Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Jul 2009

Ketua Pemuda PAS cabar Pemuda UMNO...



Kepada :

Yb. Sdra Khairi Jamaludin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Tingkat 28 , Menara Dato' Onn
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur.

Saudara Yb.

WACANA ILMIAH TERBUKA :
BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM


Perkara diatas adalah dirujuk

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat dengan ini mengajak Yb sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan Wacana Ilmiah Terbuka mengenai isu yang tercetus mutakhir ini berkait dengan perjuangan UMNO, benarkah ia tidak bertentangan dengan Islam.

Saya mencadangkan kepada pihak Yb. untuk kita berbincang secara terbuka dengan mengemukakan 4 [ empat ] wakil daripada Pemuda UMNO dan 4 [ empat ] wakil daripada pemuda PAS.

Saya menyerahkan pemilihan tarikh, tempat dan masa yang sesuai kepada pihak Yb. dan mencadangkan supaya ianya diadakan langsung di mana - mana saluran televisyen.

Saya berharap Yb. dapat memberikan jawapan dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.

Sekian Terima Kasih

Yang Menjalankan Amanah

Nasrudin bin Hj. Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

s.k ; Setiausaha Agung PAS

2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Kemaruknya Pemuda PAS, selepas pok nik, teringin nak berdebat dengan UMNO.

Mungkin dah terasa rugi kerana percaya sangat cakap anwar dan lims supaya menolak kerajaan perpaduan.

Jangan pula selepas UMNO tolak debat, canangkan pula kononnya debat ini cadangan UMNO.

Elok PAS berdebat dengan DAP dan PKR - benarkah mereka akan bangunkan Islam?

osman abdul ghani berkata...

Bukan kemaruk... Ni lah kalau naik pakai tangga sakti..Bodoh ke atau tak banyak baca ke... Belajarlah kat Mahfoz ke Salahuddin kalau nak jadi Pemuda Sasar.

Kalau ni cara fikir.. baik jadi Ketua Pemuda Kampong Dusun lagi baik...

Jangan jumpa Firaun dalam gelap Ustaz...

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.