Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

12 Mei 2010

Keluarga minta polis bersih nama Allahyarham Aminulrasyid



Keluarga pelajar 15 tahun yang mati ditembak polis, Allahyarham Aminulrasyid Amzah, meminta pihak polis membersihkan nama arwah daripada dilabelkan sebagai penjayah dan memohon maaf kepada mereka.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan berkata, meskipun mereka menghargai tindakan mahkamah mendakwa anggota polis yang menembak Aminulrasyid, namun mereka tetap tidak berpuas hati kerana tiada sebarang permohonan maaf dibuat oleh pihak yang terlibat.

"Walaupun salah seorang anggota polis telah ditahan, sehingga kini pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri tidak meminta maaf kepada keluarga ini.

"Pihak keluarga terutamanya ibu arwah dari awal lagi mahu nama anaknya dibersihkan yang pada awalnya diberitahu arwah adalah penyamun," katanya pada sidang media di kediaman keluarga Aminulrasyid, seksyen 11, dekat sini hari ini.

Anggota polis, Korporal Jenain Subi semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Kamarudin turut mempersoal sikap pihak polis Selangor yang masih bediam diri sedangkan di Negeri Sembilan, ketua polisnya terus memohon maaf kepada keluarga mangsa tembakan di Seremban baru-baru ini.

Keluarga Aminulrasyid turut menuntut agar pihak polis mendedahkan proses siasatan yang dijalankan memandangkan mereka langsung tidak tahu setakat mana siasatan telah dijalankan.

"Kami ingin tahu tentang proses penyiasatan yang dilakukan ke atas kes ini kerana kami tidak tahu bagaimana siasatan yang telah dibuat dan apa yang telah berlaku.

"Adakah sebab arwah mengundurkan kereta dan adanya parang dalam kereta maka arwah ditembak? Kami tidak tahu butir-butir siasatan yang dilakukan," katanya.

Beliau juga berkata, pihak polis seharusnya mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku itu.

"Kita juga berterima kasih kepada pihak berkuasa, pihak polis yang telah menjaga keselamatan awam dan negara. Tetapi pada masa yang sama kita mahu polis mengambil iktibar berhubung kejadian yang berlaku," katanya.

Sementara itu, peguam keluarga mangsa, N. Surendran menuntut supaya beberapa pegawai atasan polis, terutamanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar disiasat oleh sebuah badan bebas.

Surendran berkata, pihaknya mahukan pihak terbabit dirujuk bawah Seksyen 11 Kanun Keseksaan kerana didakwa memberikan maklumat mengelirukan ekoran kenyataan awal bahawa pihak berkuasa menjumpai parang dalam kereta yang dipandu Aminulrasyid.

"Kenyataan yang dibuat itu perlu ditarik balik. Kenyataan yang dikeluarkan oleh CPO dan IGP perlu ditarik balik. Kenapa pihak tertinggi hanya berdiam diri?" soalnya.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa anggota keluarga Aminulrasyid dan seorang lagi peguam, Latheefa Koya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.