Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Jan 2009

KT: Yang DiPertua PAS Vs Ketua UMNO Bahagian



Roslan SMS : Akhirnya calon PAS untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu telah pun diisytiharkan. Beliau adalah seorang yang berpengalaman, disenangi oleh pimpinan PAS negeri, ahli-ahli dan pengundi di Kuala Terengganu. Beliau tidak ditonjolkan atau menonjol sebagai calon terkanan sebelum ini tetapi ternyata beliau pilihan yang tepat untuk berhadapan dengan Senator Wan Farid dari Umno/BN.

Beliau yang dimaksudkan adalah ADUN Wakaf Mempelam, bekas EXCO kerajaan negeri Terengganu ketika PAS memerintah iaitu Sdr Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan UPM dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang samada sebagai ADUN atau EXCO selama sepenggal dan sebagai ADUN pembangkang. Hubungan beliau dengan rakyat baik dan begitu juga dengan kakitangan kerajaan, media dan ahli-ahli parti. Ada yang mengumpamakan Wahid sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato Mustapha Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimemanangi oleh Mustapha ketika PAS melakukan “comeback” di Terengganu pada tahun 1982.

Apa pun ternyata pemilihan Wahid ini menamatkan segala spekulasi dan menurut maklumat yang diterima segala bacaan Umno dan BN tersasar dan kini mereka berhadapan dengan seorang yang berkaliber, tidak kontroversial dan pasti memiliki rekod yang jauh lebih baik dari calon mereka sendiri.

Tahniah YB, tahniah PAS Terengganu mudah-mudahan dengan kerja kuat semua pihak dan bantuan Allah swt, kerusi Kuala Terngganu akan jatuh ke tangan PAS/ Pakatan Rakyat.

Berikut adalah artikel dari NST berkenaan YB Wahid yang pernah terbit pada 15 November lalu: Know your State Rep: It's about willingness to work with others

Harakahdaily : Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terengganu
Tranungkite: ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
mStar :
ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu
Malaysiakini : PAS fields surprise candidate
themalaysianinsider : Pas names surprise candidate after last minute change

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.