TV ONLINE
17 Mac 2010
TAKZIAH; 2 Kematian
PEMUDABESUT menerima 2 berita kematian serentak pagi ini. Pertama; Mertua Dato' Husin Awang (Ketua Dewan Ulama' Terengganu / Penasihat PAS Besut) meninggal dunia selepas koma hampir 2 minggu di Kg Bukit Tumboh, Kuala Terengganu. Berita kematian kedua ialah Ustaz Ibrahim Mat Ali ( AJK Ulama' Kawasan Besut / bekas Pengetua Maahad Tahfiz Pulau Chondong) juga meninggal dunia pagi tadi, selepas sakit radang paru-paru hampir 5 bulan lalu. Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut mengucapakan takziah kepada keluarga Allayarham USt Ibrahim & Keluarga Dato Husin.
Majlis Pelancaran Pasukan Seni Silat Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut
Dari kiri,Ust Zulkifli Kadir,Saudara Suhaizan Kayat,Ust Azman Sapawi dan Exco DPPP Ust Ridhuan mohd Nor.
BBQ turut di sediakan kepada para tetamuMenurut Ketua Pemuda Pas Besut Ust Zulkifli Kadir,gelanggang silat akan di buka sekurang kurangnya satu gelanggang bagi setiap Dun dalam Kawasan Besut.
Sementara itu Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Azman Sapawi dalam ucapan perasmiannya menyebut peri pentingnya orang muda mendalami seni mempertahankan diri sebagai salah satu cara beriadah.Bahkan kita akan mendapat pahala jika kita belajar demi untuk mempertahankan Islam.Menurutnya lagi,Nabi sendiri pernah mengajar para sahabat cara cara untuk memanah dan bermain pedang.Beliau turut memuji usaha yang di lakukan oleh DPPP Kaw. Besut dan berharap akan menjadi contoh bagi Pemuda Pas Kaw. lain.
Turut berucap Ketua Penerangan DPPP saudara Suhaizan Kayat.Majlis yang di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan(Ust Budak Besut) turut menyediakan BBQ untuk para tetamu.
16 Mac 2010
Dewan Rakyat Tolak Usul Royalti Minyak
Dewan Rakyat hari ini menolak usul Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub bagi menangguh sidang Parlimen kali ini untuk membahas atau memanjangkan isu royalti minyak Kelantan dengan alasan ia bukan perkara yang perlu disegerakan.
Salahuddin berkata, usul itu dihantar pada 10 Mac lalu selepas penemuan dua dokumen penting yang membuktikan jawapan Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi Parlimen lepas merupakan jawapan yang sama sekali tidak menepati perjanjian digariskan oleh Petronas.
“Saya telah mendapat beberapa penemuan baru selepas parlimen ditangguhkan akhir tahun lepas. Dan kita tetap tidak bersetuju sama sekali dengan jawapan yang awal oleh YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tentang isu tiga batu nautika,”katanya.
Dua dokumen yang diperoleh oleh Salahuddin itu membuktikan bahawa Terengganu telah menerima bayaran wang royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian di antara Petronas dan kerajaan Terengganu.
“Yang pertama ialah surat Petronas kepada kerajaan negeri Terengganu yang dihantar oleh Petronas pada 16 September 1978, kalau isu tiga batu nautika itu dipersoalkan, memang telaga-telaga minyak di Terengganu itu berada di luar, melebihi tiga batu nautika dan surat ini Petronas kepada pegawai kewangan yang menyebut dengan jelas bahawa anggaran bayaran royalti minyak petroleum 1979 yang berjumlah RM 3.2 juta. Ini disebut sebagai bayaran royalty,”katanya.
Malah penjanjian di antara Petronas dan kerajaan Kelantan yang ditanda tangani oleh Menteri Besar ketika itu, Datuk Mohd Nasir pada 19 Mei 1975 membuktikan tidak wujud syarat tiga batu nautika dalam hak untuk mendapatkan wang royalti minyak.
