Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

3 Jun 2009

ADMIN PEMUDABESUT bermuktamar

Salam Muktamar

Pagi ini ADMIN PemudaBesut bersama Zul Amal akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Muktamar Pemuda yang akan dirasmikan pada malam ini. Oleh kerana ADMIN terpilih menjadi perwakilan Pemuda Negeri dalam Muktamar Pemuda & Perwakilan Kawasan dalam Muktamar Penuh yang akan berakhir 7 Jun nanti. Oleh itu Blog PEMUDABESUT akan tidak terUPDATE buat sepanjang muktamar berlangsung. Jika ada kesempatan di sana ADMIN akan UPDATE

Kita jumpa disana....

Salam Muktamar...

Salam

Dewan Pemuda PAS Malaysia akan bermuktamar tahunannya hari ini dengan upacara perasmian akan bermula awal malam nanti di Markaz PAS Taman Melewar, Gombak. Ia adalah muktamar tahunannya buat kali yang ke 50.


Muktamar adalah aplikasi sistem syura yang dianjurkan agama. Syura memberkati perjuangan Islam. Justeru kehadiran anda ke muktamar kali ini, khususnya para perwakilan adalah diberkati Tuhan. Insya Allah, perjuangan Islam akan terus maju ke hadapan membawa sinar kepada kehidupan manusia di dunia ini.

Agama Islam, tenteranya adalah pemuda.

Nabi kita, pembantu kanannya adalah pemuda.

Ashabul Kahfi, contoh sepanjang zaman itu adalah pemuda.

Pemuda adalah kekuatan.

Pemuda adalah peluang.

Pemuda adalah harapan.

2 Jun 2009

Stadium Sultan Mizan - PAS Gesa Siasatan Menyeluruh


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita5/stadiumruntuh5.jpg
KUALA NERUS - Stadium Sultan Mizan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak, berharga RM 450 juta yang dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu, runtuh pada jam 9.30 pagi hari ini.

Keseluruhan bumbung 'grand-stand' membabitkan bumbung sepanjang 80 meter meliputi pentas di Raja. stadium yang menjadi kebanggaan itu telah runtuh sama sekali.

Runtuhan itu bagaimanapun tidak mengakibatkan kehilangan nyawa namun sebuah kenderaan dan empat buah motosikal yang diletakkan betul-betul dibawah bumbung yang runtuh itu ranap.

Malangnya, runtuhan yang berlaku terlalu cepat menyebabkan beliau hanya terpaku dan melihat kereta 'kancil'nya dihempap oleh kepingan atap dan keluli yang jatuh.

Dalam pukul 9.30 begitu, mula-mula dengar bunyi 'krak' (prak) macam patah gitu, (kemudian saya) tengok tu, (atap) terus jatuh, tak sempat buat apa-apa, saya agak dah, kereta saya akan kena, kerana kereta saya duduk bawah ni,"kata Hanafiah sambil menunjukkan tempat keretanya ranap.

"tengok (pagi tadi) nampak macam lendut dah, kemudian baru saya bercakap sesama kawan-kawan, tiba-tiba atap itu runtuh," tambahnya.

Seorang lagi saksi, Razali Ibrahim, 37, berkata beliau hanya dapat melihat sahaja, motosikalnya ditimpa atap yang runtuh kerana menurutnya kejadian berlaku terlalu cepat, antara seminit hingga dua minit.

"Saya tengoklah kejadian (atap) jatuh tu, dia bermula dari depan tu,"katanya menunjukkan bahagian tengah belakang stadium dimana beliau mendakwa kejadian mula berlaku.

"Dia bunyi (kejadian) sekejap saja..... prak.....prak..... terus jatuh selalu (serta merta),

"saya sedang baiki lampu (stadium) disebelah sana, tak sempat (selamatkan motosikal), tengok ajalah,"ujar Razali.

PAS Gesa Siasatan Menyeluruh

Timbalan Pesuruhjaya PAS Trengganu, Dato' Wan Abdul Mutalib Embong ketika dihubungi terkejut mendengar kejadian malang yang menimpa binaan yang menjadi kebanggaan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu itu.

Beliau berkata Stadium tersebut yang tersergam indah, menjadi pesona kepada sesiapa yang melihatnya, malah ia jelas dapat dilihat oleh mereka yang datang melalui udara kerana berhamitran dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Malangnya baru hanya setahun ia telah runtuh,"katanya spontan.

