Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

07/06/2010

PAS cadang wujud tentera OIC kawal misi kemanusiaan

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencadangkan agar diwujudkan pasukan tentera di kalangan negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) bagi memayungi misi kemanusiaan ke Gaza.

Tegasnya, misi bantuan tersebut mesti diteruskan, namun perlu dipayungi oleh tentera yang diwujudkan oleh OIC atau pihak antarabangsa demi keselamatan anggota misi dan memastikan bantuan sampai ke Gaza.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang juga mahukan Malaysia menggunakan pengaruh OIC, NAM dan PBB bagi mengheret pemimpin rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) walaupun secara paksa.

Ini, katanya kerana tindakan kejam zionis Israel sejak sekian lama adalah tidak bertamadun, mencabul undang-undang antarabangsa, melampau fitrah kemanusiaan dan lebih teruk daripada binatang.

"Fitrah kemanusiaan ada kesihan belas terhadap manusia bahkan kepada binatang," katanya ketika membahaskan usul mengutuk keganasan rejim zionis Israel di Dewan Rakyat, sebentar tadi. Usul tersebut dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Tindakan Israel itu juga, katanya aalah manifestasi ideologi zionisme yang mahu membina sebuah negara Israel agung di bumi Palestin sehingga mengenepikan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kita mempunyai tanggungjawab bersama sangat besar, ketepikan kepentingan politik, bersatu atas sifat kemanusiaan," katanya lagi.

Kuasa ketiga di Dewan Rakyat

Lima bekas Ahli Parlimen Bebas, yang keluar Parti Keadilan Rakyat sejak awal tahun ini, hari ini mengumumkan pembentukan Konsensus Bebas di Dewan Rakyat.

Kelima-lima wakil rakyat berkenaan ialah Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Samsuri (Bagan Serai), Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju).

Mereka berkata konsensus itu akan berperanan sebagai “blok ketiga” untuk menawarkan suara yang berkesan di Parlimen.

Seorang lagi wakil rakyat Bebas ialah Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim, Presiden Perkasa dari awal tidak bersetuju dengan pembentukan blok wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata konsensus berkenaan akan memberi fokus kepada pembentukan dasar-dasar yang mengutamakan rakyat selain membawa isu-isu rakyat dan negara dengan lebih inovatif berteraskan semangat reformasi tulen dan jujur.

Ditanya sekiranya konsensus berkenaan akan turut dianggotai wakil rakyat Bebas lain Ibrahim, Zahrain berkata: “Kita belum bincang lagi dengan beliau (Ibrahim) tetapi kami mengalu-alukan semua anggota Bebas untuk menganggotai konsensus ini.

“Kami juga akan memaklumkan Parlimen mengenai penubuhan konsensus ini selain akan menubuhkan sekretariat dan laman web kami sendiri,” katanya.

Zahrain berkata, Konsensus Bebas membentuk satu blok bebas di Parlimen yang efektif, bebas dan non-partisan selain menzahirkan pandangan serta tindakan politik secara bebas tanpa dibelenggu oleh kongkongan batasan politik kepartian dalam menyampaikan pendirian dan dasar-dasar politik sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Konsensus Bebas yakin untuk berperanan secara berkesan menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen walaupun tidak dinaungi oleh mana-mana parti politik,” kata Zahrain yang mewakili empat anggota lain pada sidang media di lobi Parlimen di sini.

Beliau berkata untuk menjadi Ahli Parlimen yang berkesan bukan terletak pada parti yang diwakili tetapi kepada kesungguhan dan kejujuran dalam berpolitik.

Kabinet Baru Malaysia-Kemana Arah Khairy Jamaluddin?

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) merasakan yang PEMUDA UMNO sememangnya patut mempunyai sikap iri hati terhadap parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain setelah pembentukkan kabinet Kerajaan Malaysia yang baru diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak (PM) sekali lagi menyaksikan ketua mereka iaitu Khairy Jamaludin (KJ) yang juga merupakan MP Rembau tidak disenaraikan dalam barisan kabinet yang dibentuk.

