PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.
Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.
"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.
Dalam satu forum di sini pada Sabtu lepas, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hudud tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP.
"Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.
Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara.
KOTA BAHARU- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.
Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.
"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.
"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.
Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.
"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya. - bernama
Thinking of Life : Hukum hudud not Pakatan Rakyat policy
1 ulasan:
Apa beza penolakan hudud oleh BN berbanding PKR & DAP?. Kita hentam BN kerana tiak mahu laksanakan hukum hudud tapi disebelah pihak kita juga DAP masih tidak setuju juga. Sepatutnya kita hentam BN & DAp kerana tidak bersetuju untuk melaksanakan hukum hudud...
Catat Ulasan