Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Jan 2010

Nik Aziz akan raikan 200 pemimpin agama dalam jamuan makan



(Harakah Daily) - Seramai 200 orang ketua-ketua agama seluruh negara yang mewakili lima agama utama negara dijangka akan menghadiri majlis Jamuan Muhibbah Antara Agama anjuran Kerajaan Kelantan yang akan diadakan 28 Januari ini. Majlis yang diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat Islam dan pelbagai agama itu akan dihadiri oleh ulama Islam, Hindu, Budha, Kristian dan Sikh.

16 orang daripadanya adalah ketua-ketua paderi Kristian dari seluruh negara yang sedang bersidang di Kota Bharu, ibu negeri yang negerinya ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata majlis yang diadakan disebuah hotel itu akan diadakan bermula pukul 10.45 pagi dan dijangka berkahir 12.00 tengahari.

"Majlis makan ini adalah lambang kita meraikan tetamu bagi orang Islam. Masa kita dapat anak kita adakan majlis aqiqah, kahwin kita buat kenduri. Semuanya sebagai tanda kita meraikan tetamu dan kegembiraan bukannya permusuhan," kata Nik Aziz dalam wawancara khas dengan tiga wartawan termasuk dari Harakahdaily.

“Kita terpaksa menganjurkan program berkenaan agak awal bagi menghormati sebahagian penganut agama yang tidak boleh makan tengahari melebihi pukul 12.00 tengahari,”ujarnya.

Menurutnya, biarpun kerajaan negeri pernah meraikan golongan berkenaan beberapa tahun dahulu, namun majlis yang bakal berlangsung nanti lebih besar apa lagi kerana ianya melibatkan ketua agama dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Jelas Tuan Guru lagi, kerajaan negeri meraikan golongan berkenaan bukan sahaja untuk mengeratkan hubungan yang telah sedia terjalin, bagaimanapun untuk mengekalkan suasana aman di negeri itu yang telah ditadbir oleh parti yang berlandaskan Islam.

Tambahnya, lagipun Islam menggalakkan umatnya berbuat baik kepada semua bangsa dan agama termasuk meraikan mereka dengan jamuan.

“Mudahan dengan cara ini masyarakat bukan Islam dapat menyaksikan sendiri bagaimana Islam mengajar penganutnya meraikan golongan bukan Islam,”ujarnya.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.