Dalam deklarasi yang dinamakan "Deklarasi 1128" mengambil sempena tarikh hari ini, kira-kira 1,600 perwakilan termasuk anggota parti yang menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh kumpulan Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai turut bertegas bahawa pemilihan baru perlu diadakan dalam masa 60 hari mulai hari ini.
Liow berkata agenda ini (mendesak supaya diadakan pemilihan baru) akan menjadi tumpuan utama beliau.
Beliau turut berharap agar Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat akan berpegang kepada keputusan sebulat suara itu dan pelan rundingan bagi mengadakan pemilihan baru secepat mungkin.
"Saya mahu tegaskan di sini bahawa suara perwakilan dan ahli yang hadir pada taklimat hari ini adalah cukup kuat dan cukup lantang (dalam mengesa supaya pemilihan parti diadakan secepat mungkin).
"Saya harap kepimpinan tertinggi parti akan mendengar suara akar umbi dan satu pemilihan baru diadakan dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas sesi taklimat dua jam itu yang berlangsung di Wisma MCA di sini. TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan