Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Jun 2010

Episod Baru Perbalahan Umno Terengganu

- Ketua Umno, JKKK DUN Alor Limbat Serah Memorandum Bantah ADUN

KUALA TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah membuat kejutan terkini, yang dilihat sebagai

‘mencetuskan episod terbaru perbalahan Umno negeri Terengganu’.

Beliau mendedahkan ada pihak tertentu mendesaknya untuk meletakkan jawatan dan menjanjikan projek bernilai puluhan juta ringgit kepada sesiapa yang berjaya menjatuhkannya.

Menurutnya, susulan tawaran itu, wujud kumpulan melibatkan ketua-ketua cawangan Umno dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) melahirkan rasa tidak puas hati dan bertindak menghantar memorandum kepada Menteri Besar.

Katanya, beliau telah maklum, memorandum tersebut adalah bertujuan mendesak agar beliau melepaskan jawatan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat

“Saya tahu (mengenainya) namun tidak gusar kerana sedar terdapat segelintir pemimpin cawangan yang gagal mentadbir cawangan mereka, cuba menutup kelemahan sendiri dengan menuding jari kepada wakil rakyat.

“Sepatutnya cawangan terletak di zon yang kalah harus memperkasakan cawangan masing-masing, tapi sebaliknya yang berlaku selain memberi alasan wakil rakyat tidak turun padang,” katanya ketika mengulas tindakan lebih 40 ketua cawangan dan JKKK DUN Alor Limbat yang bertindak menyerahkan memorandum kepada Dato’ Ahmad Said kelmarin.


Difahamkan, antara kandungan memorandum tersebut mendakwa Alias gagal menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dalam kawasan terbabit.


Alias yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang menafikan dakwaan Ketua Cawangan dan JKKK sebagaimana terkandung dalam memorandum tersebut.

Malah tegasnya, DUN Alor Limbat yang diwakilinya, tidak mempunyai masalah dan menganggap ia sengaja diada-adakan.

Lebih parah katanya, pihak tertentu kini telah menjadikan politik sebagai satu perniagaan bagi mengaut laba dan keuntungan peribadi.

Beliau turut mendakwa, ada pihak tertentu ingin memastikan beliau jatuh, dan mana-mana calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi DUN Alor Limbat tidak meraih kemenangan.

Alias pada Sidang Dewan Udangan Negeri Disember tahun lalu telah membuat kejutan dengan menggelar, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said sebagai ‘penipu’(pelawak).

Beliau dengan lantang telah mengkritik pentadbiran Ahmad yang dikatakan sebagai pentadbiran ‘Ad-hoc’.

Antaranya, Alias telah memperli Ahmad yang belum melaksanakan janji-janji beliau dengan mengatakan “rumah tak nampak, kerana dikelilingi pokok sawit”.

Alias sebenarnya merujuk kepada janji Ahmad untuk memberikan benih kelapa sawit kepada penduduk kampung, bagi program tanam sawit keliling rumah.

Janji tersebut masih belum dilaksanakan oleh kerajaan Ahmad sampai hari ini.

Selain itu, Alias turut mengkritik tindakan Ahmad yang melaksanakan projek-projek tanpa tender terbuka, khsususnya projek pembangunan pulau-pulau di Tasik Kenyir yang bernilai RM300 juta.

“Inilah senario sebenar politik di Terengganu namun saya kena matang dalam berpolitik dan lebih senang menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sebagai wakil rakyat,” kata Alias sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Kemuncak episod perbalahan pemimpin Umno Terengganu tahun 2009 adalah kes ‘SMS Ugut Bunuh’ yang berlaku pada April tahun lalu.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Dato’ Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kini sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah apabila beliau dituduh melakukan ugutan tersebut.


Ekoran peristiwa itu, ADUN Umno yang dikenali sebagai ‘kumpulan 10 budak hitam’ membuat bantahan besar-besaran dan memulaukan Sidang DUN Terengganu.

Pada waktu yang sama, Alias telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, menyenaraikan 10 perkara mengapa Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said perlu meletakkan jawatan.

Berita Berkaitan;

Apa kandungan SMS mendesak MB Letak Jawatan

10 ADUN ‘Telanjangkan Ahmad Said’ Dedah Kelemahan MB Terengganu

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

Kes SMS Ugut Bunuh - Bekas SU Politik Idris Jusoh Di cari Polis

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Jatuh menjatuh,malu memalukan,fitnah memfitnah memang kerja puak-puak umno sementelah lagi bersifat gila kuasa...itulah prinsip perjuangan umno.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.