“Ini telah menunjukkan bahawa tidak timbul langsung isu tiga batu nautika, onshore atau offshore, yang penting selagi mana ia diletakkan di perairan negeri tersebut maka Petronas perlu membayar royalti 5 peratus, jadi, dua dokumen yang saya kemukan ini merupakan hujah yang cukup kuat untuk kita menafikan langsung tentang isu tiga batu nautika dan isu wang ihsan sepertimana yang diberikan oleh jawapan oleh PM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada sesi yang lepas,”katanya. TVS
Tidak dibenar bahas usul, MP Pakatan keluar dewan
Ahli parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan hari ini selepas tidak dibenarkan membahaskan usul yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membentangkan usul mengarahkan ketua polis negara supaya memastikan jalan dan laluan ke Parlimen dibuka sepanjang masa tanpa sebarang halangan kepada ahli parlimen. Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar kemudian bangun dan meminta usul tersebut dibahaskan kerana mendakwa berlaku kekeliruan berhubung status jawatan ketua polis negara yang didakwa akan berlaku perubahan dalam masa terdekat. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee bagaimanapun kemudiannya meluluskan usul tersebut selepas mendapat sokongan majoriti sewaktu pengundian lisan, tanpa membukanya untuk dibahaskan.
15 Mac 2010
Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak
Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi.
Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan.
Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih dikenali sebagai Siva.
Katanya, bagi PAS Perak, mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai Ketua Pemuda Himpunan Kelab Penyokong PAS negeri, juga sebagai Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pasir Salak, selain itu mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai akhlak yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat.
Mendiang juga, katanya banyak berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.
"Kami berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang. Kami menyifatkan kematian mendiang sebagai satu
kehilangan yang besar serta amat dirasai didalam arena politik negara khususnya dalam Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dewan Pemuda PAS negeri pula mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam terhadap Siva itu.
Naib ketuanya, Salman Saleh merakamkan rasa yang amat sedih dengan berita yang telah dilaporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang mengenai kepala dan dada mangsa.
Oleh yang demikian, beliau meminta pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut.
Pihaknya juga, kata beliau meminta ahli keluarga mendiang dan semua Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku itu.
Lotus F1 Racing kedudukan 15 dan 17...

Pasukan Lotus F1 Racing yang didakwa pasukan 1Malaysia, berada di kedudukan 15 dan 17 di perlumbaan F1 di Bahrain semalam. Kedudukan itu berada di kelompok belakang dalam perlumbaan F1 pembukaan 2010.
Tak kan belanja juta-juta, hanya impikan kedudukan di belakang. Sepatutnya, sebelum beriya sangat hendak mengadakan pasukan sendiri dalam F1, fikirlah dahulu kesediaan kita. Apakah kita sudah bersedia atau belum.
Jangan hanya bangga dengan persediaan yang cepat dan ekspress yang dilakukan jurutera Lotus F1 Racing. Konon memakan masa hanya 6 bulan untuk siap jentera F1 yang akan memulakan perlumbaan di Bahrain.
Namun, prestasi pasukan Lotus F1 Racing belum tidaklah memberangsangkan berdasarkan keputusan semalam. Apakah persediaan untuk menghadapi perlumbaan seterusnya, bersama kita tunggu.
Tetapi harapan WarkahDaily, selepas prestasi tidak memberangsangkan itu, janganlah pula nanti akan jadi 'projek gajah putih'. Duit sudah dibelanjakan, tetapi hasil ntah ke mana.
Sedikit masa dulu, kedengaran Malaysia 'membeli' pasukan Minardi dengan menjadi pasukan KL Minardi. Pemandunya Alex Yoong. Berapa belanjanya tidaklah diketahui, tetapi hasilnya tiada.
Harap-harap, belanja besar Lotus F1 Racing ni tidaklah menerima nasib sama seperti KL Minardi.
Hasil Perlumbaan
1. Alonso Ferrari 1jam39:20.396
2. Massa Ferrari + 16.099
3. Hamilton McLaren-Mercedes + 23.182
4. Vettel Red Bull-Renault + 38.713
5. Rosberg Mercedes + 40.263
6. Schumacher Mercedes + 44.18
7. Button McLaren-Mercedes + 45.260
8. Webber Red Bull-Renault + 46.308
9. Liuzzi Force India-Mercedes + 53.089
10. Barrichello Williams-Cosworth + 1:02.400
11. Kubica Renault + 1:09.093
12. Sutil Force India-Mercedes + 1:22.958
13. Alguersuari Toro Rosso-Ferrari + 1:32.656
14. Hulkenberg Williams-Cosworth + 1 lap
15. Kovalainen Lotus-Cosworth + 1 lap
16. Buemi Toro Rosso-Ferrari + 3 laps
17. Trulli Lotus-Cosworth + 3 laps
"....Polis jahat?” - Jehan Miskin
Ada polis baik dan ada polis yang jahat, kami hanya karyawan yang mendedahkan hakikat yang wujud dalam masyarakat, demikian luahan kata pelakon Jehan Miskin menerusi sebuah klip video ringkas ketika membangkitkan isu rasuah polis."Contoh mudah, polis tidak mahu menunjukkan bahawa mereka adalah perasuah. Untuk melakonkan babak, adegan seperti itu pun, polis akan bertanya, kenapa anda mahu tonjolkan perkara buruk mengenai negara anda?
