Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

28 Dis 2008

Saiful Muncul lagi.. ~ Malaysiakini

Karya terbaru dari blog saiful......


Sunday, December 28, 2008

Salam Maal Hijrah

Terbenamnya fajar sebentar sahaja lagi menandakan telah masuknya bulan Muharam bagi semua penganut beragama Islam. Awal Muharram juga sinonim dengan nama Maal Hijrah yang diambil sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad Rasullulah s.a.w dari kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622masihi. Ia juga menandakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.


Pada hemat saya, konteks Hijrah ini tidak semestinya berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat. Dalam konteks hijrah saya, saya telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Pada hemat saya, jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insyallah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba. Tetapi, seseorang itu perlulah berhijrah dengan penuh Ikhlas, Benar, Sabar serta berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Hari ini, 28 Disember 2008 genaplah sudah 6 Bulan dari hari saya membuat laporan polis di wad OSCC Hospital Kuala Lumpur. Terus terang, inilah 6 bulan yang paling mencabar dalam hidup saya. Pelbagai tohmahan, fitnah, maki hamun dan pelbagai lagi oleh jutaan manusia dilempar kerana tidak mempercayai saya.

Bagi saya, saya hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka tetapi yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Saya hanya mampu berdoa dan berserah. Dalam tempoh 6 bulan ini juga, banyak pengalaman dan pelajaran yang saya dapat pelajari dan sekaligus mengubah diri saya. Ianya bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.

Saya tidak pernah sama sekali menyesal di atas pengorbanan dan peghijrahan ini, malah ia telah memberikan saya lebih semangat untuk menghadapi hari-hari mencabar di masa akan datang terutama semasa Hari Perbicaraan kes saya nanti. Walaupun terkilan diatas kelewat perbicaraan, mungkin ini hikmahnya.


Salam Maal Hijrah.


SAIFUL BUKHARI


p/s: Buat semua sahabat yang bersama-sama berjuang bagi menegakkan kebenaran ini, bersama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah s.w.t. Insyaallah dengan prinsip Ikhlas, Benar dan Sabar, Kebenaran Pasti Dapat Ditegakkan!!.

4 ulasan:

ISA berkata...

Alahai kesian betul la aku tengok budak ni, asal ada PRK mesti dia keluar dari peti sejuk, nampak sangat diperkudakan.

http://Ikutsukaakuisa.blogspot.com

bn haramjadah berkata...

SAIFUL apa itu you berjuang, PEJUANG BUNTUT KOT, adakah ini apa you belajar di sekolah dan dengan scholarship yang di bayar olih rakyat utk you pei belajar di unversiti? Ada kah ini istilah dan ajaran ibu, (bapa lama sudah lari tapi baru sekarang balik cari rezeki, bapak tak malu kah) Adakah ini ajaran ibu anda, jual maruah, jual buntut? I memang kesihan budak ini, bersumpah koran lagi. pulanglah kearah betul, ikuti lah ajaran agama. Nak jadi kaya cepat fitnah orang pulak, memang tak senang hati seumur hidup. Bila kita fitnah orang, memang akan balik terkena balk dua kali ganda. INSAFLAH SI SAIFUL.

tat berkata...

You're a joker. Don't even liken your scenario to penghijrahan Nabi Muhammad. They're totally different cases. Those who use the name of religion for their own vested interests are despicable. We will not buy your story no matter how many times you mention Allah S.W.T. What we want is evidence and an impartial judiciary to judge your case. So keep religion away from politics!(sorry terpaksa komen kat sini, blog si saiful tak dapat komen.)

Rich Girl berkata...

ape da si saiful ni...berjuang konon....haha...

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.