Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

30 Sep 2008

Perluasan Masjidil Haram dan Madinah

Putera Mahkota Saudi Arabia Pangeran Abdullah Ibn Abdul-Aziz, Wakil Perdana Menteri, dan Panglima Angkatan Bersenjata telah melancarkan enam projek mengubahsuai masjid-masjid besar di Makkah dan Madinah. Projek-projek ini akan menelan belanja yang amat besar, billion jugak la….
Pengubahsuaian Masjid Al Haram dilakukan di bahagian utara masjid sekarang meliputi pembangunan untuk tempat penginapan, klinik dan sistem pengangkutan yang lebih baik. Menara Jabal Omar misalnya, dibangunkan seluas 230 ribu meter persegi sebagai tempat penginapan hotel lima bintang mengelilingi Masjid Al Haram.
.
Secara amnya, pengubahsuianan Masjid Al Haram adalah seluas lebih 1,2 juta meter persegi. Projek ini bukan sahaja akan meningkatkan kemudahan penginapan dan ibadah bagi jutaan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia tapi turut akan membuka lebih dari 25 ribu peluang pekerjaan.
.
sumber: www.dar-ul-ishaat.com / ESempoi

Perutusan Aidilfitri Ketua Pemuda PAS Besut


Setiap orang sudah tentu gembira kerana syawal yang ditunggu-tunggu telah tiba.

Sebenarnya gembiranya orang menyambut syawal ini terkadangnya kerana puasa sudah habis. Dan terkadang seseorang itu gembira menyambut syawal kerana kemenangan dalam melawan hawa nafsu selama sebulan.

Siapakah golongan pertama itu?.

Itulah dia orang-orang yang ada penyakit pada hatinya. Jika kamu mendapati ada pada hatimu perasaan seperti yang demikian itu maka segeralah berubat hati kamu yang berpenyakit itu sebelum datang ajal atasmu. Kerana pada hakikatnya orang-orang mukmin yang sebenar itu gembira dengan kedatangan ramadhan dan bersedih dengan pemergiannya. Jika sebaliknya perasaan yang datang pada hatimu,maka yang demikian itu Allah s.w.t. ingin menyatakan kepada kamu,siapa kamu di sisiNya. Syukurlah jika kamu menyedarinya dan kamu mahu kepada perubahan. Kerana tidak semua orang yang mampu untuk merasai kekurangan dirinya.

Siapa pula golongan yang kedua itu?.

Jika kamu hendak mengenalinya,maka itulah dia orang-orang yang baik agamanya yang dikatakan a'bid ( golongan yang suka berbuat ibadah ). Jika ia mengekali atas hal ini,maka beruntunglah dia. Tapi adakah cukup sampai di situ?. Tidak !!!. Kita lihat pula ada satu lagi golongan yang terlebih tinggi. Dan ketinggian di antara mereka pun berbeza mengikut kadar masing-masing.

Dalam suasana semua orang bergembira menyambut hari lembaran ini,ada juga insan pilihan Allah yang bersedih. Bersedih tidak hanya kerana pemergian ramadhan. Itu bagi mereka dah menjadi peraturan pusingan masa mengikut ketentuan Allah yang mengatur seluruh alam. Tetapi mereka bersedih bercampur dengan perasaan takut. Iaitu sedih dan takut,apabila membayangkan,bagaimana jika amal sepanjang ramadhan itu tidak diterima oleh Allah s.w.t.

Ada dari kalangan mereka yang berkata bagi muridnya :

" Jangan kamu gembira sangat menyambut hari raya ni jika kamu tidak yakin bahawa Allah Ta'ala ampunkan dosa kamu walaupun kamu diberi kesempatan untuk berada pada ramadhan ".

Hal ini yang dirisaukan oleh mereka itu. Mengapa?.

Tidak kerana lain,melainkan kerana takut dengan murka Allah yang berpanjangan atasnya. Kerana barangsiapa yang tiada mendapat ampunan Allah,maka tiada diterima amalnya. Bagaimana amal yang tiada diterima itu boleh menjadi bekal untuk kemudian hari.