Walaupun penafian demi penafian dibuat kononnya yang mereka sedikit pun tidak terkilan malah menyifatkan ini sebagai propaganda pihak pembangkang seperti yang terbaru, komen daripada Naib Ketua mereka, Dato’ Razali Ibrahim yang mengatakan ini adalah tindakan mereka yang tidak matang dan cuba memutar belitkan isu. Akan tetapi apabila melihat rayuan kepada PM yang datangnya daripada PEMUDA UMNO negeri-negeri seolah-olah tanda mereka sendiri tidak percaya yang ketua mereka disisihkan oleh PM.

Ketua PEMUDA UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali mengingatkan PM supaya tidak sentiasa melupakan KJ. Ada yang berpendapat bahawa KJ setidak-tidaknya harus dilantik menjadi timbalan menteri sepertimana naib ketuanya.

Dalam tradisi UMNO, ketua pemudanya sentiasa diberikan jawatan di dalam kabinet antaranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein dan PM sendiri. Jadi jelaslah ada sesuatu yang tidak kena apabila KJ tidak dilantik menjadi menteri walaupun menang dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu dan menang dalam pemilihan PEMUDA UMNO yang lepas.

Persoalannya, mengapa KJ diketepikan oleh PM sementara Dato’ Mukhriz Mahathir dilantik menjadi Timbalan Menteri Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sedangkan beliau kalah dalam pemilihan yang lepas. Mungkinkah KJ dilihat sebagai ‘liability’ kepada UMNO itu sendiri? Apakah KJ tidak layak dimata PM? Cukupkah sekadar meletakkan KJ di parlimen tanpa ada ‘portfolio’ yang lain sehinggakan beliau mempunyai banyak masa untuk menyertai latihan Askar Wataniah selama sebulan?

DPPP mengharapkan agar PEMUDA UMNO tegas dan lantang dalam memperjuangkan hak ketua mereka dalam kerajaan PM sekarang agar PEMUDA UMNO terus dapat dilihat ‘relevan’ dengan suasana politik semasa. Jika tidak, bimbang suatu masa nanti PEMUDA UMNO dianggap sebagai salah satu sayap parti yang hanya digunakan untuk pilihanraya sahaja. Peranan mereka tidak lebih daripada itu kerana jika dilihat senario sekarang jelas memihak kepada parti komponen BN yang lain demi untuk memancing undi kaum lain. Jadi apa peranan PEMUDA UMNO jika ketua mereka sendiri di’tukun’kan oleh PM?


UST. AZMAN SHAPAWI ABD.RANI
Timb. KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

Pengadil negara akan beraksi pada perlawanan pembukaan Piala Dunia



Malaysia tidak bertanding pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang bermula 11 Jun ini tetapi wakil negara akan “beraksi” pada perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah Afrika Selatan dan Mexico sebagai pengadil.

Pengadil Subkhidin Mohd Salleh, 44, bakal mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai pengadil keempat pada perlawanan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata Subkhidin adalah wakil Malaysia yang pertama dipilih sebagai pengadil untuk perlawanan Piala Dunia.

“Baru tadi saya diberitahu oleh urusetia Persatuan Bola Sepak Malaysia bahawa Subkhidin mendapat penghormatan sebagai pengadil keempat pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 antara Mexico dan Afrika Selatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Walaupun sebagai pengadil keempat, ia merupakan satu penghormatan kepada Malaysia kerana bukan senang untuk terpilih sebagai pengadil perlawanan pembukaan,” katanya.

Raja Ahmad Zainuddin berkata pemilihan Subkhidin, guru Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang, sebagai pengadil pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 itu merupakan satu penghormatan kepada Malaysia dan arena bola sepak negara.

Subkhidin yang mempunyai kelayakan sebagai pengadil Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pernah dipilih untuk Piala Dunia 2006 di Jerman tetapi tidak mengendalikan sebarang perlawanan.

Sebanyak 30 pengadil akan bertugas mengendalikan 64 perlawanan sepanjang kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu.

Dua pengadil Malaysia lain pernah dipilih sebagai pembantu pengadil kejohanan itu iaitu Allahyarham Kapten Halim Abdul Hamid di Piala Dunia 1998 di Perancis dan Mat Lazim Awang Hamat pada Piala Dunia 2002 ketika Korea Selatan dan Jepun menjadi tuan rumah bersama.

