Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

19 Dis 2008

PRK P036; Pembangunan ‘Mee Segera’ Mula Mencurah ~ Malaysiakini

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera1.jpg
Kuala Terengganu – Barisan Nasional (BN) mengekalkan strateginya menjelang pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan mula mencurahkan projek-projek pembangunan ‘mee segera’.
Bermula semalam 18 Disember, beberapa jalan utama di Bandar Kuala Terengganu mula dibanjiri jentera-jentera berat pembina jalan raya dan kerja-kerja menurap semula dilakukan dengan segera.

Tinjauan Buletinonline di jalan Sultan Mohamad Gong Kapas mendapati sehingga jam 2.00 pagi ini (19 Disember) taktor ‘Roadcare’ dan jentera penurap jalan ‘UEM- Road builder’ masih sibuk menurap jalan tersebut.

http://buletinonline.net/images/berita15/meesegera2.jpgAmalan ‘membeli undi’ dengan pembangunan ‘mee segera’ adalah strategi yang paling kerap digunakan oleh BN diwaktu yang lalu.

Kali terakhir BN telah menggerakkan pembangunan ‘mee segera’ terus menerus selama 24 jam sehari dan menurap semua jalan di seluruh Ijok sebelum pilihanraya kecil DUN tersebut tahun lalu.

Bagaimana pun strategi ‘menggula-gula’kan rakyat dengan pembangunan ‘mee segera’ tidak dilaksanakan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO Muhammad Mohd Taib (Mad Taib) akan turun ke Kuala Terengganu sekali lagi, hari ini untuk berkempen.

Kempen Mad Taib berselindung mempergunakan agensi kerajaan RISDA diberi nama Lawatan Kerja Menteri Penbangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Selepas merasmikan satu acara kecil ‘Kursus Kefahaman Koperasi Pekebun Kecil RISDA (yang mungkin sengaja diada-adakan) beliau akan bertemu dengan jentera pilihanraya UMNO di hotel Primula.

Selepas itu, beliau akan mula akan ‘membeli undi’ dengan menyampaikan sumbangan pakaian untuk kanak-kanak di Dewan Wisma Darul Iman.

Dalam perkembangan yang sama kira-kira 8,000 penduduk Tionghua di Terengganu akan menerima 'duit raya kilat pilihanraya' sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, Toh Chin Yow mengumumkan demikian, walaupun Tahun Baru Cina masih jauh.

Beliau berkata kerajaan sudah meluluskan peruntukan kira-kira RM25 juta untuk tujuan tersebut menurut laporan akhbar Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi MCA Terengganu memberitahu, mereka yang terdiri daripada golongan berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan, warga emas berusia 65 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal serta duda layak memohon

2 ulasan:

al-brangi Online berkata...

Wahai saudara2 ku di K.Terengganu, percayalah, itu semua umpan BN. Tak pe terima semua 'projek mee-segera' tu, tapi terjemahkan undi anda kepada PAS

aizam berkata...

org terengganu terutama belah-belah setiu dan keatas masih ramai lagi yg kurang cerdik... kalau tak masakan pru-12 hari tu mejoriti di negeri lain menurun tapi kat terengganu meningkat mendadak.. nah rasakan rakyat terengganu apa yang kamu pangkah tempoh hari..

tak pernah belajar dr pengalaman lepas.. org pilih islam ,kamu pilih islam hadhari..

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.