Justeru beliau menggesa pihak-pihak yang bertanggungjawab khususnya kerajaan negeri Terengganu mengadakan satu 'inquiry' secara menyeluruh bagi mengenalpasti apakah punca sebenar yang menyebabkan kejadian itu berlaku.

"Kita minta kerajaan dan pihak berkenaan mengadakan satu 'inquiry, thoroughly, semua pihak yang terlibat mesti dipanggil dan disoal siasat, bagi mencari punca sebenar dan terperinci, apakah masalah yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku,"

"laporan mesti di bentangkan dalam Dewan Undangan Negeri," katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur itu dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lalu dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi' kenyataan sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh.

Gambar Stadium Sultan Mizan runtuh







YB Nozula mohon maaf kepada YB Husam

notis perintah page 3 of 3 003

Kenyataan Akhbar

Tetuan Saiful Kasri & Associates

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.



Notis tersebut berbunyi:

Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.

Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato’ Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

  • Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.

  • Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

  • Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

  • Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pasmengutip dana.

  • Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

  • Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

  • Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Oleh itu beliau telah mengarahkan pihak kami mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua Ahli Dewan Undangan Negeri berkenaan dan New Straits Times (M) Berhad. Akhirnya pihak ADUN berkenaan telah bersetuju untuk memohon maaf secara terbuka kepada anakguam kami serta menarik balik segala tuduhan yang dilemparkan.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek

Peguambela dan Peguamcara

Tetuan Saiful Kasri & Associates


Stadium Sultan Mizan runtuh

Football Stadium 1 by UmmAbdrahmaan :).
Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.

Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu

Difahamkan kerosakan tersebut telah pun dikenalpasti tetapi telah didiamkan oleh JKR. PemudaBesut juga difahamkan bahawa semua bayaran telah dibuat walaupun ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maklumat menyatakan pihak JKR yang telah mengenalpasti masalah telah bertindak "seolah-olah" ingin menutup kelemahan yang berlaku.

Runtuhan dikatakan berlaku pada bahagian stadium yang menghadap dengan Pusat Sekolah Memandu (PSM) .

Presiden PAS di Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18


Dato’ Seri Tuan Guru Presiden makan malam semeja dengan Prof. Dr Necmettin Erbakan (Bekas Perdana Menteri Turki), Mr Recai Kutan (Presiden, Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial), Prof. Dr Numan Kurtulmus (Presiden Saadat Party), dan Ustaz Rashid Ghanoushi.

KUALA LUMPUR - Bertempat di Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial – ESAM) pada 28 hingga 30 Mei lalu, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Muslim ke-18 (18th International Congress of Muslim Communities) di Istanbul.

Dalam Kongres yang dianjurkan oleh Ekonomik ve Sosyal Arastirmalar Merkezi itu, Presiden telah diberi peluang sebagai penyampai ucapan dalam sesi protokol.

Beliau dalam ucapannya menjelaskan berkenaan krisis ekonomi yang melanda dunia dan penyelesaiannya di kalangan dunia Islam.

Beliau yang berucap selepas ucapan Presiden Saadat Party Prof Dr Numan Kurtulmus dan Mantan Presiden Afghanistan, Prof Dr Burhanuddin Rabbani itu turut diwawancara Wartawan Agensi Media Ajans5 di Turki mengenai perkembangan kegiatan dakwah dan politik di Malaysia dan dunia.

Turut kelihatan bersamanya dalam sesi makan malam ialah Bekas Perdana Menteri Turki, Prof. Dr Necmettin Erbakan; Presiden Pusat Kajian Ekonomi dan Sosial, Mr Recai Kutan; Presiden Saadat Party, Prof. Dr Numan Kurtulmus dan Ustaz Rashid Ghanoushi. pas.org.my

1 Jun 2009

UNDI TIDAK PERCAYA PADA MAT SAID

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

Video Monahara loloskan diri....




Berita Monahara Pinot di Indonesia

Monahara berjaya lari ke Indonesia

Cik Puan Temenggong Kelantan  by Tengku Temenggong Kelantan.
Manohara Odelia telah melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang sedang mendapatkan rawatan kesihatan.Akhbar dalam talian Detik.com (Video di dalam) tengah malam tadi melaporkan, Manohara Odelia telah sampai di Indonesia semalam.

Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 17 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu dan juga kedutaan Amerika Syarikat di Singapura dengan kerjasama imigresen Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Akhbar itu juga melaporkan, Ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Bekas model itu dilaporkan akan mengadakan pemeriksaan kesihatan pagi ini, selain pemeriksaan psikiatri.

