Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Mei 2010

SPR tolak spekulasi mengenai ADUN Kerdau

24 Jamadil Awal 1431H.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menolak spekulasi mengenai keadaan ADUN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim (gambar) yang sedang dirawat di unit rawatan rapi Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh.

RTM melaporkan awal minggu ini bahawa ADUN BN itu telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010.

Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam.

Exco kerajaan negeri Pahang, Hoh Khai Mun turut mengesahkan bahawa keadaan ADUN Kerdau itu tidak membahayakan.

Menurut Hoh lagi, Zaharudin mengalami masalah komplikasi jantung selepas menjalani pembedahan tersebut.

Katanya, ADUN Kerdau itu akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.

Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.

Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Keadaan kesihatan Zaharudin yang kritikal minggu ini telah mencetuskan khabar angin pagi in mengenai kemungkinan pilihan raya kecil membabitkan kawasannya.

2 ulasan:

azman kamarul berkata...

Kawan ni orang Kerdau.....tak lama lagi nampak gayanya boleh mangkah bulan pulak lah........

melor45 berkata...

Rezeki dah nak turun diKerdau.Makin botak PM/Menteri Kewangan nak cari duit untuk merasuah pengundi DUN Kerdau.Janji diPTG.Pauh, K.Terengganu, Bkt. Gantang,Manek Urai.Btg.Aii,Bagan Pinang dan Penanti belum tertunai lagi.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.