"Saya kata tidak (bukan niat memburukkan), kita bukannya ingin menunjukkan perkara buruk mengenai negara kita. Kita tunjukkan hal buruk itu kerana ia adalah perkara yang benar-benar berlaku," kata pelakon filem Qaisy dan Laila itu.
Di sana, tambah pelakon yang berdarah keturunan Afghanistan itu, ada polis yang baik dan ada polis yang jahat, dan bukanlah menjadi suatu kesalahan untuk membuat pendedahan seperti itu.
"Jadi, apa salahnya jika kita menunjukkan sikap polis yang jahat itu? Kamilah cermin masyarakat. Daripada karya kami, masyarakat dapat lihat di mana mereka bagus atau tidak, atau kelakar," tambah beliau lagi.
Beliau berkata demikian dalam laman portal YouTube di bawah klip video pendek di bawah program 'Your Grandfather's Road' dengan judul 'Malaysian Film Industry?'.
Tayangan klip video pendek selama 2:58 minit itu turut mengutip beberapa pendapat pemikir, pelakon, pembikin filem termasuk ahli politik negara berhubung industri perfileman negara.
Untuk rekod, filem-filem negara sehingga kini ketandusan dalam menyiarkan jenayah-jenayah rasuah polis. Sebaliknya, filem dan drama Gerak Khas banyak menampilkan sikap-sikap polis yang baik sahaja, di samping pertuturan dialog yang kerap membosankan khalayak. -erapakatan
1 Malaysia = 1 Isreal ?
Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.
Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.
"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.
"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.
"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.
Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.
Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.
"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.
"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.
Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.
"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.
"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.
Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu
"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.
"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau. TVS
Grand Prix Bahrain F1; Alonso Juara
Pelumba Ferrari Fernando Alonso berjaya menjadi Juara Grand Prix Bahrain, grand prix pertama musim perlumbaan Formula One tahun ini.
Ferrari menyelesaikan perlumbaan Formula One dengan kedudukan satu dua dengan Felipe Massa berada di kedudukan nombor dua.

Pelumba Red Bull Sebastian Vettel itu telah kehilangan posisi terdepannya di psuingan ke 35 dari 49 yang perlu diselesaikan.
Kereta Vettel mengalami masalah exhaust yang menyebabkan kereta itu kehilangan tenaga.
Bukan hanya ia didahului oleh dua orang pelumba Ferrari, di lap ke 38 ia terpaksa melepaskan posisi ketiga ke tangan juara dunia tahun 2008, Lewis Hamilton dari McLaren.
Nico Rosberg dari Mercedez-Benz GP Ltd yang membawa iklan Petronas di keretanya berada di kedudukan kelima diikuti rakan sepasukannya, mantan juara dunia tujuh kali Michael Schumacher yang kembali turun musim perlumbaan tahun ini setelah bersara selama tiga tahun.
Juara bertahan Jenson Button berada di posisi tujuh diikuti pelumba Red Bull Mark Webber.
Vitantonio Liuzzi dengan kereta Force India di tempat ke 9, manakala Rubens Barrichello di tempat ke10 untuk Williams, mengutip mata yang akhir.
Sekalipun terdapat 6 orang pelumba yang terkeluar dari perlumbaaan, Lotus tidak terlibat dan berjaya menamatkan perlumbaan dengan Heikki Kovalainen di tempat ke 15Jarno Trulli di tempat ke 17, ketinggalan 3 pusingan.
