Mereka menuduh bahawa ia telah diatur oleh pembangkang dalam usaha menarik sokongan penganut agama Kristian di sana untuk menyokong Pakatan Rakyat. Biar apa pun yang terjadi, terkadang kita agak hairan dengan sikap mereka yang sanggup menghina pemimpin Pakatan Rakyat terutama ulamak dari PAS sendiri
Sebelum ini, telah didedahkan bahawa ramai dikalangan blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib (Kristian) kepada beberapa orang pemimpin PAS atas kejadian tersebut.
Sikap kurang ajar mereka ini semakin menjadi-jadi apabila tergamak meletakkan lambang Salib pula pada wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Kami sungguh terkejut melihat paparan ini.
Tergamak benar mereka melakukan perbuatan sedemikian, sedangkan perkara ini bukanlah dilakukan oleh pemimpin terbabit. Mereka ini membuktikan kononnya Tuan Guru Nik Aziz turut bersekongkol dengan penganut Kristian dalam merencanakan kejadian yang berlaku baru-baru ini.
Tambah parah lagi apabila gambar Nik Aziz diletakkan ditengah-tengah lambang salib berkenaan dan mereka meletakkan perkataan "undi didahulukan, Allah dicemarkan". Sebagai bukti sila klik DI SINI.
[Sunggup kurang ajar melihat sikap para blogger UMNO yang tergamak meletakkan lambang salib pada wajah pemimpin PAS, apatah lagi terhadap MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz ini.
Biarpun Bloggger bebas seperti kami banyak menulis dan mengutuk kepimpinan kerajaan hari ini, namun setakat ini masih belum tergamak untuk meletakkan lambang Kristian itu terhadap wajah-wajah pemimpun UMNO.
Apakah begini sikap yang ingin mereka tonjolkan. Rakyat perlu bijak buat penilaian terhadap semua ini]
sumber : Pahang Daily Online
4 ulasan:
salam saudara,
melampau sungguh puak2 UMNO ni, lebih2 plak, naik kepala dah la tu...mohon PAS buat laporan terhadap penghinaan itu.
Salam...untuk semua muslim dan muslimat...bukan Melayu........
Mari lah kita mengangkat tangan memohon petunjuk Allah swt..agar Allah tunjukkan mana yang bear dan mana yang bathil...sesungguhya Allah melihat apa yang manusia kerjakan.
Pohonkan agar Allah bukakan pintu hati blogger umno ni agar tidak "melampaui batas sempadan agama " ATAU jika masih berhati buta mohon Allah turunkan bala untuk mereka... insyaallah marilah kita memohon kepada Allah selagi kita masih berikhtikad bahawa setiap apa yang ada ini adalah hak Allah semata-mata.
SALAM BRO PATUTNYA BLOG MACAMNILAH YG PATUT PIHAK BERKUASA FLAGKAN DIA. MEREKA NI LEBIH BHAYA DARI KOMUNIS. SYAITAN BERTOPENGKAN IBLIS
mohon PAS buat report polis, nie kira menghina ulama tolong
Catat Ulasan