Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

23 Jan 2010

Bakar surau: 4 lelaki termasuk anak polis ditahan


Polis menahan empat lelaki termasuk anak kepada seorang anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes membakar surau di Muar dua hari lepas.

Mereka diberkas secara berasingan di Muar awal pagi semalam, kurang daripada 48 jam selepas kejadian yang melibatkan dua buah surau, satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di Muar itu.

Keempat-empat suspek berumur antara 16 hingga 28 tahun.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kesemua yang ditahan tinggal berhampiran kawasan kejadian dan ada yang bekerja sebagai pelayan restoran, telah diberhentikan sekolah dan juga pengganggur.

“Siasatan masih dijalankan. Tidak diketahui apa motif sebenarnya, mereka melakukan perbuatan itu tanpa berfikir panjang namun itu merupakan satu jenayah.” “Kita masih dalam proses mencari keterangan kukuh untuk mendakwa mereka ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail berkata polis turut menyiasat jika wujudnya unsur hasutan yang membawa kepada tindakan empat lelaki itu.

Beliau berkata polis sedang dalam proses mendapatkan reman terhadap suspek dan dengan tertangkapnya mereka, kes ini dijangka selesai tidak lama lagi.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak membinasakan rumah dan sebagainya.

Awal Khamis lepas dua buah surau di Muar, Johor mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat. — Bernama

1 ulasan:

azman kamarul berkata...

Salam....jika berintegriti dan telus sila PDRM ambil tindakan ke atas jembalang-jembalang yang membakar surau berkenaan.

Jangan cuba nak mencari siapa menghasut..siapa dalang...lama-lama jembalang ni terlepas begitu saja.

Ambil tindakan segera, sila jaga maruah dan kehormatan Islam.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.