Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

18 Jun 2009

Konsep Kerajaan Perpaduan - Ustaz Harun Taib



http://www.buletinonline.net/images/stories/berita6/sidangmediapjbaru.jpgKUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat, Dato’ Ustaz Harun Taib telah memberikan perpektif, konsep kerajaan perpaduan yang sebagaimana dikemukakan oleh Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Pejabat PAS Terengganu semalam, katanya, beliau tidak mahu memberikan komen tetapi akan menerangkan konsep tersebut.

”Sepatutnya saya tidak komen kerana Presiden tidak ada, saya akan menerangkan, bukan pandangan,

”(ia adalah) apa konsep kerajaan perpaduan yang dikemukakan Presiden PAS,”jelasnya yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru dilantik.

Beliau berkata, konsep kerajaan perpaduan itu mestilah dilihat urutan satu persatu bermula dengan tema ucapan dasar Muktamar PAS baru-baru ini, “Islam Memimpin Perubahan”.

Katanya Negara Malaysia mestilah berubah dan PAS mahu perubahan itu mesti dipimpin oleh Islam.

”Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

”sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran,

”jika semua orang (pihak) setuju, DAP setuju, PKR setuju, UMNO Setuju, MIC setuju, MCA setuju dan parti Sabah Sarawak setuju,”katanya.

Beliau berkata sekiranya hanya PAS dan UMNO (sahaja) bergabung, ianya bukan sebuah kerajaan perpaduan tetapi ia adalah sebuah kerajaan gabungan (campuran).

”PAS dengan UMNO tidak timbul, bukan PAS dengan UMNO sahaja, kalau PAS dan UMNO sahaja tak perlu melontarkan secara terbuka (konsep kerajaan perpaduan), bisik-bisik dengan UMNO (sahaja boleh) tubuh kerajaan,

”tidak (akan) berlaku, tidak ada gagasan, tidak ada seorang pun orang (ahli) PAS nak (gabung PAS dengan UMNO),”tegasnya.

Menurutnya konsep kerajaan perpaduan akan dibincangkan disemua peringkat pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Walaupun begitu, katanya, jika semua bersetuju sekalipun, ia tidak boleh dilaksanakan kecuali satu Muktamar Khas diadakan bagi mendapat persetujuan semua ahli-ahli PAS,

Justeru, menurutnya, perlaksanaan kerajaan perpaduan akan mengambil masa dan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat. BO

4 ulasan:

k-one berkata...

”Kalau perubahan kerajaan dipandu oleh Islam, perubahan SPR dipandu oleh islam, perubahan kehakiman dipandu oleh Islam,”

”sekarang ini yang mendepani kerja-kerja dan perjuangan Islam adalah PAS, jadi PAS yang akan memimpin sebuah kerajaan perpaduan, ini satu lontaran,
-----------------------------------
salam, saya sgt2 la kurang jelas...

Pembentukan kebinet krjn perpaduan ni berdasarkan apa? kalo kita nk guna pakai konsep 'adil' di mana parti terbanyak kerusi yg berhak pegang kebinet, makanya semua pn akan jatuh p UMNO.

Bagimana yg d manksudkan krjn perpaduan tanpa pembangkang ni? katakan saya MP parti A. satu hari ada usul nk d luluskan dlm dwn dan saya x bersetuju dgn usul tersebut, lalu saya meletakan jwtn . so sdh tentu kena d buat p,raya kecil . Kemudian calon parti kami (A) menang lg. bila bersidang dewan, x setuju lg, letak jwtn lg..... sampai bila pn x selesai..

Tidak boleh kah kita meneruskan perjuangan pembentukan krjn dgn cara skrg? yakni melalui persepakatan dalam pakatan rakyat? walau rakan pakatan kita ada yg x setuju dgn dasar parti kita namun mereka TETAP MENARIMA KONSEP KEADILAN yakni seandainya kerusi MP parti kita lg banyak, maka selayanknya parti kita d beri tempat dlm pembentukan krjn. krn itu pada thn 1999, wakil Pas yg jd ketua pembangkang dlm parlimen. ini dipersetujui oleh DAP dan PKR.

Oleh yg demikian sepatutunya dari kita suka2 melontarkan sesuatu yg jelas memberi impak negatif pada ahli, kan lebih baik kita perbanyakkan usaha meningkatkan lg parti kita. kita berusaha PRU13 agar lebih byk calon MP kita menang ( insyallah). Dan Pas akan layak memegang dan memimpin krjn pusat . lepas tu kita cadangkan hukum hudud di mulakan d kelantan. saya rasa strategi begini lebih baik drpd idea krjn perpaduan..

sekian .

Tanpa Nama berkata...

muktamar dah berlalu, kenapa pahat masih berbunyi, huhu
takkan nak berkomplot dgn umno yg pemimpinya tak laksanakan amanah

Unknown berkata...

Ini cerita bukang nak beri penerangang atau komeng, tapi buat 'damage control'.

So you Dewan Ulamak's Chief, dont force down through the throat of all Pas members bullshit dream.

Konsep tu may be boleh guna bila Umno has been crushed altogether and Umno has less than 10 seats in Dewan Rakyat.

So now, syeh2, haji2 dan lebai2, tak payah berangang dan bermimpi nak lead kerajaang perpaduang with those umno bugger.

I komeng campur2 inglish ni sebab dengar cerita syeh2, haji2 dan lebai2 ramai yang dah masuk kelas bahasa orang putih.Maklumlah nak kawan dengan pemimpin umno.

Web Sutera berkata...

“Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan keputusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.

“Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin (bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana Menteri? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?

“Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.” (Azizi Abdullah)

http://buanadunia.blogspot.com/2009/06/kerajaan-perpaduan-sesetengah-pemimpin.html

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.