Maka marilah kita sama-sama memerhatikan sungguh-sungguh dosa-dosa kita dengan Allah yang terlalu banyak ini dan segera kita mencari jalan supaya pintu taubat terbuka untuk kita sebelum kita mengakhiri hidup ini. Sentiasa ikutilah majlis-majlis peringatan atau program tarbiyyah oleh guru-guru yang boleh membawa hati kita kepada Allah sekaligus menjinakkan hati kita denganNya.

Kami dan para jamaah khususnya dari kalangan pemuda di Pusat Tarbiyyah Nurul Iman,sangat mengharapkan pertolongan Allah s.w.t. untuk menuju ke arah itu. Kami memulakan langkah perjalanan ini walaupun dalam keadaan yang sangat kekurangan dan kedhaifan,dengan menjadikan setiap jumaat daripada maghrib hingga berakhir dengan kuliah subuh,sebagai malam muhasabah kami untuk menghidupkan hati-hati kami yang hampir mati ini.

Wassalam .

Daripada

Us Adam Said

Ketua DPPKB.

Idris Jusoh & UMNO Besut Tolak Abdullah

Besut - Belum pun mengadakan mesyuarat Bahagian, UMNO Bahagian Besut tidak sabar-sabar lagi untuk mencalonkan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada mesyuarat perwakilannya yang ditunda Mac depan.

Bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut mendakwa cadangan tersebut dibuat oleh sebahagian besar perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat bahagian sebagaimana mana laporan media perdana.

Oleh yang demikian, dengan cadangan itu mengesahkan desas-desus Idris mempunyai masalah dengan Abdullah, Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang melantik dan juga memecat beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

Bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO, katanya, pergerakan bahagian itu akan mencalonkan Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Ahli Parlimen Jerlun pada mesyuarat perwakilan Pemuda.

Sementara itu, semua jawatan utama dalam UMNO Bahagian Besut iaitu ketua, timbalan dan naib tiada pertandingan selepas pengesahan calon ditutup kelmarin.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih menang tanpa bertanding, manakala jawatan timbalan bakal diisi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad selepas penyandang jawatan yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Md Zin menarik diri. - Buletin Online

~ PEMUDABESUT dah lama tolak Pak Lah....

Saiful Bukhari ucap Selamat Raya ~ Malaysiakini


Pusara Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Beliau telah kembali
ke Rahmatullah akibat kanser payudara pada jam 11.58pm 20/7/2004
diwad ICU Pantai Medical Center.


Berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah kelmarin. Walaupun sudah 4 bulan saya tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik. Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

Tahun ini genap 4 tahun syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Hjh Halina Bt Mohd Alip. Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang syawal. Kuih tart dan Kek Buahnya (Fruit Kek) sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.
Tahun ini juga buat pertama kalinya saya tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta. Maklumlah, "perjuangan belum selesai". Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin.



p/s: Allamdullilah saya sihat wala'fiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti.

[ Tiada ucapan pohon kemaafan Zahir dan Batin kepada DSAI ke?...PEMUDABESUT minta maaf dan sedia memaafakan semua.... ]

29 Sep 2008

PAK LAH MAHU KUOTA PENCALONAN DIMANSUH & PERWAKILAN BAHAGIAN DITUNDA ~ MALAYSIAKINI

Gambar Ehsan : Bodohland

Maklumat yang baru saya terima mengesahkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi menundakan persidangan perwakilan UMNO bahagian daripada 9 Oktober 2008 kepada Februari 2009.

Abdullah juga dijangka merujuk kepada MT UMNO untuk mengadakan satu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas bagi memansuhkan kuota yang dikenakan kepada sesiapa yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi dalam parti di peringkat bahagian dan pusat, termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli MT.

