Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

27 Okt 2009

Nik Aziz jawab tuduhan Syed Ali Alhabshee



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas kata-kata Ketua Umno Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee bahawa beliau adalah ulama' akhir zaman yang menentang penyatuan umat Islam.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Syed Ali terlebih dahulu harus menyedari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab di atas perpecahan umat Islam yang berlaku di dunia ini, sebelum menuduhnya demikian.

"Saya nak beri salam pada dia (Syed Ali) balik, biar dia faham perpecahan yang berlaku atas dunia ini berpunca daripada Nabi Muhammad atau berpunca daripada puak-puak Syed lawan Nabi Muhammad?"

"Semua bapa saudara nabi adalah (keturunan) Syed. Syed ini kepala yang lawan Nabi Muhammad,"katanya ketika ditemui pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam.

Ujar Nik Aziz, beliau hanya menjalankan amanah sebagai umat Nabi Muhammad di muka bumi ini untuk menyampaikan ajaran Islam.

"Kalau dia cakap soal perpecahan jangan tuju kepada saya. Saya hanya tolong datuk nenek dia Nabi Muhammad. Dia yang melawan datuk nenek dia sendiri. Itu kena faham," tegasnya.

Syed Ali seperti yang dilaporkan akhbar Sinar Harian kelmarin juga mendakwa Nik Aziz menentang segala usaha untuk menyatu padukan umat Islam sebaliknya bersubahat dengan bukan Islam.

Beliau juga mendakwa Nik Aziz harus dipersalahkan kerana kononnya beliau tidak boleh ditegur dan enggan menerima perubahan dan pembaharuan.

Tuduhan Syed Ali itu dilihat sebagai mengambil kesempatan di atas isu cadangan Nik Aziz agar diadakan Muktamar Khas (EGM) untuk menyelesaikan masalah kepimpinan parti sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi banyak pihak khususnya Umno Barisan Nasional yang sentiasa mencari kesilapan PAS.

Malah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin Isnin lalu membuat kenyataan bahawa rundingan Umno-PAS masih terbuka.

Sedangkan bagi PAS sendiri, isu itu sudah selesai dalam muktamar PAS Jun lalu.

Nik Aziz sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa PAS hanya boleh menerima Umno jika parti itu menukar dasar kebangsaan yang dibawanya kepada dasar Islam.

Namun, Umno enggan berbuat demikian sebaliknya terus mendakwa PAS tidak mahukan perpaduan di kalangan orang Melayu. Hrkh

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.