Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.
ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah (gambar), sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.
Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ
Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.
Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.

1 ulasan:
Flashback apa sebenarnya yg dikejar oleh YB YB katak ini…
Mereka2 ini menyertai pembangkang bukan atas dasar Perjuangan tetapi perlu”WANG” & pelu”WANG” bila telah dirasakan sukar nak buat wang dlm Pakatan Rakyat (yg terang terangan didiskriminasi oleh kerajaan BN) mereka pun berusaha dgn cara yg lain & salah satu caranya dengan bertukar menjadi katak. Sekielip mata saja mereka telah menjadi jutawan.
Contoh yg paling jelas adalah pengakuan terbuka adun changkat jering yb katak jailu… dlm malaysiakini pada 23/10 yg lalu… di bawah petikan artikal berita tersebut utk tatapan….
““”Banyak dana selepas keluar PKR
ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.
Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.
"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.
"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.”””
Dan ini mungkin apa yg sedang bermain difikiran YB katak P. Klang ini. Dan seorang lagi Berjaya menjadi jutawan segera dengan mengkhianati amanah & harapan pengundi2 mereka. Tahniah! Diucapkan.
Buat katak2 diatas anda perlu ingat bukan semua pengundi2 yg memilih saudara/saudari kerana mereka mengejar “WANG” sama macam saudara/saudari sekelian. Kalau mereka semua mata duitan macam anda, sudah tentu mereka tidak memberikan undi kemenangan kepada anda.
Fikirkanlah, wahai katak2 pengkhianat bangsa.
Catat Ulasan