Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Mei 2010

Gerakan Anti Samy Vellu (GAS)

V. Mugilan menunjukkan surat pemecatan dengan ditemani anggota CWC MIC, G. Kumar Aman (tengah) dan peguamnya pada sidang media pagi tadi.
Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu kelmarin akan melancarkan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) 30 Mei ini bagi mendesak Presiden MIC berundur segera.

Majlis pelancaran akan diadakan di ibu negara dengan dijangka dihadiri kira-kira 7,000 orang.

Mugilan mengumumkan langkah pertama ini tiga hari selepas menerima surat pemecatan daripada Datuk Seri S. Samy Vellu.



Mugilan menolak pelan peralihan kepimpinan Samy Vellu Rabu lalu dengan mendesak presiden itu berundur serta-merta dan jika tidak sebelum 31 Disember ini.

Mugilan, 35, yang merupakan Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor sehingga beliau dipecat kelmarin berkata, usahanya ini mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin parti itu sama ada yang telah dibuang ataupun masih menganggotainya.

“Malah, usaha ini juga mendapat sokongan masyarakat pelbagai kaum,” kata Mugilan yang enggan mendedahkan nama ‘orang besar’ yang menyokongnya.

‘GAS adalah kuasa rakyat, hari keramat untuk MIC menghadapi masa depan yang lebih baik, kekal relevan,” katanya ketika ditemui The Malaysian Insider selepas sidang media di sini.

“Kami hendak menunjukkan kepada kerajaan pimpinan BN bahawa masyarakat India adalah serius untuk melihat perubahan kepimpinan dalam MIC iaitu Samy Vellu berundur,” katanya.

Samy Vellu, 73, menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat Mugilan kelmarin walaupun sehari sebelum itu mengumumkan akan merujuk kepada jawatankuasa disiplin kerana telah bertindak bertentangan dengan kepentingan MIC dan BN semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April lalu.

Mengumumkan perkara ini pada sidang media di sini pagi ini — yang diadakan untuk membuat pendedahan mengenai kepimpinan Samy Vellu yang menerajui MIC sejak 1979, Mugilan berkata:

“Saya akan mengumumkan nama mereka ketika pelancaran Ahad ini.”

Selepas pelancaran di ibu negara Ahad, kata beliau, GAS akan bergerak ke seluruh negara bagi mencari sokongan menggesa Samy Vellu berundur segera.

Sempena pelancaran itu kata Mugilan, beliau akan mengeluarkan CD khas mengisahkan kepimpinan Samy Vellu sepanjang 31 tahun ini.

“Ia akan menggambarkan siapakah sebenarnya Samy Vellu,” katanya.

Rangkaian sosial Facebook bertajuk “Support GAS” juga akan dimulakan, kemungkinan hari ini.

“Dulu kita menggunakan kayu untuk mengadakan api, sekarang zaman sudah berubah, kita gunakan gas... usaha perlu digerakkan untuk mendesak Samy Vellu berundur, saya tidak bertindak menentang kepentingan MIC, tetapi mahu Samy Vellu berundur,” kata beliau dengan merujuk usaha baru dengan penubuhan GAS ini.

Sambil menyifatkan sejarah berulang, Mugilan sekali lagi mempertahankan tindakannya meminta Samy Vellu berundur segara atas alasan pemimpin veteran itu pernah menggesa Tun V.T. Sambanthan, presiden ketika itu, agar meletakkan jawatan dengan segera.

“Masa itu Samy Vellu berusia sekitar 30-an dan saya sekarang berusia 35 tahun. Jadi, jika Samy Vellu boleh buat dulu (desak Sambanthan berundur), mengapa kami, saya sebagai pemimpin Pemuda sekarang tidak boleh mendesak berhenti sekarang?

“Dan, apabila saya meminta beliau berundur mengapa mahu ambil tindakan?” kata Mugilan yang hubungan dengan Samy Vellu dingin sejak namanya mendapat perhatian Umno dan pucuk kepimpinan BN untuk diturunkan sebagai calon Hulu Selangor.

Ketika ditanya sama ada yakin akan berjaya dalam usahanya ini, Mugilan berkata, beliau mempunyai sokongan moral yang baik buat masa sekarang.

“Kita kena buat sekarang, jika tidak buat sekarang ia akan memberi kesan buruk kepada MIC dan BN dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.