Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

10 Apr 2009

Status 3 Katak Lompat masih belum diputuskan mahkamah

Mohamed Hanipa Maidin

Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut?

Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak.

2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun di Perak kosong atau tidak adalah di tangan SPR, maka SPR berhak menentukan tentang status tiga kerusi Adun tersebut.

3. Memandangkan SPR telah membuat keputusan bahawa tiga kerusi Adun tersebut tidak kosong maka Mahkamah memutuskan bahawa ketiga-tiga Adun tersebut adalah kekal sebagai Adun.

Itulah secara subtantifnya teras keputusan Mahkamah Persekutuan semalam. Persoalannya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut bermakna status ketiga-tiga Adun tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas ini?

Jawapannya, status ketiga-tiga Adun itu masih boleh dipertikaikan disebabkan alasan-alasan berikut:

1. Apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada sesuatu kerusi Dun kosong atau tidak, Mahkamah Persekutuan sekadar memutuskan pihak mana yang berkuasa (SPR atau Speaker) bagi menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dun. Itu sahaja. Tidak lebih dari itu.

2. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun TIDAK MEMUTUSKAN sama ada keputusan SPR ke atas status tiga Adun tersebut sah atau tidak sah di sisi undang-undang.

3. Isu sah atau tidak sah keputusan SPR masih boleh dicabar di Mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review).

4. Mahkamah Persekutuan sendiri mengesahkan bahawa keputusan Mahkamah semalam tidak memprejudiskan saman (Semakan Kehakiman) yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mencabar keputusan SPR yang tidak mahu mengadakan pilihan raya kecil bagi ketiga-tiga Dun yang berkaitan.

5. Oleh yang demikian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam tidak sama sekali menghalang Sivakumar untuk meneruskan saman beliau ke atas SPR yang telah ditetapkan untuk pendengaran pada bulan Mei 2009 ini.

6. Jika kita boleh membuat satu analogi (qiyas) keputusan Mahkamah Persekutuan semalam ia bolehlah diibaratkan seperti berikut:

Hanya kerana seseorang suami diberikan kuasa untuk menceraikan isteri, tidak bermakna sebarang keputusan cerai yang dibuat oleh suami adalah sah dan tidak boleh dipertikaikan di Mahkamah.

Jika misalnya sisuami membuat keputusan menceraikan isterinya di dalam keadaan mabuk atau dalam keadaan tidak waras atau di dalam keadaan dipaksa oleh pihak ketiga, Mahkamah masih boleh membenarkan isteri mencabar keputusan suami tersebut.

7. Begitulah juga keadaan di dalam kes ini. Hanya kerana SPR mempunyai kuasa menentukan sama ada kerusi tiga Adun Perak tersebut kosong atau tidak, ia tidak bermakna keputusan SPR tersebut adalah sah dan tidak boleh dicabar di Mahkamah. Dari segi undang-undang, Mahkamah masih boleh menyemak keputusan SPR tersebut bagi menentukan sama ada keputusan tersebut dibuat mengikut proses dan lunas undang-undang dan prinsip keadilan.

8. Sehingga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan terhadap saman yang dikemukakan oleh Sivakumar ke atas SPR, maka keputusan SPR masih belum boleh dikatakan secara muktamad sah dan mengikut lunas undang-undang.

Mungkin para pembaca masih ingin bertanya adakah keputusan Mahkamah Persekutuan semalam bermakna Sivakumar sebagai Speaker Perak tidak mempunyai kuasa selepas ini menghalang tiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Jawapannya Sivakumar masih boleh menghalang kerana Mahkamah Persekutuan tidak membuat sebarang perintah melarang Sivakumar dari menahan ketiga-tiga Adun tersebut dari masuk ke dewan Dun. Peguam Umno juga tidak memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan perintah halangan tersebut.

Oleh itu Sivakumar tidak boleh dikatakan menghina Mahkamah jika selepas ini beliau menghalang ketiga-tiga Adun tersebut masuk ke dalam dewan Dun.

Nampaknya sekali lagi keputusan Mahkamah tidak membantu Umno menyekat kuasa V. Sivakumar ? individu yang memeningkan Umno sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno sendiri.- Harakahdaily.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1. Marilah semua orang Islam menghulurkan derma bagi tabung Siva menentang Institusi Sultan dan Kerajaan BN pimpinan UMNO.

2. Krisis Perak bukan dicetuskan oleh UMNO tetapi oleh Orang dari Parti PKR dan DAP yang hilang kepercayaan kepada Kerajaan Menteri Besar PAS yang mentadbir bagi pihak DAP.

3. BN hanya mengambil alih Kerajaan apabila 3 orang yang hilang percaya kepada Kerajaan DAP itu, memberikan sokongan kepada BN lalu memberikan ia sokongan majoriti didalam Dewan untuk diberikan mandat memimpin Kerajaan oleh Paduka Seri Sultan.

4. Senario penubuhan Kerajaan baru ini tiada beza dengan situasi apabila PAS,DAP dan PKR secara individu tidak mempunyai majoriti di dewan tetapi kerana UMNO dan BN meletakkan kepentingan rakyat lebih utama, maka dia tidak membantah apabila PAS,DAP dan PKR mempersembahkan persetujuan bekerjasama menyokong satu sama lain untuk memperolehi majoriti didalam dewan. Paduka Seri Sultan tidak memberikan BN menubuh kerajaan walaupun ia adalah satu-satunya Parti yang mempunyai suara terbanyak ketika itu tetapi tidak dapat mengatasi jumlah terkumpul 3 parti yang setuju bergabung sokongan itu atas nama Pakatan rakyat. Pakatan Rakyat bukan Parti tetapi komplot pakatan 3 buah parti.

