Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Apr 2009

BN Sekat Masyarakat Bukan Islam Memahami al-Quran

Tidak Salah Bukan Islam Baca al-Quran – Tok Guru Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata bukan Islam boleh membaca al-Quran dan tidak salah sekiranya ‘tajwid’ mereka tidak betul.

Beliau berkata demikian apabila diminta pihak media mengulas kenyataan pelbagai pihak berkaitan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, yang membaca ayat al-Quran dalam ceramahnya baru-baru ini.

"Sekiranya tajwid tidak betul, ia boleh dibetulkan mengikut hukum tajwid, sesiapa sahaja boleh membaca al-Quran, samada seseorang itu Islam atau tidak Islam, al-Quran bukan dimiliki oleh orang Melayu atau orang Arab,

"Oleh kerana bahasa al-Quran ialah bahasa Arab, ia dilihat pelik sekiranya dibaca oleh orang bukan Islam, yang biasanya tidak tahu berbahasa Arab,”katanya kepada Bernama.

Beliau berkata orang Melayu sendiri tidak tahu membaca al-Quran secara betul sekiranya tidak faham bahasa Arab dan tidak mengetahui hukum-hukum tajwid.

"Bahkan masa zaman Nabi Muhammad SAW, orang-orang yang menentang Islam seperti Abu Jahal juga membaca al-Quran,”katanya.

Nga Kor Ming, pada 4 April lalu membaca beberapa potong ayat al-Quran dari surah an-Nahl ayat 90 dalam ceramahnya semasa berkempen di Bukit Gantang.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang telah kehabisan ‘modal’ dalam pilihanraya kecil itu, memutarbelitkan fakta yang sebenarnya dan mengamalkan ‘politik lama’ dengan menonjolkannya sebagai isu agama dan perkauman.

Nga Kor Ming yang juga ahli parlimen Taiping dalam kenyataan balasnya 7 April lalu terhadap laporan polis yang dibuat keatasnya berkata BN cuba menyekat masyarakat Cina dan bukan Islam di Malaysia memahami al-Quran

“Islam adalah agama rasmi dan Quran memiliki ilmu yang tidak ternilai, al-Quran mengajar manusia berlaku adil dan bersifat kasihan belas,”katanya sebagaimana terjemahan potongan Ayat yang dibaca dalam ceramahnya.

“Saya kecewa UMNO dan BN cuba menyekat masyarakat Cina mempelajari Islam, ia menunjukkan BN telah kehabisan idea dan telah menggunakan taktik kotor memutarbelitkan fakta,”katanya kepada pihak media.

“Saya mahu jelaskan DAP menghormati semua agama, termasuk Islam. Tok Guru Nik Aziz telah memberitahu saya, tidak salah kalau saya petik ayat al-Quran (dlam ceramah),” jelasnya.

Nga juga mengecam akhbar media perdana yang salah lapor berkenaan perkara tersebut.

“Saya telah belajar dan menyebut ayat 90 Surah an-Nahl, tetapi mereka (media) laporkan saya menyebutnya sebagai surah ‘Aura’, ini tidak betul,”katanya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pinjamkan jubah dan ketayap sekali supaya Nga boleh berkhutbah di Mimbar untuk cari Undi bagi pihak DAP dan kawan-kawan.

2. Baguslah kalau semua orang sudah terbuka hati untuk mengkaji Al Quran dan menceduk ilmunya. Tetapi bukan dengan niat waimah tanpa niat sewenang-wenang menggunakannya untuk mempersonakan orang Islam sendiri dalam usaha merayu undi, agar percaya padanya sedang dia tidak langsung beriman ataupun bertakwa dengannya.

3. PAS memang tak nampak pelik atas tindakan rakan DAPnya itu, sebab dia sendiri sudah berkurun menggunakan ayat-ayat suci Al Quran untuk mempersonakan orang bagi "melarikan" kesetiaan Umat Islam dan Rakyat daripada Ulul Amri. Jadi kalau kawan kafirnya pun boleh menjadi bukti betapa hebatnya ayat Al Quran boleh dijadikan senjata mengapa tidak? Marilah kita sama-sama tipu dengan guna ayat Al Quran kerana orang Islam mudah terpesona dan tidak akan soal banyak. Kelirukan sahaja, kerana mereka tidak sempat nak fikir apa lagi nak kaji betul atau tidak pihak yang kita lawan kerana kita cakap ni adalah ayat Allah, tapi kita tak perlu cerita habis, nanti pecah tembelang.

4. UMNO dah lama berdakwah dan kepada kafir yang terbuka hati kepada Islam, UMNO dah lama tubuh PERKIM untuk bimbing mereka. UMNO tak guna ayat Al Quran untuk memaki hamun dan memfitnah. Itulah bezanya UMNO dan PAS. UMNO guna kuasa untuk syiar Islam bukan guna Islam untuk dapat kuasa!

5. Lagi pun bukan kah tuhan Allah bukan hanya tuhan bagi orang Islam? Ia juga Tuhan bagi orang beragama lain. Jadi ayat Allah tu semua orang boleh pakai dan boleh terjemahkan ikut suka hati kita mengikut kepentingan dan mana yang sesuai untuk kita. Bukan kah PAS dan PKR amat bersetuju dengan perkara ini, jadi kenapa pula Nga tidak boleh ceduk ayat mana yang berguna kepadanya. Dia tidak semestinya memeluk Islam kerana Allah juga Tuhan yang disembahnya tetapi suka dialah nak faham macam mana. Al Quran juga dia boleh pinda kalau dia tak setuju dan dia pun boleh kata dia yang beriman dan kita ni kafir. Apa hal nak sibuk? Ini dunia baru PAS didalam keghairahannya yang sedang dibuai keseronokkan hampir ketampuk kuasa.
Semakin hampirlah kenyataan bahawa Kuasa akan menguji Iman!

HaHs berkata...

Kontraktor Umnoputra rupanya yg berhujah kat sini. Kalah haritu, rugi tak dapat projek. Menang boleh le Mail bawak gi Danok. Tak kenyang lg ke projek bilion2 masa mini bajet. Ke ini je sumbangan membalas jasa kpd umno. Hentikanlah ayat merapu kamu kat sini. Bersihkan hati baru citer kat sini eh. Ke ni org KJ, melalak kat sini sbb KJ x jd menteri. Har Har Har. Pegi main bola lagi baik.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.