Hasil Perlumbaan
1. Alonso Ferrari 1jam39:20.396
2. Massa Ferrari + 16.099
3. Hamilton McLaren-Mercedes + 23.182
4. Vettel Red Bull-Renault + 38.713
5. Rosberg Mercedes + 40.263
6. Schumacher Mercedes + 44.18
7. Button McLaren-Mercedes + 45.260
8. Webber Red Bull-Renault + 46.308
9. Liuzzi Force India-Mercedes + 53.089
10. Barrichello Williams-Cosworth + 1:02.400
11. Kubica Renault + 1:09.093
12. Sutil Force India-Mercedes + 1:22.958
13. Alguersuari Toro Rosso-Ferrari + 1:32.656
14. Hulkenberg Williams-Cosworth + 1 lap
15. Kovalainen Lotus-Cosworth + 1 lap
16. Buemi Toro Rosso-Ferrari + 3 laps
17. Trulli Lotus-Cosworth + 3 laps
14 Mac 2010
Tok Guru & nasi bungkus....
Himpunan bantah GST esok ditangguh
Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang diadakan esok, ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.Keputusan itu dibuat Protes ekoran penangguhan pembentangan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat kali ini.
Perkara itu diumumkan Protes pada sidang media mereka di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.
Hatta menyifatkan penagguhan yang dibuat kerajaan sebagai suatu kemenangan kepada rakyat.
Namun Protes ujarnya akan terus melaksanakan kempen sehingga kerajaan benar-benar membatalkan hasrat perlaksanaan cukai itu.
Sebelum ini Protes mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula esok.
Mereka mensasarkan kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.
Ianya juga bagi menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat sesi ini.
Ayah Pin guna facebook hina Nabi
Surat keluar Islam
Click for enlarge. Sijil murtad Ayah Pin di facebook si laknat Ayah PinAlamat facebook
2] Berita di Klantan budak 10 tahun dikahwinkan. Tok ayah x terkejut kerana Muhammad kawin dgn Aisyah pd umur aisyah 6 tahun dan menggaulinya pd usia 9 tahun. Bygkn lelaki berusia 50 tahun mlakukn seks dgn budak 9 thun. Sgt tidak brmoral nabi umat Islam ini. Inilah bukti rendahnya moral Islam yg diajar oleh Muhammad. Tinggalkan agama tidak brtamadun ini!
Laknat ALLAH kepada Ayah Pin !!!
Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keputusan kerajaan menangguhkan serta-merta bacaan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) untuk kali yang kedua di Dewan Rakyat yang bermula Isnin ini adalah suatu kejayaan bersama rakyat, PAS dan Pakatan Rakyat.“Ini suatu kejayaan bersama PAS serta Pakatan Rakyat kerana berpadu menjelaskan kepada rakyat tentang akibat perlaksanaan GST ini kepada rakyat,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika menghubungi Harakahdaily petang tadi.
Bagi beliau, perhargaan perlu dirakamkan juga kepada Lajnah Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat kerana lajnah tersebut menganjurkan suatu sidang bulat di peringkat dalaman parti sehingga PAS membuat ketetapan yang begitu jelas berhubung sistem cukai tersebut.
“Disebabkan suatu sidang meja bulat (oleh) Lajnah Pengguna di peringkat parti inilah, kita berpendirian GST ini perlu ditolak kerana urus tadbir kewangan oleh Umno/BN pincang, bukan disebabkan sistem GST itu sendiri,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menganggap pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah itu, membuktikan bahawa usaha-usaha bersama PAS dan Pakatan Rakyat banyak memberi impak kesedarangan dalam kalangan rakyat.
Disebabkan itu, beliau berkata, Ahmad Husni tidak perlu mencipta alasan kononnya kerajaan menangguhkan niat bacaan rang undang-undang GST untuk kali yang kedua itu demi mendapatkan lebih banyak pandangan awam daripada rakyat kebanyakan.
“Kalau nak dapat pandangan awam, tidak perlu menunggu sekarang, sepatutnya sebelum GST dibawa (ke Dewan Rakyat) untuk bacaan pertama lagi, kerajaan khususnya Husni sendiri perlu benar-benar mendapat pandangan awam yang tepat.
“Saya kira, Husni dan kerajaan mencipta alasan ini mungkin untuk menutup kelemahan dalam perancangan GST ini sendiri atau tidak pernah serius berkerja sebagai sebuah Kerajaan atau mungkin tak sanggup berdepan dengan demontrasi anti GST pada Isnin depan,” katanya.
Pun begitu, beliau berkata, penangguhan seperti yang diumumkan oleh Husni itu adalah bersifat sementara demi meredakan kebangkitan rakyat.
