Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

17 Jun 2009

DSAI yakin PAS



Kerajaan perpaduan: Anwar yakin 'konflik' Nik Aziz-Hadi dapat diselesaikan

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya isu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang meminta Timbalan Presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa meletak jawatan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan boleh diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, apa yang dikatakan oleh Nik Aziz adalah pandangan peribadi.

Namun Anwar percaya pimpinan PAS akan berusaha untuk menyelesaikan isu.

"Itu pandangan beliau (Nik Aziz). Selalunya dalam sistem berpolitik sama ada dalam PAS atau Pakatan Rakyat, kita mengambil kira pandangan.

"Teguran beliau tentulah akibat daripada perasaan beberapa rakan PAS akar umbi.

"Saya ingat, beliau ada konteks berbangkit sebelum ini tapi saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz dan Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dapat meleraikan isu ini dengan bijak," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Aziz hari ini meminta Nasharudin melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Semalam, Nasharudin berkata PAS berpendirian terbuka untuk perbincangan tentang perpaduan dan bukannya kerajaan perpaduan kerana parti itu melihat ada peluang untuk memberikan cadangan-cadangan baik kepada kerajaan bagi membantu menyelesaikan kemelut politik, ekonomi dan sebagainya.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, tindakan Nik Aziz itu bukan bermakna wujud pergolakan dalam PAS.

Katanya, tidak wujud kekeliruan berhubung isu kerajaan perpaduan kerana PAS telah menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu melalui ucapan Presiden parti pada muktamar baru-baru ini.

"Pertama, PAS kekal dengan Pakatan Rakyat dan kedua, kemungkinan perbincangan diadakan dengan syarat Umno menjamin pilihan raya yang bebas, menghentikan tindakan zalim dan memastikan badan kehakiman bebas.

"Jadi perkara ini tidak sangat membimbangkan dari segi tafsiran kami, tak tahulah dari segi tafsiran orang lain," katanya.

Anwar berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Isnin ini akan memberi penjelasan berhubung isu gagasan kerajaan perpaduan. mStar

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana ada pandangan peribadi, tengkorak hidup pun tau semasa muktamar di ipoh??? itukan pendirian pas,, tok guru mendukung pendirian pas, terutama kehendak rakyat yg mengundi pas di kelantan sejak 19 tahun lalu

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.