Pada kejohanan kali ini, FAM akan mempunyai dua lagi pegawai yang turut terlibat iaitu Datuk Dell Akhbar Khan dalam aspek keselamatan dan Paul Windsor sebagai komisioner perlawanan dan penyelaras gelanggang. — Bernama

06/06/2010

Israel bebas sukarelawan Malaysia naiki Rachel Corrie

Enam sukarelawan Malaysia yang menaiki kapal MV Rachel Corrie, kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dirampas Israel semalam dibebaskan di sempadan Israel-Jordan pada pukul 5.20 petang waktu Malaysia.

Mereka terdiri daripada anggota Parlimen Mohd Nizar Zakaria, anggota Pertubuhan Damai Perdana Global Shamsul Akmar, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua anggota akhbar, Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari TV3. — Bernama

05/06/2010

Rachel Corrie sah dirampas


MV Rachel Corrie, kapal terakhir yang membawa bantuan kemanusiaan ke kawasan Gaza yang dikepong Israel, bersama sekumpulan aktivis damai termasuk enam dari Malaysia, telah dirampas oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.

Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, kata jurucakap itu.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agar menentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan.

"Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tentera yang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjata itu," katanya.

Anifah berkata kesemua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuan bagi menjamin keselamatan mereka.

Anifah berkata Wisma Putra memantau secara dekat perkembangan oleh kerana adanya enam rakyat Malaysia di kapal berkenaan.

Misi bantuan Gaza itu ditaja oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO), sebuah organisasi bukan kerajaan Malaysia.

Kapal Rachel Corrie diberi nama sempena serang wanita Amerika yang terbunuh oleh sebuah jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, ketika memprotes tindakan meroboh sebuah rumah.

Anifah berkata Malaysia turut menggesa Israel menentukan laluan selamat kapal itu ke Gaza untuk menyerahkan kargo bantuan kemanusiaan itu.

Dalam hubungan ini, Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa agar turut meminta Israel memberi jaminan demikian.

-- Bernama

Judi Bola: Najib terhutang budi pada Kumpulan Berjaya

hli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak merasa terhutang budi sehingga meluluskan lesen judi bola sepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya.

Beliau berkata, besar kemungkinan Kumpulan Berjaya turut memberikan sumbangan kepada Barisan Nasional (BN) untuk membiayai perbelanjaan menghadapi 11 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

(Gambar: Khalid membahagi risalah GMJ kepada orang ramai.)

Tambahnya, Berjaya membayar sejumlah RM250 juta kepada kerajaan dalam tempoh setahun bagi lesen judi.

Baginya, tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak itu kerana terdesak untuk mendapatkan duit kerana negara menghadapi masalah kewangan sekarang.

Jelasnya, kelulusan tersebut tidak pernah dibincang atau dibahaskan di Parlimen.

“Keputusan itu dibuat mendadak oleh kerajaan yang lahir dari sikap desperado, terdesak BN dalam keadaan negara menghadapi masalah kewangan,” ujarnya pada Pelancaran Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini petang ini.

Turut berucap ialah Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha JIM, Nahar Mohd Noor, wakil Jemaah Muafakat Muslim Perak, Zulkifli Ibrahim, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin, Setiausaha Agung Abim, Rahimi Abdul Rahim dan wakil Dewan Pemuda Masjid, Mohd Takiyuddin Abdullah.

Khalid berkata, ekoran kelulusan judi itu yang dianggap sebagai membalas budi, kemungkinan Berjaya akan terus memberikan sumbangan kepada BN.

Menurutnya lagi, penentangan terhadap kelulusan lesen judi itu bukan sahaja melibatkan Pakatan Rakyat tetapi MCA dan Gerakan yang merupakan komponen utama BN.

“Hanya Umno yang menyokong,” ujarnya.

Mohd Azmi sewaktu menjawab pertanyaan media berhubung sikap membisu pemimpin Umno berhubung kelulusan lesen judi bola sepak itu berkata: “Itu kena tanya Umno”.

