkata, “balik.”
Bagaimanapun tidak pasti sama ada ia merujuk “balik” atau “baik”.
Ketika Timbalan Speaker berkata sekiranya wakil-wakil rakyat meneruskan sikap macam itu Parlimen perlu diubah sebagai tempat budak-budak, Gobalakrishnan menambah, “mana ada orang Melayu duduk dalam hutan.”
Ketika dihubungi, Wan Junaidi mengesahkan kenyataan yang dibuat beliau tetapi menegaskan, tidak bermaksud mahu menyinggung perasaan mana-mana pihak.
“Ia sama seperti meminta orang Melayu supaya ‘balik kampung,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Wan Junaidi memberitahu kenyataan beliau itu tidak harus dilihat di luar konteks, sebaliknya harus dibaca bersama pertukaran kata-kata lisan semasa sidang.
Dalam pada itu, Gobalakrishnan pula memberitahu The Malaysian Insider bahawa beliau kecewa jika benar timbalan speaker mengeluarkan kenyataan itu.
Bagaimanapun beliau mengakui tidak dengar dengan jelas kenyataan Wan Junaidi dan oleh itu mahu meneliti pekrara itu hari ini sebelum menentukan tindakan susulan.
“Saya perlu meneliti penyata rasmi terlebih dahulu pada hari Isnin (hari ini) dan akan meminta kenyataan itu dikeluarkan jika benar timbalan speaker menggunakan kata-kata itu,” kata wakil rakyat penggal pertama itu dari Parti Keadilan Rakyat.TMI
Atas

Selanjutnya

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.