Usaha ini membuktikan bahawa Abdullah akan meneruskan niatnya mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Tetapi, oleh kerana tidak yakin memperolehi kuota pencalonan yang diperlukan, iaitu 58 pencalonan daripada bahagian bagi jawatan Presiden, Abdullah pula berusaha untuk memansuhkan kuota itu menerusi PAU Khas.

Pembatalan kuota ini, jika dipersetujui oleh PAU Khas, akan menimbulkan anamoli kepada warga UMNO yang bertanding jawatan di peringkat bahagian.

Oleh kerana persidangan cawangan UMNO di seluruh negara sudah berakhir baru-baru ini, dan mereka yang akan bertanding di peringkat bahagian sudah pun diketahui, maka adakah MT UMNO juga akan memutuskan supaya pertandingan di peringkat bahagian tidak akan terikat dengan sistem kuota?

Bagaimanapun, tafsirlah sendiri apakah erti dan implikasi kepada semua tindakan ini. Dan, bayangkanlah sendiri bagaimana bercelarunya keadaan berikutan perkembangan ini.

Akhir sekali, mungkinkah MT UMNO akan akur kepada saranan Abdullah untuk menundakan persidangan perwakilan bahagian kepada Februari 2009 di samping mengadakan PAU Khas untuk memansuhkan kuota berkenaan? Kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya tidak lama lagi!

~ Kuda Kepang

Web Azmin Ali kena ceroboh kali ke-2 dalam tempoh 12 jam ~ Malaysiakini

TETAPI DALAM SIBUK2 CARI SAPE PUNYA KERJA SABOTAJ WEB AZMIN ALI... ADA LAGI HACKERS KACAU WEB BELIAU PADA PUKUL Monday, September 29, 2008 7:52:28 AM .....

{baca artikel berkaitan sebelum ini;}

Ni Salah Hackers ke salah WEB Master???. Tengah kalut cari siapakah penceroboh.... Penceroboh lain pulak yang masuk rumah......

Azmin Ali letak jawatan PKR? ~ Malaysiakini

Berikut adalah kenyataan Azmin Ali:

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul.

http://blog.azminali.com/2008/09/28/PerletakanJawatan.aspx ( artikel asal telah DIPADAM)

Tapi masih boleh lihat dalam Google Reader...
entri dari blog Azmin Ali : Perletakan Jawatan.
Gambar 5 - Google Reader Zoom In : Perletakan Jawatan.


Tetapi sebenarnya, Blog Azmin telah disabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Untuk maklumat yang BETUL..KLIK DISINI.


Pengunguman.
[ Pembetulan ejaan; Pengumuman~ Azmin baru bangun t
idur utk qiamulail kot....]


Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang
perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan
adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti
Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli
parlimen
Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.Azmin Ali.

TETAPI DALAM SIBUK2 CARI SAPE PUNYA KERJA SABOTAJ WEB AZMIN ALI... ADA LAGI HACKERS KACAU WEB BELIAU.....

Ni Salah Hackers ke salah WEB Master???. Tengah kalut cari siapakah penceroboh.... Penceroboh lain pulak yang masuk rumah......


ABDULLAH DIJANGKA DAPAT 65 PERCALONAN SAHAJA ~ MALAYSIAKINI

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009. Begitulah pendapat beberapa pemerhati politik yang saya temui dan segolongan surfers yang mengirimkan komen ke blog ini.

Keputusan ini dijangka diumumkan oleh Abdullah sebelum atau pada 9 Oktober 2008 ini. Abdullah mengambil keputusan ini setelah para pegawai dan orang-orangnya mengaudit jumlah pencalonan yang boleh beliau perolehi daripada bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara.

Daripada tinjauan rambang, menerusi “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara”, beberapa pemerhati politik berpendapat, Abdullah boleh memperole hi jumlah kouta yang diperlukan untuk membolehkan beliau mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Contohnya, Abdullah dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 4 pencalonan daripada Johor, 2 daripada Melaka, 6 daripada Negeri Sembilan, 4 daripada Selangor, 4 daripada Perak, 12 daripada Pulau Pinang, 3 daripada Kedah, 5 daripada Kelantan, 2 daripada Terengganu, 3 daripada Pahang, 5 daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, dan 10 daripada Sabah.

