Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Okt 2010

Kelantan Hanya Pembangkang, Bukan Musuh Kerajaan Pusat-Tok Guru Nik Aziz


PASIR PUTEH - Kelantan adalah negeri pembangkang, bukan musuh Kerajaan Pusat sehingga dinafikan pelbagai hak termasuk menafikan 118 projek pembangunan di negeri ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Pusat menghentikan begitu banyak projek yang sepatutnya diperolehi negeri itu semata-mata ditadbir parti pembangkang.

Ketika mula memerintah Kelantan, katanya, Kerajaan Negeri memohon beberapa projek pembangunan termasuk membina pelabuhan dan lapangan terbang namun ditolak.

“Perdana Menteri ketika itu memberi alasan laut kita cetek, sedangkan manusia boleh menyelesaikan masalah sedemikian termasuk dengan cara mendalamkannya.
Justify Full
“Lapangan terbang pula, baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu,” katanya ketika merasmikan Program Cakna Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, semalam.

Mursyidul Am Pas itu berkata, pemimpin Kerajaan Pusat juga telah memberi pelbagai tanggapan negatif kepada pelabur luar yang mahu memasuki negeri itu kerana mahu membiarkan Kelantan terus ketinggalan dari segi ekonominya.

Nik Aziz berkata, itulah salah satu faktor Pas melawan Barisan Nasional (BN) kerana diskriminasi yang diamalkan selain fahaman politik yang ternyata berbeza.

”Siapa pun yang berada di pihak mereka (BN) kita terpaksa lawan kerana kita bukan melawan batang tubuh tetapi kita melawan kerana ideologi mereka tidak berdasarkan Islam.

”Siapa pun kita lawan kerana lawan kita ini bermaksud untuk membetulkan, menyedarkan mereka agar tidak terpesong dengan ajaran Islam,” katanya.

Ketika ditanya isu yang akan dibangkitkan Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nik Aziz berkata, beliau hanya menekankan ajaran Islam dan menyerahkan soal membangkitkan isu kepada pemimpin lain.

Sementara itu pada majlis berasingan di KOTA BHARU, Nik Aziz berkata, Pas akan mengumumkan calon mereka yang akan bertanding di Galas bila tiba masanya.

“Itu dia ada program dia. Akan sampai masanya. Bila tiba masanya..tak apa...saya akan beritahu. Tak payah risau,” katanya

Mengenai keputusan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan persetujuan menerima tawaran sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya BN, beliau berkata:

“Hak tu ikut dia (Tengku Razaleigh)...dia punya fasal. Kita lawan tetap akan lawan. Dia nak terima tak nak itu dia punya fasal. Saya kenal dia lama. Saya rasa dia tak layak jadi calon. Masa dia jadi ketua perhubungan pun di Kelantan tetapi dia sendiri tak calon diri dia untuk DUN.

“Apa ertinya masa dia sendiri jadi ketua perhubungan dia tak calon diri dia sebagai ADUN...tiba-tiba sekarang ini dia jadi Ahli Parlimen kita suruh dia turun ke bawah. Ini tak betul.”SH

3 ulasan:

al-brangi Online berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
al-brangi Online berkata...

salam,

betul ke ketika derih jusuh berdikir bersama hishamuddin, mad said dll, tok joro si derih jusuh ada kenen2 ke Agong.

kalau betul boleh uploadkan diblog tuan.

pohon linkkan

http://al-brangionline.blogspot.com
(pembetulan)
menggantikan al-brangi yg telah diserang malware seperti tuan

al-brangi Online berkata...

salam,

terima kasih banyak2 ya akhi.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.