Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

29 Nov 2009

Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada Aspek Islam



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah daripada segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.

Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu.

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria, dalam laporan media hari ini dipetik sebagai berkata umat Islam sepatutnya berdoa dan memohon kepada Allah supaya memberikan hidayah, kesejahteraan serta keselamatan terhadap orang lain, terutama saudara seagama, bahkan kepada orang kafir. - BERNAMA

2 ulasan:

pakteh adam berkata...

Ini Islam Alaf Baru.

Nik Ajis. Sudah sudah lah tu. Ekor penuh dengan najis sekarang ni.

Diatas keangkuhan mu, satu persatu Allah tunjukkan tembelang mu didalam menggunakan Ugama untuk kepentingan peribadi.

Dalam terma orang politik, Mu tengan spin situasi supaya orang mengalihkan pandangan daripada masaalah yang sedang menyelubungi diri mu dan juga parti mu.

MANSOR JUNUS berkata...

Kalau saya berada dalam situasi TGNA, saya juga akan berbuat demikian. TRH sendiri, yang telah terlibat secara langsung dalam memeterai perjanjian dg Petronas dulu, juga memperakui mengesahkan hak 5.0 % royalti tersebut. Hanya semata2 atas tujuan politik sahaja maka hak tersebut dinafikan kepada rakyat Kelantan. Kalaulah ini bukan kezaliman, apa patut ia dipanggil? kalaulah benar, dan orang yang memanjat doa pula seorang ulama, tunggulah balasannya. Harussani hanyalah seorang 'badut' upahan yang memakai topeng mufti, yang sanggup menjual agamanya sendiri demi periuk nasi. Kemungkaran dalan negeri Perak pun dia tak berani tegur. Pergilah lihat sendiri maksiat dalam bandar Ipoh, dulu sekarang dan selamanya. Hanyalah orang2 yang dangkal agama dan politik saja yang mempersoal doa TGNA. Atau mereka itu semua adalah diantara sekutu2 yang sedang menunggu bahangnya. lagi cepat lagi baik.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.