Skandal Calon Presiden UMNO (i)
Skandal Calon Presiden UMNO (ii)
Skandal Calon Presiden UMNO (iii)
Skandal Calon Presiden UMNO (iv)
Skandal Calon Presiden UMNO (v)
Skandal Calon Presiden UMNO (vi)
Skandal Calon Presiden UMNO (vii)
Satu demi satu, skandal-skandal yang melibatkan bakal Perdana Menteri Malaysia, mula keluar. Selepas cerita-cerita lama yang berlaku semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang, di ikuti pula dengan bahan bukti yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan Altantuya. Hari ini, satu lagi kes yang membabitkan Najib dalam pembelian 12 helikopter baru untuk kegunaan Angkatan Tentera bagi menggantikan helikopter Nuri.
Sejahtera Malaysia!!!
Ketika ditanya pemberita, beliau berkata: "Saya tidak akan sebut (tarikhnya). Pada ketika yang sesuai...kita akan menyaksikan perubahan".
"Kalau rakyat mahukan perubahan... tidak ada kuasa yang boleh menghalang dan menahan," katanya semasa ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri beliau di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baharu di sini.
Di Kota Baharu Jumaat lepas, Anwar yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh berkata kerajaan baru akan ditubuhkan sebelum Hari Raya Aidiladha Disember ini, selepas gagal menubuhkan kerajaan pusat pada 16 Sept lalu.
Antara yang hadir pada majlis hari ini ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim. BERNAMA
Dewan yang digunakan untuk Mesyuarat Agung Pemuda UMNO Besut
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata , keputusan menganugerahkan ‘datuk’ kepada Shahruk Khan itu adalah berdasarkan kepada cadangan mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin kepada Tuan Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob baru-baru ini adalah bagi tujuan sebagai menghargai jasa dan peranan Shahruk Khan dalam mempromosikan Melaka , melalui satu penggambaran yang dilakukan di Melaka beberapa tahun yang lalu.
Oleh itu adalah amat diharapkan , segala desas desus liar yang mendakwa bahawa penganugerahan ‘datuk’ tersebut kepada Shahruk Khan merupakan kempen peribadi beliau untuk ‘mengambil hati’ isteri Najib si Rosmah - peminat Shahruk Khan nombor satu negara , adalah karut dan tidak berasas langsung.Lihatlah kini, negara kita dipenuhi dengan tenaga kerja asing dari Pakistan dan juga Bangladesh. Sebelum ini , hanya dipenuhi dari Indonesia sahaja. Kita mesti menghargai jasa baik Shahruk Khan ; kerananya maka negara kita kini amat mudah mendapat pekerja asing terutamanya dari Pakistan. ~ Al-Husseyn
Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam. Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas. Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.
Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini, dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu. Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.
Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.
Ustaz-ustaz dalam negara ini sering membaca hadis dhaif : “Hampirlah kefakiran itu menjadi kekufuran”. Hadis ini lemah dan tidak boleh dijadikan hujah. Namun hadis ini sering dibaca oleh panel-panel forum atau ceramah yang kurang teliti disiplin hadis, atau agak terburu-buru ingin memenuhi hasrat pihak menaja ceramah atau forum perdana yang biasanya dianjurkan oleh pihak yang dinamakan diri dengan “kemajuan Islam’.
Malang sekali mereka melupai hadis yang sahih yang merupakan amaran Nabi s.a.w terhadap umat ini. Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:
“Demi Allah, bukan kefakiran yang aku bimbang menimpa kamu, tetapi aku bimbang dibentangkan kepada kamu dunia seperti mana dibentangkan kepada mereka yang terdahulu dari kamu (umat yang silam), lalu kamu bersaing untuk mendapatkannya seperti mana mereka bersaing. Lantas dunia itu memusnahkan kamu seperti mana ia telah memusnahkan mereka”.
