Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Dis 2009

Nik Amalina diminta berhenti menulis blog

Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang kepimpinan Pas negeri dan kerajaan Kelantan akan dianggap sebagai blog sampah di dalam Internet sekiranya dia bukan anak Menteri Besar Kelantan.

Setiausaha Pas negeri, Mohd. Zaki Ibrahim berkata, oleh kerana Nik Amalina adalah anak Menteri Besar Kelantan, maka tulisannya di dalam blog sememangnya dipandang serius oleh parti.

Sambil menyatakan rasa tidak senang dengan tulisan Nik Amalina itu, beliau berharap ia dapat dihentikan segera kerana dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan boleh memberi imej tidak baik terhadap Pas.

''Jika beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan, tulisannya tentu tidak akan dipedulikan malah dianggap sebahagian daripada blog sampah yang bertaburan di Internet.

''Kita harap tulisan sebegitu merupakan yang terakhir sekiranya beliau benar-benar sayangkan parti dan kerajaan kerana mungkin itu sebaik cara untuk membantu pada masa ini," katanya di sini hari ini.

Mohd. Zaki berkata, tulisan Nik Amalina yang dilihat mula merendahkan kewibawaan kepimpinan parti dan memperkecilkan peranan mereka berkaitan isu menyentuh suaminya, sebagai tidak berasas.

Katanya, tulisan seumpama itu yang dibuat tanpa kesedaran dan kefahaman perkembangan dalam parti dan kerajaan ternyata memberi gambaran tidak menyenangkan kepada umum.

6 ulasan:

ummu asiah berkata...

Mungkin tidak ada salahnya untuk puteri Tuan Guru ini untuk terus menulis blog..tiada siapa yang boleh menyekatnya..namun dia harus sedar tentang apa tujuan sebenarnya untuk menulis..fikirlah beribu kali sebelum menekan butang publish post itu..kerana kesannnya amat besar...

terlalu ramai yang cintakan ayahnya seorang pemimpin dan ulamak yang terulung...sayang...seribu kali sayang..kenapa harus jadi begini...

seorang wanita memang terlalu mudah meluahkan rasa...namun dalam dunia yang tiada sempadan ini ianya boleh membawa kebinasaan...namun saya yakin masih ramai yang teguh di belakang Tuan Guru Nik Aziz walau ramai yang tidak suka cara puterinya Nik Amalina meluahkan rasa...

Saya suka kata-kata indah yang ditulis oleh Sasterawan Negara A.Samad Said ketika melancarkan Album 'Dari Rakat Untuk Rakyat'...

Bernyanyilah dari hati nurani...dan bukannya dari keangkuhan diri

Walaupun ianya dikaitkan dengan seniman dan lagu ianya sama sahaja dengan apa yang ingin kita curahkan dalam bentuk penulisan..

"Lagu-lagu dalam album ini adalah pesanan jujur (atau setingginya jeritan jujur) dari batin seniman yang sedang terdera—tersiksa oleh realitas hidup yang mendendangkan suara-suara bombas yang terlalu berat sebelah. Dan ingat, “pelampau” memang perlu diwaraskan. Keras yang buas perlu dilembuti tangan yang berhemah."

Bak kata A.Samad Said walaupun apa yang disampaikan ialah propaganda..biarlah ianya propaganda dari suara yang tulin..

http://ummuasiah2001.blogspot.com/2009/10/sokonglah-dari-rakyat-ke-rakyat.html

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan pengurus blog Pemuda Besut.

Tolong 'delete' gambar kepunyaan peribadi kakchik sebelum jam 11 malam ni.

Anda TELAH MENCURI HAKMILIK PERIBADI yang terang2 kakchik tulis notis tidak boleh disalin.

TOLONG 'DELETE' sebab kakchik TIDAK IZINKAN.

Bonekahati berkata...

Kalau mengikut undang-undang islam org mencuri kena potong tangan :D.
Bukankah lebih terpuji kalau minta izin dr pemiliknya. Kita diajar supaya menghormati hak org lain.

Unknown berkata...

nampaknya tiada siapa yang peduli.

terima kasih.

perbuatan anda telah merosakkan imej Islam dan pemuda PAS.

kakchik terkilan.

masih banyak kolestrol dalam diri anda.

pemudabesut berkata...

Maaf Kak chik kerana ADMIN pergi sertai seminar di Kuala Trg smalam.. Balik rumah pukul 3 pagi.. Gamabr didelete

Unknown berkata...

salam tuan admin,
mohon maaf memang mudah tapi gambar telah pun tersebar dah disalahgunakan oleh pihak umno untuk mencaci pakaian dan akhlak kami muslimah PAS.
kakchik mahu memaafkan tapi hati kakchik sangat sakit dgn perkara ini.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.