Malaysiakini : Sementara itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) memilih naib presidennya Harun @ Ab Rahman Mohamad untuk turut bersaing dengan calon dua parti besar itu.
Setiausaha agungnya Kpt (B) Mohd Rosli Ghazali dilaporkan berkata Harun, seorang peniaga, adalah bekas anggota jawatankuasa PAS kawasan Kuala Terengganu.
Akim telah menubuhkan bilik gerakannya dan akan menjadikan golongan muda sebagai pengundi sasarannya, lapor Bernama.
Manakala laman web Utusan Online pula melaporkan pemilihan Harun, 63, amat tepat kerana bekas naib ketua bahagian PKR Kuala Terengganu itu adalah anak tempatan dari Pasir Panjang yang sudah dikenali umum.
"Dia juga salah seorang pengasas Akim termasuk di Terengganu," Mohd Rosli dipetik berkata di sidang akhbar mengumumkan calon parti itu di Pasir Puteh, Kelantan hari ini.
1 ulasan:
Ini adalah strategi pecah undi untuk menang. Selalunya parti bebas dan parti kecil ini ditaja oleh parti yang besar samada UMNO atau PAS.
Kononnya kewujudan parti kecil ini bertanding bagi memberi ruang dan pilihan lain kepada pengundi yang berkecuali atau yang tidak suka kepada parti-parti besar yang ada.
Silap-silap strategi ini boleh juga memakan diri sendiri.
Catat Ulasan