Ramai pemerhati politik berpendapat, jika para pegawai dan orang-orang Abdullah berusaha secara “pujuk rayu yang kreatif dan pelbagai cara” jumlah 60 pencalonan di atas mungkin boleh dimaksimakan mungkin hingga sekurang-kurangnya 65 pencalonan.

Untuk memaksimumkan jumlah pencalonan ini, para pegawai dan orang-orang Abdullah dijangka mensasarkan tumpuan mereka kepada para perwakilan cawangan ke bahagian-bahagian.

Diberi Pangkat

Ini kerana para perwakilan cawangan inilah yang akan mengundi dan menentukan corak serta sentimen pencalonan Presiden dan lain-lain jawatan yang akan dipertandingkan dalam Persidangan Agung UMNO (PAU) pada Mac 2009 kelak.

Ketua-ketua bahagian yang tidak memihak kepada Abdullah pula dijangka dimenangi hati mereka menersi “pangkat dan darjat”.

Contohnya, mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang baru dilantik sebagai penasihat PM mengenai Koridor Utara juga akan dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH). Banyak lagi perlantikan seperti ini dijangka dilakuka n dalam tempoh terdekat ini.

Lantaran itu, Abdullah sedang didesak oleh inner circlenya untuk berikhtiar merobah keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 26 Disember 2008 supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 9 Oktober 2008 ini juga ditangguhkan ke Januari atau Februari 2009.

Asas kukuh untuk menangguhkan persidangan perwakilan bahagian ini ialah untuk mengelakkan tempoh berkempen yang terlalu panjang bag i seluruh calon yang bertanding dalam pemilihan parti di peringkat pusat – MT UMNO, Pergerakan Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Bagaimanapun, beberapa pemerhati politik yang sinis berkata, penangguhan persidangan perwakilan bahagian ini dijangka akan memudahkan orang-orang Abdullah memenangi hati dan sokongan perwakilan cawangan-cawangan yang akan memilih calon-calon pucuk pimpinan tertinggi UMNO dalam perwakilan bahagian masing-masing.

Ubah Keputusan?

Jika Abdullah akur dengan desakan seperti di atas, beliau terpaksa merujuk kembali kepada MT UMNO untuk merobah keputusannya baru-baru ini mengenai persidangan bahagian-bahagian yang akan bermula pada 9 Oktober 2008.

Soalnya, adakah MT UMNO akan setuju dengan usaha merobah keputusannya. Mungkinkah Abdullah akan diberika muka untuk berbuat demikian. Atau, mungkinkah MT UMNO akan bertegas mempertahankan seluruh keputusannya baru-baru ini tanpa sebarang perubahan?

Demikianlah spekulasi mengenai Abdullah oleh segolongan pemerhati politik tanahair pada saat dan ketika ini. Spekulasi ini adalah berasaskan sikap Abdullah yang sentiasa “flip-flop” dan berdolak-dalik dalam banyak tindakan dan keputusannya selama ini.

Spekulasi ini juga berasaskan pendirian dan keputusan Abdullah yang selama ini didakwa amat dipengaruhi oleh segelintir anggota keluarganya.


Jika Abdullah mempertahankan kerusi Presiden UMNO dan memperolehi pencalonan secukupnya, bagaimanakan pendirian Datuk Seri Najib Tun Razak?

Jika Najib juga menerima pencalonan secukupnya bagi kerusi Presiden UMNO, adakah beliau sedia untuk menandingi Abdullah? Apakah reaksi para penyokong Najib yang kini bertungkus lumus berusaha mendapatkan pencalonan jawatan tertinggi ini sekarang?

