Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

6 Jan 2009

KT : Calon Bebas anak SUP Menteri Besar Terengganu

Calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu Azharuddin Adam, adalah seorang ahli perniagaan dan merupakan anak kepada bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu Tan sri Wan Mokhtar Ahmad..


Sebelum menjadi setiausaha politik kepada wan Mokhtar, Ayah beliau, Adam Taib merupakan pengarah pelajaran negeri Terengganu.
.,
Kemudian beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Wan Mokhtar selepas bersara wajib dari Jabatan Pelajaran Terengganu.
Adam Taib menjadi SUP MB sehingga tahun 1999 dan kemudian kerajaan Terengganu bertukar tangan kepada PAS.
.
Pada tahun 2004 selepas BN dapat menawan semula Terengganu dengan cara yang sangat jijik, Ayah kepada Azharuddin ini dilantik pula sebagai pengarah U-Best di zaman Idris Jusoh.
. .
U-Best adalah sebuah agensi kerajaan negeri yang dibentuk menggantikan unit Pembangunan Insan dizaman Kerajaan PAS.U-Best dilihat bekerja untuk kepentingan Umno.
.
Azaharuddin merupakan ahli perniagaan yang dikatakan sangat kecewa dengan kerajaan negeri yang ada pada hari ini kerana beliau seringkali dipinggiran sejak akhir-akhir ini.

Sekitar Penamaan Calon P.36

Tiga calon disahkan layak bertanding dan pengesahan telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil P.36 Mat Razali Kasim pada jam 11.30 pagi.

.
Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endot.
Calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

4 Jan 2009

Apa reaksi konsert Rihanna di Malaysia - Malaysiakini

Sisipan hiburan sebuah akhbar hari ini menulis tentang berita yang menyatakan penyanyi kulit hitam Amerika Syarikat yang sedang popular, Rihanna akan mengadakan konsert di Malaysia Februari ini.

Rihanna y
ang mula mendapat tempat di hati peminat dengan lagu hits Umbrella, adalah lebih ’seksi & bahaya’ berbanding Avril Lavigne. Tidak lama dahulu, kecoh negara kita apabila Avril Lavigne ingin mengadakan konsert dan berduyun-duyun petisyen dihantar sebagai bantahan.

Kita tunggu apa reaksi...

Utusan Malaysia : Konsert Rihanna di Malaysia

2 Jan 2009

PEMUDA BESUT @ Bantah Isreal ~ Malaysiakini

Kuala Terengganu - Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Bandar Kuala Terengganu mengadakan demonstrasi secara aman di Hadapan Masjid Pengadang Baru hari ini bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

Antara pimpinan yang mengucap Pidato Umum tentang kekejaman terhadap tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa ialah Ust Hamzah ( Dewan Ulama Terengganu), Ust Azman Shapawi ( Ketua Pemuda PAS Terengganu), YB Ust Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan), YB Mohd Noor Hamzah ( ADUN Bukit Payong), Wakil Pelajar dan diakhiri ucapan & doa oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato Abu Bakar Chik.

Beliau berkata tindakan itu juga sebagai melahirkan rasa bimbang yang berpanjangan masyarakat Islam dunia terhadap Israel yang terus menerus membunuh masyarakat Islam yang tidak berdosa.


Masjid Pengadang Baru menjadi saksi kebangkitan Islam

YB Zaki Ibrahim (Ketua Pemuda PAS Kelantan turut menyertai bantahan

Ust Azman Shpawi (Ketua Pemuda PAS Terengganu)

YB Mohd Noor Hamzah (ADUN Bukit Payong) sedang memberi pidatonya

Dato Abu Bakar Chik begitu bersemangat menyampaikan Pidatonya

Ribuan orang menyertai bantahan tersebut

Takbir!!!!!!!!!!!!!!!! Hidup! Hidup ! Hidup Islam !!

Antara peserta terlibat

Peserta bantahan bersurai

Blogger Nik Hassan Azmi (baju hijau muda) turut kelihatan

Kota Bharu: Bantah Kekejaman Israel - Malaysiakini

KOTA BAHARU - Kira-kira 1,000 pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran KIAS hari ini bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

Presiden KIAS, Syed Ridhuan Syed Kamar Kamaruddin berkata perhimpunan setengah jam itu bagi menyatakan perasaan marah terhadap tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Beliau berkata tindakan itu juga sebagai melahirkan rasa bimbang yang berpanjangan masyarakat Islam dunia terhadap Israel yang terus menerus membunuh masyarakat Islam yang tidak berdosa.

1 Jan 2009

KT: Yang DiPertua PAS Vs Ketua UMNO Bahagian



Roslan SMS : Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.

Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.

Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.

Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.

Berikut adalah artikel dari NST berkenaan YB Wahid yang pernah terbit pada 15 November lalu: Know your State Rep: It's about willingness to work with others

Harakahdaily : Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
Tranungkite: ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
mStar :
ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
Malaysiakini : PAS fields surprise candidate
themalaysianinsider : Pas names surprise candidate after last minute change

BOIKOT BARANGAN YAHUDI

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

URL: http://www.inminds.com/boycott-brands.html



PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.