KUALA LUMPUR : Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen (MP) Rembau, Khairy Jamaludin membuktikan bahawa dirinya jelas tidak layak untuk dilantik sebagai menteri ke kabinet bosnya, Najib Razak apabila lebih suka mengambil sikap menyerang peribadi berbanding berhujah dengan fakta.
Ini terbukti apabila giliran MP Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa berucap, Khairy berkali-kali mencelah ucapan Anwar dengan melakukan serangan peribadi dan berbentuk provokasi semata-mata mahu mendapatkan perhatian media dan ihsan Najib.
Namun, Anwar yang faham tujuan serangan menantu bekas PM itu yang semakin terpinggir dalam Umno hanya tersenyum melihatnya dan dengan tenang, Anwar berkata;
“Dalam persoalan fakta yang berhormat Rembau (Khairy), tak boleh lari. You boleh pusing kenyataan politik, tapi Genting Highlands bagi (untuk) taukeh judi (Lim Goh Tong) boleh, kampung tersusun untuk Orang Melayu (sebanyak 102,000 geran kekal yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat semasa memerintah di Perak) tak boleh, itu tak dijawab sampai sekarang.
Ketika ini, sekali lagi MP Rembau dengan penuh emosinya mengganggu ucapan Anwar namun, Ketua Umum PKR itu sambil tersenyum memberitahu.
“ Ya saya akan jawab, saya bukan Ahli Parlimen Rembau, saya Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Saya bagi tahu, saya bagi angka ini, 60,000 geran Melayu di Terengganu, 102,000 geran untuk orang Melayu di Perak (yang kedua-duanya diluluskan semasa PR memerintah), dibatalkan oleh Umno/ Barisan Nasional, Ini tidak di jawab.
Kalau dikatakan kita bagi (tanah) kepada 47,000 kaum Cina. Saya akui dan saya berpendapat ini satu keputusan yang tepat kerana yang dibantu itu ialah orang Cina yang miskin dan susah.
Mengapa saudara yang berhormat (dari Barisan Nasional terutamanya Khairy), boleh mempertahankan dasar mempertahan taukeh-taukeh judi (juga orang Cina), yang kaya-raya (dengan segala) gunung, bukit, pulau, bagi (kepada taukeh judi) tak mengapa. Itu tak dijawab,” tegas Anwar sekali lagi yang membuatkan MP BN terkebil-kebil dan membisu di Dewan Rakyat.
Antara Joget dan minum Arak
Anwar turut mengecam kenyataan dangkal Khairy yang hanya melihat tarian itu sebagai maksiat besar tetapi membisu berhubung pemilikan pimpinan Umno dalam syarikat judi termasuklah anak bekas Presiden Umno.
“Ini Ketua Pemuda Umno (Khairy), joget sikit berdosa besar, mentekedarah (minum) Arak, boleh (jawapan Anwar itu seterusnya membuatkan dewan riuh dan gamat),” katanya.
Sejak Anwar dipecat dari parti dan kerajaan pada 2 September 1998, mantan Timbalan Perdana Menteri itu diserang dari segenap penjuru termasuklah sampai ke tahap mengaibkannya dengan video Anwar menari beberapa saat dalam majlis ceramah yang dihadiri majoriti kaum India.
Anwar sebelum ini menjelaskan beliau menari sekejap ketika itu bagi meredakan ketegangan masyarakat India yang dikelilingi dan cuba digertak oleh sejumlah besar pasukan polis yang melakukan provokasi terhadap kehadiran Anwar dalam ceramah itu.
Namun, pada masa yang sama Khairy sebenarnya lupa atau buat-buat lupa bahawa musuh tradisinya yang juga MP Umno dalam kawasan Jerlun, di Kedah, Mukhriz Mahathir turut pernah menari bersama wanita lain dan video itu tersebar dilaman blog terutamanya semasa Khairy berdepan anak mantan presiden Umno itu dalam pemilihan Umno pada tahun 2009.
Untuk rekod, sejak pemilihan itu sehingga kini, pelbagai blog pro-Khairy dan pro-Mukhriz masih wujud dan terus berperang dan menyerang balas sesama mereka walaupun pemilihan parti itu sudah berakhir sejak tahun 2008.
Khairy walaupun menang dalam pemilihan itu, tidak dilantik dalam kabinet Najib walaupun timbalannya turut dilantik selain Mukhriz sendiri dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.Erapakatan
1 ulasan:
tu dia baru...es
Catat Ulasan