Sedangkan, beliau berkata, kerajaan sepatutnya membatalkan terus hasrat melaksanakan GST di Malaysia kerana sistem cukai itu ternyata membebankan rakyat.
Ekoran itu, beliau meminta seluruh kepemimpinan Pakatan Rakyat serta PAS sendiri terus memperkasakan aktiviti penerangan kepada rakyat tentang impak GST tersebut.
Ini kerana, menurut Mahfuz, kerajaan mungkin tidak melaksanakan GST dalam masa terdekat, tetapi kerajaan dijangka tetap akan melaksanakannya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.
“Mungkin GST tidak dilaksanakan sekarang kerana kedudukan Umno/BN di parlimen dan negeri agak tidak kukuh, tetapi selepas PRU13 pada 2011 atau 2012 kelak, Umno/BN tetap akan melaksanakannya jika mereka kembali kuat di Parlimen dengan menipu rakyat bermula hari ini,” beliau menambah.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mohd Hatta Ramli (gambar kanan) selaku jurucakap bagi Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak dan Barangan (Protes) yang dihubungi kemudian berkata, jawatankuasanya akan membuat ketetapan malam ini sama ada untuk meneruskan atau tidak demontrasi bantah GST pada Isnin jam 9 pagi di perkarangan Parlimen.
Bagaimana pun, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai secara peribadi berkata, pendirian Protes bukannya menuntut kerajaan menangguhkan perlaksanaan GST, sebaliknya membatalkan serta-merta hasrat untuk melaksanakan GST kerana ternyata membebankan rakyat itu.
Zahrain Terima Petisyen Rakyat Desak Letak Jawatan
Sehubungan itu ahli jawatankuasa serta ahli cabang itu menyerahkan memorandum yang mengandungi sebanyak 2,108 tandatangan kepada Zahrain di Dewan Tabung Haji bagi mengesa beliau mengosong kerusi Parlimen tersebut supaya satu pilihan raya kecil dapat diadakan.
Lawatan Zahrain ke kawasan Parlimen beliau hari ini dipercayai kali pertama dalam tempoh tiga bulan.
Desakan ini dibuat berikutan tindakan Zahrain bertindak keluar daripada KEADILAN dan menjadi anggota Parlimen Bebas 12 Februari lalu.
Menurut ahli jawatankuasa KEADILAN Cabang Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir, Pakatan Rakyat tidak memerlukan Zahrain untuk memimpin rakyat Bayan Baru justeru tindakan beliau itu yang dianggap telah mengkhianati kepercayaan rakyat yang mengundi beliau pada pilihan raya umum 2008.
"Kami mahu Zahrain meletak jawatan sebelum sidang Dewan Rakyat berlansung 15 Mac ini.
"Rakyat mempertikaikan jawatan Ahli Parlimen yang disandang beliau ekoran kritikan keterlaluan beliau kerajaan negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng," kata Ahmad Azrizal.
Pegawai JKK Permatang Damar Laut Sharonni Hasan pula berkata Pakatan Rakyat akan terus mendesak Zahrain meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah beliau.
Ahli jawatankuasa Angkatan Muda KEADILAN Bayan Baru Afiq Ilfiq turut bersetuju dengan desakan tersebut sambil menyatakan ia adalah bertujuan membersih serta melancarkan pentadbiran politik dalam Pakatan Rakyat.
"Rakyat mahukan politik baru untuk membentuk pemimpin yang adil ke arah mencapai negara yang demokratik, progresif dan bersatupadu," kata Afiq.
Seorang pengundi Bayan Baru Sha’ari Md Salled berkata sebagai pengundi beliau amat kesal dan kecewa dengan tindakan Zahrain keluar parti memandangkan beliau telah diberikan tanggungjawab menjaga amanat rakyat pada PRU lalu.
"Tindakan Zahrain itu ternyata mengkhianati harapan rakyat di Bayan Baru yang memilihnya untuk perubahan dua tahun lalu. Ini juga membuktikan beliau tidak mempedulikan hak dan kebajikan rakyat.
Dalam reaksi beliau kepada media Zahrain berkata beliau tidak akan meletak jawatan kerana keputusan samada beliau berbuat demikian adalah haknya.
"Pendirian saya jelas dalam perkara ini, saya mahu meneruskan perkhidmatan saya kepada rakyat Bayan Baru sebagai wakil rakyat Bebas," kata Zahrain. -SK
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.