4. Tak perlulah berhujah bagi menegakkan benang yang basah menggunakan option undang-undang kerana kalau betul ikut undang-undang, maka Kerajaan yang ada hari ini adalah sah dan perlantikan yang dilakukan oleh Paduka Seri Sultan juga sah selagi ianya tidak dijatuhkan hukum tidak sah oleh mahkamah. Didalam Negara yang mempunyai Undang-Undang semua pihak perlu bertindak mengikut saluran undang-undang dan tertib menggunakannya seperti orang yang bertamadun. Bukan hanya terima apabila undang-undang menyebelahinya dan tidak terima apabila undang-undang tidak menyebelahi kehendaknya. Itulah tabiat puak-puak yang BN sedang hadapi sekarang.

5. Pening? Tidak, layan jee.. UMNO berpegang kepada janji Allah SWT bahawa Kebenaran akan mengatasi Kebathilan!

HaHs berkata...

Gila puak ni, Jgn lah marah bila kalah dan buat fitnah pada PR. Awak sedar tak bahawa BN tu tidak berdaftar dan tiada perlembagaannya sebelum bercakap. Awak ingat BN tu parti ke? BN dan PR tu sama je. Pasal tu lah Sultan perkenan PR jadi kerajaan memerintah kerana mendapat sokongan majoriti adun, bukan parti ngok (ikut undang2). Kalo nak tubuh kerajaan pun cara gentle lah skt. Bukan cara haram, culik orang yg dah berpaling, sakit dgn skandal dan rasuah serta orang yg tak puas hati, lepas tu turn over mereka dgn pelbagai ganjaran. Mengugut raja bagi memperakukan kerajaan haram. Siapa najib didalam DUN dan kerajaan Perak, dia bukan ADUN. Sedangkan MB minta bubar, dia tak perkenan tp najib yg takde kena mengena dlm institusi perak boleh pulak diperkenankan. Kita minta lawan cara Gentleman lah kalo benar dapat sokongan rakyat. Kalo menang p raya perak menanglah, kalo kalah kalahlah. Ini dah buat kerajaan haram, lepas tu minta restu rakyat di bkt gantang. Dah jual beribu ekar dgn kroni dan tokey cina tanah di perak masa dia memerintah, kita plak dituduh bagi tanah kat cina sdgkan org melayu dan sekolah agama pun byk dapat tanah hanya utk tapak kediaman mereka sekeluarga yg berpuluh tahun dijanji kerajaan BN tapi tak pun ditunaikan. Lepas tu bila dah lulus, tanah yg diluluskan mengaku hasil usaha mamak zambry. Bengong! Bikin malu saja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau otak dah diselaput kerak besi memang cakap apa pun tak faham tetapi bingkas bangkit mempertahankan apa sahaja dengan hujah-hujah dangkal,putar belit, fitnah dan menolak kebenaran selagi tidak memihak pada nya. Ini sikap orang yang taksub dan assabiyah jahiliah yang akan berguling-guling atas jalan hanya menegakkan kelompok dia. Orang UMNO tak gila meroyan macam tu. Kita orang beriman yang waras dan sejahtera lahir dan bathin.

Amacam, tak buat demonstrasi dan pikul memorandum ke bagi mendesak Fairuz dihukum atas dakwaan mengamalkan rasuah? Dulu kawan PKR kata dia tak dapat tolak rezeki apabila dihadiahkan china doll yang montel,tak de pun puak PAS golek-golek atas jalan minta dihukum? Kini bila dia insaf atas kesilapan politik menjadi ahli puak sesat dalam PKR, baru puak PAS nak melalak dan kata dia macam-macam.

Itulah dia puak PAS kalau nak kenal. Kita lama dah kenal, cuma ahli dia yang tak dapat nak kenal diri pasal dah diselaput kerak besi kat otak, hati dan jiwa.

Kini kat Selangor, pun ada kes orang telanjang dalam bilik dan boifren amik gambar edar kat orang. Puak PAS boleh peluk cium dan kata tak salah. Begitulah puak assabiyah jahiliah yang cuba menampilkan diri dengan menyalahguna Islam untuk menipu umat Islam.

Puak ini akan jual mak bapak asalkan cita-cita politik dapat dicapai. Untuk apa? Untuk Islam? Tidak samasekali, semua itu untuk kuasa politik puak dia yang didambarkan separuh gila bagi kesombongan dunia.

Tapi jangan perasan, sebab ketentuan Allah tiada siapa yang tahu. Cuma puak PAS sahaja yang boleh tipu orang bahawa hanya dia boleh bawa orang ke syurga. Namun akal dan iman akan mengatakan bahawa impian PAS dan rakan-rakan penipunya tidak akan dimakbulkan Allah. Apa yang dia memperoleh sedikit hari ini adalah pertolongan Allah kepada UMNO untuk kebaikan yang lebih baik buat UMNO yang berjasa kepada umat, bangsa dan Negara. InsyaAllah.

Setakat ini sahaja wahai saudaraku ingatan aku buat mu dan yang sewaktu dengannya dan maafkan daku kerana menyinggah sebentar diruang sempitmu yang penuh hasutan,fitnah dan tipu daya yang menyalahi ajaran Islam. Aku berdoa Allah SWT akan menolongmu sekiranya ada lagi kasihNya kepada mu, jika tidak aku doakan kemaafan buat semua saudaraku bye,bye.

Hidup UMNO!

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.