Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

2 Okt 2009

Orang Bagan Pinang Mesti Bangkit - Cikgu Bard





Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) Parti Keadilan Rakyat Badrul Hisham Saharin (Cikgu Bard) menyeru kepada semua penduduk dan pengundi DUN Bagan Pinang untuk bangkit menolak UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya kecil 10 Oktober depan.

Beliau telah mendedahkan beberapa perkara yang melibatkan penyelewengan dan salah guna kuasa serta rasuah calon BN, Isa Samad dan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya di Markaz UPU Teluk Kemang disini, malam kelmarin.

Antara pendedahan Badrul Hisham Saharin adalah seperti berikut;

1. Ketua UMNO Bahagian diberikan kuasa membelanjakan peruntukan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat

2. Hampir keseluruhan projek jalan dinegeri Sembilan diperolehi oleh Abang Menteri Besar Negeri Sembilan. Tuduhan dibuat oleh Datuk Ishak.

3. Undi Pos tidak telus, ayah mertuanya sendiri telah berhenti dari tentera selama 6 tahun, sudah memiliki MyKad, tetapi namanya masih ada dalam senarai undi pos

4. Menteri Besar berjanji tidak akan menswastakan air, namun berlaku penswastaan air Negeri Sembilan. Tarif air dinaikkan tetapi perkhidmatan tidak ditingkatkan. Menteri Besar diminta dedahkan salinan konsesi Jabatan Air Negeri Sembilan di swastakan

5. Bekas Exco meluluskan kepada adik beradiknya beberapa keping tanah ’pantai’ Port Dickson. Exco tersebut duduk dalam mesyuarat berkenaan.

6. Menetri Besar Negeri Sembilan menyelewengkan peruntukan untuk rakyat termiskin, untukmembesarkan dapur kediamannya, tercatat dalam Laporan Ketua Audit Negara.

6. Perbelanjaan pilihanraya, BN telah menggunakan bajet pilihanraya melebihi peruntukan, sebelum mula pilihanraya, BN telah berbelanja lebih 100,000 untuk menyewa tanah bagi menempatkan ’command centre BN’

7.Perbalahan antara parti Pakatan Rakyat demi untuk meningkat perkhidmatan kepada rakyat, manakala parti-parti komponen BN berbalah kerana merebut pangkat, kuasa dan harta.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.