Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

26 Jan 2010

Wartawan buat laporan polis klip video hina Sultan Johor

Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam “Youtube” yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam semalam.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk “Sultan Johor Remix” ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari Sabtu lalu.

“(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali.”

“Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu. — Bernama

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.