Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

14 Mac 2010

Himpunan bantah GST esok ditangguh

http://buletinonline.net/images/stories/berita23/antigstprotes.gifPerhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dirancang diadakan esok, ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditentukan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.

Keputusan itu dibuat Protes ekoran penangguhan pembentangan rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

Perkara itu diumumkan Protes pada sidang media mereka di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.

Hatta menyifatkan penagguhan yang dibuat kerajaan sebagai suatu kemenangan kepada rakyat.

Namun Protes ujarnya akan terus melaksanakan kempen sehingga kerajaan benar-benar membatalkan hasrat perlaksanaan cukai itu.

Sebelum ini Protes mengumumkan akan mengadakan perhimpunan aman selama sejam, mulai 9 pagi di sekitar kawasan jejambat Lebuh Raya Mahameru, berdekatan bangunan Parlimen, sebelum sidang baru Dewan Rakyat bermula esok.

Mereka mensasarkan kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk ahli parlimen Pakatan Rakyat dan anggota pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang yang membantah pelaksanaan GST.

Ianya juga bagi menarik perhatian Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang akan merasmikan perbahasan Dewan Rakyat sesi ini.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.