Hasil pemeriksaan perubatan itu akan diserahkan kepada peguam mereka, lapor akhbar berpengaruh itu.

Jika benar semua dakwaan Manohara, adakah benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat berita Malaysiakini 23/4/09 "Media Indonesia dilarang tanya Najib tentang Manohara") dan para pemimpin kerajaan Kelantan tidak tahu? Semalam, disiarkan berita-berita berikut di dalam Detik.com

Manohara akui alami kekerasan dari sang suami
Manohara: Saya diperlakukan seperti mainan
Manohara: Dari dulu saya mau cerai
Manohara: Yang silet-silet itu benar
Kronologi Manohara kabur dari Fakhry
Manohara disuntik hingga muntah darah
Manohara terpaksa tampil bahagia sebab takut disiksa
Manohara: Fakhry agak psikopat
Manohara minta Dubes RI di Malaysia diganti
FBI & Kedubes AS terlibat pembebasan Manohara
Manohara dan kemewahan semu kerajaan Kelantan
Deplu sampaikan nota diplomatik ke Malaysia
Daisy senang tuduhan terhadapnya terbantahkan
Kesultanan Kelantan belum kontak keluarga Manohara
Mano: Saya tidak mau ke Malaysia lagi
Ada bekas luka setrika di dahi, Mano divisum besok

Berita-berita dalam Tabloid Nova:
Manohara bakal seret Fakhri ke jalur hukum
Manohara : Saya dianggap bukan manusia
Lolos dari Fakhri, Manohara terbang ke Jakarta

Berita-berita dalam Kompas:
Saat larikan diri, Manohara nyaris ditarik dan disuntik penenang
Manohara disuntik agar kelihatan gemuk
Tak ingin terulang, Manohara ingin bantu "Mano-mano" lain
Keprihatinan Manohara harus jadi pelajaran

Berita-berita dalam Tempo Interaktif:
Manohara pulang tanpa dokumen lengkap
Manohara: Kedutaan RI di Malaysia tidak membantu
Manohara tak ingin kembali ke suaminya
Tengku Fakhry punya versi lain kaburnya Manohara
Pangeran Kelantan siap ceraikan Manohara

Berita-berita dalam Banjarmasin Post:
Manohara pulang setelah dijemput Daisy di Singapura
Manohara Akui Alami Kekerasan Dari Sang Suami
Bila Manohara menuntut, Deplu siap fasiliasi
Melarikan diri, Manohara nyaris disuntik penenang

Berita-berita dalam Malaysiakini:
Model flees to Jakarta, claims abuse by Kelantan prince
Manohara dakwa didera putera Kelantan

Berita dalam Malaysian Insider:
Model flees from her Kelantan prince, claims abuse

Blog berkaitan:
Kelantan Palace

Berkaitan:
Media Indonesia disekat dari menanya Najib tentang Manohara
(Kelab Greenboc)

Koleksi gambar Monahara & Tengku

Rujukan : Penarik beca

31 Mei 2009

Mansor Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Angkat Sumpah Rabu Depan

YB Mansor di istiharkan memenagi N12 Penanti

Calon Parti Keadilan Rakyat adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam blognya.

Mansor,59, dijangka mengangkat sumpah jawatan pada hari Rabu depan di hadapan Yang DiPertua Negeri. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N12 Penanti pada pilihan raya kecil yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang sebelumnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas TKM I Pulau Pinang.

Mansor memperolehi undi majoriti 5,558 mengalahkan tiga calon bebas yang menjadi pesaing dalam pertandingan penjuru dalam PRK tersebut.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana.

Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kemenangan beliau hari akan menjadi kenangan manis baginya kerana sebelum Penanti beliau pernah bertanding dalam dua pilihan raya DUN pada 1999 dan 2004 dan PRU 2008 tetapi kalah dalam semua pertandingan.

PRK Penanti merupakan yang keenam setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Barisan Nasional sehingga kini kalah dalam kesemua lima PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia.

PRK DUN Manek Urai bakal menyusul pada 24 Julai nanti ekoran kematian penyandangnya, Ismail Yaacob 22 Mei lalu.

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.

Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000

Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.

Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.

Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).

Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

Di bawah adalah keputusan rasmi sehingga jam 7.18 malam.

Sehingga jam 7.18 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,266 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (290), Nai Khan Ari (534) dan Kamarul Ramizu Idris (48).