Majlis berakhir dengan penyebaran risalah GMJ bertajuk Judi Meruntuhkan Masyarakat & Negara oleh anggota gerakan itu yang turut memaklumkan mengenai Himpunan 100,000 Rakyat Membantah Judi pada 3 Julai di Istana Negara sempena penyerahan memorandum bantahan judi itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

VIDEO:Himpunan Sejuta Ummah Untuk Gaza





04/06/2010

Video : Himpunan Anti Israel Di Besut


Gambar : Himpunan Anti Israel Di Besut

Ucapan AJK Pas Kawasan Besut,saudara Solahuddin Jaafar
Ucapan Tim.YDP Kawasan Besut Hj Hassan Salleh
Ucapan YDP Kawasan Besut Ust W. Azhar W. Ahmad
Celaka Zionis !!!
Selamatkan Palastine...
Polis pun ada laaa...
Sebahagian yang hadir

Hidup2 hidup islam,hancur2 hancur Israel
Bacaan doa oleh YDP Kawasan Besut
Aaamiin...
Ya Allah selamatkanlah saudara kami di Palastine...
Tanda kebencian,bendera Israel dibakar

JERTIH 4 Jun
- DPPKB dan PAS Kawasan Besut (PKB) berjaya menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel. Demonstrasi ini diadakan di perkarangan Masjid Hadahari, Jertih. Beberapa Pimpinan utama PKB turut hadir bagi menjayakan program ini.

Demo ini diakhiri dengan ucapan YDP Kawasan Besut. Sebagai tanda bantahan terhadap Israel peserta demo telah membakar bendera Israel, ini simbolik kebencian kita terhadap negara haram Israel.

Gambar sekitar Demo Anti Isreal

Ramai orang, sampaikan terowong jalan tun razak ditutup
BN Yahudi hipokrit..'halau apco'..itu laungan para demontrasi
free palestin..ini semua anak muda MEMAKAI JEANS
Air..air..panas dengan yahudi ni.. Apalah bodohnya kita semua...biarlah mereka nak bantah yahudi..bukannya nak sokong yahudi pun span class="fullpost">
Ucapan berdegar-degar dari Ustaz Ridhuan
Jom bakar bendera yahudi..tanda kita marah..
Budak pun marah kat yahudi...pang..pang
Tingginya ustaz ridhuan mohd nor..jangan kena tembak dahla..dulu masa himpunan ppsmi, kena sembur gas pemedih mata, langsung ditukarnya laungan 'mansuh ppsmi' ke 'hancur UMNO'..
Ramai..dua-dua belah jalan dipenuhi manusia

Ustaz Nashruddin Tantawi menyampaikan pidato..bravo ustaz
Go to Hell Israel..memang akan masuk negara pun
Orang naik motor pun support demo hari ini
Jom kita pijak gambar yahudi laknatullah
Jom halang mereka..najib montel judi suruh..melalui apco yahudi
Buat benteng oooi...kita ni kan kuda kepang suruhan apco israel
ini gambar belakang..jauh atasi himpunan Khairy hari ini
Anwar memimpin para peserta himpunan menuju ke kedutaan amerika
Apco jahanam..ini yang dilaungkan peserta demontrasi
Bendera palestin gergasi dibawa bersama
Anwar dan Wan Azizah berjiwa rakyat..turun ke jalanan demi umat islam
Jahanam Israel....laung peserta himpunan
Tentera merah, unit amal, tetap menjadi perisai manusia menjaga keselamatan peserta
Jalanraya menjadi sesak bila gergasi manusia menuju ke jalan tun razak, tempat kedutaan amerika
Unit amal cekal menjadi FRU buat pakatan
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mara ke hadapan
Lelaki yang berkopiah ni orang terengganu..jauhnya datang..kerana semangat anti israel..tengok kat tangan pejuang ini, sanggup disandangnya beg pakaiannya sepanjang himpunan.
Para pemimpin PR berpidato di atas Storm..
Apa ni kecoh2..
lautan manusia mengulangi himpunan bersih, mansuh isa dan ppsmi
Anwar baru keluar dari masjid kg. baru
Orang ramai menadah doa selepas solat
Pemimpin pakatan menuju ke kedutaan Amerika..dipimpin oleh Anwar sendiri dan Ustaz Nasharudin
Tak pernah berlaku dalam sejarah..orang solat sampai atas jalan di luar masjid (berhampiran pusat perubatan islam)

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.