Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

25 Mac 2010

Karpal cabar Zulkifli bongkar pihak ketiga

KUALA LUMPUR, 25 Mac — Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh (gambar) hari ini mencabar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baru Zulkifli Noordin menamakan pihak ketiga yang didakwa menawarkan ganjaran besar kepada beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan isteri dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

“Adakah dia rela dalam atau luar dewan untuk membongkar siapakah pihak ketiga ini?” katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Pengerusi DAP itu turut mempersoalkan sama ada Zulkifli berani membuat laporan polis bagi membuktikan apa yang didakwanya sebelum ini benar.

“Jika dibuktikan, dia membuat satu laporan polis yang palsu, dia boleh dibawa ke mahkamah kerana memberi laporan yang palsu,” katanya.

Semalam, Zulkifli yang kini Anggota Parlimen Bebas selepas dipecat dari Parti Keadilan Rakyat baru-baru ini, membuat pendedahan di Dewan Rakyat dengan mendakwa ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya selain untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dengan satu kes pembunuhan lain pada 2004.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Zulkifli berkata pendedahannya itu tidak ada kena mengena dengan Karpal.

“Kalau Karpal Singh rasa tak puas hati, saya nak tanya dia mengenai kenyataan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) pada 7 Mac minta dia (Karpal) taubat kerana meminta Ketua Umum (Datuk Seri Anwar Ibrahim) meletak jawatan, sampai hari ini dia (Karpal) tak jawab. Kenapa dia tak jawab?” katanya.

Mengenai kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini bahawa polis akan mengambil keterangannya berhubung pendedahan itu, Zulkifli berkata: “Memang kerja dia siasat.” — Bernama

1 ulasan:

pis berkata...

cabaran karpal buat anwar tak tidur malam. apa punya kawan cabaran menyusahkan kawan. pakatan rapuhhhhhhh

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.