Sehingga jam 7.16malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 6,054 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (382), Nai Khan Ari (514) dan Kamarul Ramizu Idris (47).

Sehingga jam 7.13 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,672 undi, diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (357), Nai Khan Ari (455) dan Kamarul Ramizu Idris (45).

Sehingga jam 7.10 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 5,309 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (329), Nai Khan Ari (301) dan Kamarul Ramizu Idris (44).

Sehingga jam 7.05 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,963 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (298), Nai Khan Ari (297) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 7.00 malam ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,784 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (294), Nai Khan Ari (293) dan Kamarul Ramizu Idris (34).

Sehingga jam 6.55 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 4,289 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (258), Nai Khan Ari (273) dan Kamarul Ramizu Idris (26).

Sehingga jam 6.50 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,637 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (248), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.45 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,431 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (223), Nai Khan Ari (243) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.35 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 3,222 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (180), Nai Khan Ari (235) dan Kamarul Ramizu Idris (24).

Sehingga jam 6.30 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,964 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (178), Nai Khan Ari (133) dan Kamarul Ramizu Idris (22).

Sehingga jam 6.25 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,517 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (153), Nai Khan Ari (71) dan Kamarul Ramizu Idris (20).

Sehingga jam 6.20 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 2,089 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (114), Nai Khan Ari (63) dan Kamarul Ramizu Idris (16).

Sehingga jam 6.15 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,873 undi diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (100), Nai Khan Ari (52) dan Kamarul Ramizu Idris (14).

Sehingga jam 6.10 petang ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Mansor Othman mendahului dengan memperolehi 1,294 diikuti tiga calon bebas - Aminah Abdullah (81), Nai Khan Ari (40) dan Kamarul Ramizu Idris (11).

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti ialah 46.15 peratus atau 7,100 orang.

Peratusan tersebut juga merupakan hanya hampir separuh daripada 82.1 peratus pengundian dalam pilihanraya umum lalu.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sepuluh pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat pengundian ialah SMK Guar Perahu, SK Guar Perahu, Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda, SK Mengkuang, SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu, SMK Mengkuang, SMK Penanti SK Tanah Liat dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Keputusan Penanti mengikut UPU



Sukan PASTI Negeri Terengganu

Pada 30 mei lalu, kami rombongan PASTIBesut seramai 20 orang pelajar , 12 orang guru PASTI & 5 ALP PASTI Kawasan telah menyertai Pesta Sukan PASTI peringkat Negeri Terengganu di Puteri Food Court, Kemaman.

Pesta sukan tersebut melibatkan 2 permainan iaiti Futsal & Bola Jaring. Pasukan Besut menyertai kedua permainan tersebut. Dalam acara Futsal, Besut diletakan dalam pasukan B bersama pasukan Marang, Kuala Terengganu & Hulu Terengganu.Dalam Kumpulan B tersebut, Besut telah menduduki tangga kedua selepas Menang 2-0 dengan Hulu Terengganu, Seri dengan Kuala Terengganu 0-0 dan Kalah 0-2 dengan pasukan Marang. di peringkat separuh akhir Besut bertembung dengan Juara kumpulan A iaitu Dungun, namun kalah 0-2. Pada peringkat pertemuan tempat ketiga & keempat, Besut menang ke atas Setiu dengan sepakan penalti 6-3. Pasukan Marang telah muncul johan selepas menang ke atas Dungun 5-2.

Pasukan Bola Jaring Besut pula berada ditangga ke-5 selepas Menang dengan Kuala Nerus 6-0, Kalah dengan Kuala Terengganu 5-0 & Marang 4-0. Pasukan Kuala Terengganu & Marang adalah Johan & Naib Johan acara tersebut.

Penginapan kontigen Basut telah ditempatkan di PASTI Bukit Kemang. Kemudahan & layanan ALP PASTI tersebut kami anggap sungguh istemewa. Terima kasih abg Zul & Cikgu Manisah yang melayan Besut bertaraf 5 bintang.

Pada Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Naib Ketua Pemuda Terengganu, Ust Ridhuan Hashim menyaksikan PASTI Besut telah diamanahkan menjadi tuan Rumah Pesta Sukan PASTI tahun 2010. Kita Jumpa di Besut nanti.......


Live @ Penanti

Lintas Langsung-LIVE @ PENANTI dibawakan oleh Team BloggersNetwork@Perak


PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.