Harapan UMNO

Dan, bagaimana pula jika ditakdirkan Allah, Tengku Razaleigh Hamzah juga menerima pencalonan secukupnya untuk jawatan Presiden UMNO? Mungkinkah akan terjadi pertandingan tiga penjuru? Atau, mungkinkah Najib akan menarik diri dan hanya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden?

Jika Najib hanya mempertahankan jawatannya sekarang, bagaimana pula Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi calon “dark horse” yang berhasrat memenangi jawatan Timbalan Presiden?

Begitulah rumitnya keadaan jika Abdullah yang sudah memutuskan akan menyerahkan kuasa kepada penggantinya Mac 2009 ini, tetapi terus mahu mempertahankan jawatan Presiden UMNO kali ini.

Dalam keadaan seperti ini, ramai warga UMNO menggantungkan harapan semoga sebelum atau pada 9 Oktober 2008 ini Abdullah dengan sukarelanya mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Mereka menggangungkan harapan sedemikian kerana amat khuatir Abdullah tidak akan menerima pencalonan secukupnya walaupun “dipujuk rayu secara kreatif dan pelbagai cara.”


Kini, segala-galanya terserah kepada Abdullah dan perkiraan serta percaturan politik segelintir anggota keluarganya. Jika mereka menitikberatkan kepentingan agama, bangsa dan tanahair, Abdullah pasti tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Jika, sebaliknya, UMNO terpaksalah berhadapan dengan situasi dan kemelut yang rumit dan sengit!
~ kUDA KEPANG

HARI HARI AKHIR SEORANG DOLAH

UMNO Bahagian Cheras di Wilayah Persekutuan Ahad malam mengambil langkah pertama kearah peralihan kepimpinan yang ditetapkan pada bulan Mac tahun depan dengan mengistiharkan akan calonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam mesyuarat UMNO Bahagian itu pada 12 Oktober ini.

UMNO Bahagian Titiwangsa sejurus itu mengikut jejak UMNO Bahagian Cheras dengan mengumumkan keputusan yang sama.


~ TUKAR TIUB

28 Sep 2008

Ustaz jadi mekanik ?




Mohd Karim berkelulusan Sarjana Muda Syariah kini milik tiga bengkel kenderaan

MUNGKIN takdir, mungkin juga kebetulan. Seorang siswazah berkelulusan Sarjana Muda Syariah Universiti Malaya (UM) pernah memohon melanjutkan pengajian sebagai ustaz menerusi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tetapi ditolak sepanjang tiga tahun berturut-turut.

Niatnya cuma mahu berkongsi sedikit ilmu mendidik anak bangsa. Kegagalan itu mungkin menyebabkan kerjayanya berbeza daripada kelayakan dimiliki selepas bergelar pengusaha dan pemilik bengkel kenderaan.

Agak pelik, ustaz menjadi mekanik kereta, tetapi itulah realitinya kepada anak muda, Mohd Karim Abd Rahman, 32, yang kini mempunyai tiga bengkel membaik pulih kenderaan dikenali sebagai Aeroline Motors Sdn Bhd di Shah Alam dan Klang, Selangor serta di Parit Buntar, Perak.


Walaupun dunia berbeza, tetapi impiannya mendidik tetap diteruskan melalui pendekatan lain iaitu menerapkan nilai murni melalui pengisian pelbagai program rohaniah kepada anak buahnya.

Hujahnya mudah, jika pekerja mempunyai keimanan, pegangan agama kukuh serta mendapat sokongan padu majikan, sudah tentu ia akan menyumbang kepada hasil kerja berkualiti dan murni.

Karim (dua dari kanan) sedang berbincang strategi syarikat bersama pekerjanya.

Atau dalam erti kata mudah, mereka tidak akan tergamak untuk mencuri, menipu dan pada masa sama hatinya cukup tenang serta gembira dengan apa yang mereka lakukan untuk mencari rezeki halal.

"Kami berikan pekerja ilmu, kemahiran berterusan supaya mereka belajar sesuatu. Takkan selamanya mereka mahu menjadi mekanik, sekurang-kurangnya saya mahu menjadikan mereka tauke bengkel.

