Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

7 Jun 2010

Kuasa ketiga di Dewan Rakyat

Lima bekas Ahli Parlimen Bebas, yang keluar Parti Keadilan Rakyat sejak awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembentukan Konsensus Bebas di Dewan Rakyat.

Kelima-lima wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka berkata konsensus itu akan berperanan sebagai “blok ketiga” untuk menawarkan suara yang berkesan di Parlimen.

Seorang lagi wakil rakyat Bebas ialah Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim, Presiden Perkasa dari awal tidak bersetuju dengan pembentukan blok wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata konsensus berkenaan akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang mengutamakan rakyat selain membawa isu-isu rakyat dan negara dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulen dan jujur.

Ditanya sekiranya konsensus berkenaan akan turut dianggotai wakil rakyat Bebas lain Ibrahim, Zahrain berkata: “Kita belum bincang lagi dengan beliau (Ibrahim) tetapi kami mengalu-alukan semua anggota Bebas untuk menganggotai konsensus ini.

“Kami juga akan memaklumkan Parlimen mengenai penubuhan konsensus ini selain akan menubuhkan sekretariat dan laman web kami sendiri,” katanya.

Zahrain berkata, Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan non-partisan selain menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasar-dasar politik sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik,” kata Zahrain yang mewakili empat anggota lain pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata untuk menjadi Ahli Parlimen yang berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi kepada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ahli MP bebas bercakap lembut lidah dari gigi masa dalam parti pun rakyat tak terbela inikan dah jadi bebas pro umno+apco yang jahanam.Adakah apabila jadi bebas baru boleh buat kerja untuk rakyat dan masa dalam parti tak bolehke??? berkata-kata pandai buatnya tidak.

azman kamarul berkata...

Itu semua penipu belaka, semasa jadi YB dalam Pakatan tak peduli pengundipun..sekarang nak bercakap "sedap" pulak dah.

Pilihanraya ke 13 nanti kita nak tengok bertanding atas tiket apa? Kalau betul gentlemen bertanding atas tiket bebas..dan kita tengok siapa terlepas.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.