Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

24 Jun 2009

PRK N41 Manek Urai (13): Calon Manek Urai....

Penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Manek Urai hanya akan diadakan pada 6 Julai depan manakala pengundiannya akan dijalankan pada 14 Julai. Namun bahangnya sudah terasa. Antara spekulasi hangat yang menjadi siulan pemerhati politik terutama di Kelantan ialah siapa calon PAS dan BN.
PAS sudahpun memaklumkan bahawa nama calon sudah ada dan ianya sudah dipilih oleh pimpinan tertinggi.
Manakala BN belum berani mengumumkan nama-nama bakal calon mereka kerana khuatir ada yang tidak puashati dan memboikot kempen BN.

Bagi PAS calon 'favourite' mereka ialah Haji Fauzi Abdullah, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kerai seorang saudagar ikan yang berjaya di jajahan tersebut. Beliau sememangnya disegani kawan dan lawan, mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di serata Kuala Kerai. Pendekata beliau dikenali oleh majoriti rakyat di Manek Urai.


Sifatnya yang mesra rakyat, pemurah, mudah didekati, sedang berurusan, tidak banyak kerenah memang disenangi oleh rakyat dan sesuai untuk dijadikan wakil rakyat.
Calon-calon lain tidak kurang hebatnya seperti Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan dan Bekas ADUN Guchil, Ustaz Zulkifli Yaakob dan Abdul Baasit Abdul Rahman, anak Tuan Guru Sungai Durian abang kepada YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman YDP PAS Kawasan Kuala Kerai.
Di pihak Umno/BN dengar khabarnya mereka menghadapi masalah dalaman yang kronik kerana pertentangan antara 2 kem iaitu Kem Ketua Umno Bahagian, Ramzi Abdul Rahman dan Bekas Ketua Bahagian Wan Zaid. Masing-masing cuba melobi untuk sekurang-kurangnya anak didik dicalonkan kalaupun bukan mereka sendiri yang dipilih menjadi ayam sabung menentang PAS nanti.
Situasi ini menyebabkan BN terpaksa memilih calon yang boleh diterima oleh kedua-dua kem. Menurut sumber dalaman calon yang paling sesuai ialah Ketua Pemuda Bahagian Tuan Aziz Tuan Mat. Masalahnya Tuan Aziz adalah seorang pemimpin muda yang kurang dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Ramai yang beranggapan jika Tuan Aziz dipilih BN akan kecundang sebelum masuk gelanggang kerana ketokohan calon PAS samada Fauzi, Zulkifli atau Baasit sukar ditandingi oleh Tuan Aziz.~ MUTALIGAT

2 ulasan:

terabyte cc ent. berkata...

bro... lu ckp calon PAS tu berwibawa giler... nape tetiba PAS kena mesyuarat balik??? ke nak tukar letak calon DAP kat situ??? x pun PAS nak letak hindu penipu yg dok heboh kata dia mimpi jumpa nabi... PAS totok suma angguk je... apa ke bengap sangat??? kalau dia jumpa nabi saat tu gak dia akan convert ke islam. xkan dia jumpa nabi sembang pasal kerajaan perpaduan kot..??? hahahaha... PAS memalukan... tahyul, khurafat, syirik semua dah sinonim ngan PAS. tgulah balasan kat kubur. ingat!!! jubah dan serban bukan lesen masuk syurga!!!

Anak Lenggong berkata...

Letak dia nie pun ok gak..

Ketua Dewan Ulama Pas, Perlis Didakwa Mendera Isterinya. 10 Tahun Khawin Isteri Hanya Diberi Nafkah RM300 Dan Pernah Dipukul...

Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.