"Sebab itulah saya kongsi ilmu pengurusan kewangan, pentadbiran kerana mereka sudah pun mempunyai kemahiran. Cara paling mudah ialah meletakkan kepercayaan tinggi kepada mereka menjalankan amanah dan saya cuma memantau, menegur apa yang sepatutnya.

"Setakat ini, alhamdulillah, dua bengkel di Shah Alam dan Parit Buntar sudah pun membuktikan pendekatan itu berjaya. Inilah yang saya impikan, mereka melahirkan ramai Bumiputera berjaya dengan berkongsi kejayaan," katanya.

Karim menunjukkan kad keahlian Touch N Go Aeroline.

Baginya, berkongsi ilmu mengusahakan bengkel kenderaan sudah memadai untuk menyebarkan ilmu selepas hasratnya menjadi seorang ustaz terbantut. Kini, pendekatan kerja diamalkan berdasarkan konsep 3S iaitu Solat, Syukur dan Sedekah.

Anak bongsu ini pernah bekerja sambilan sebagai ustaz selama dua tahun iaitu setahun ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setahun selepas mendapat segulung ijazah. Abang dan kakaknya juga kini bergelar ustaz dan ustazah.

"Rezeki saya di sini. Mungkin kuota KPLI yang saya mohon itu sudah ditakdirkan untuk individu lain. Ramai rakan sekuliah saya di UM bekerja sebagai ustaz dan pensyarah.

"Semua ini bukan halangan untuk berjaya dan berkongsi ilmu. Kerjaya dan dakwah Islam sebenarnya bergerak serentak. Saya sedang berusaha mengubah mentaliti pekerja bahawa seorang mekanik tidak semestinya bekerja sebagai mekanik hingga akhir hayat kerana mereka juga boleh berjaya.

"Sebab itu, saya galakkan mereka belajar dan pada masa sama kita kuatkan ikatan kekeluargaan dan jiwa supaya sama-sama mencapai kejayaan. Setiap Khamis, kami secara bergilir-gilir akan menghantar dua pekerja menyertai kuliah agama di Masjid Shah Alam selama dua jam setiap minggu," katanya.

Mengulas lanjut konsep kerja 3S itu, Karim menegaskan, setiap individu patut bersyukur dengan rezeki dan kemahiran dimiliki tetapi perlu sentiasa berusaha memajukan diri. Paling penting, sentiasa menunaikan zakat kerana ia sebenarnya hak milik individu lain yang berhak.

Disebabkan itu, beliau bersyukur kerana mempunyai pelanggan daripada jabatan kerajaan kerana baginya hasil pendapatan yang diterima akan dipulangkan semula kepada Muslim yang berhak melalui zakat perniagaan yang diagihkan kepada fakir miskin.

"Kitaran itu cukup mudah. Pendapatan yang kami terima daripada jabatan kerajaan akan diagihkan semula kepada pusat zakat. Wang itu akan diagihkan kepada penerima yang berhak. Itu lebih berkat kerana ramai yang akan menerima hikmahnya.

"Saya juga membesar dalam keluarga susah dan menjadi anak yatim ketika berusia lima tahun. Perasaan itu menginsafkan diri untuk maju dan inilah masanya membalas jasa keluarga dan bangsa," katanya yang pernah membantu menjual nasi lemak di sekolahnya selama beberapa tahun, semata-mata mahu menambah pendapatan ibunya.

Anak felda ini juga pernah melalui zaman sukar apabila mengalami kerugian RM120,000 hinggakan hidupnya tertekan dihimpit bebanan hutang hampir setahun serta sering diancam along yang diupah pembekal barangan kereta.

Namun, beliau menerimanya sebagai asam garam dalam perniagaan sebelum bangkit semula apatah lagi selepas mendapat suntikan modal Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kini, pendapatannya meningkat daripada RM20,000 kepada RM250,000 sebulan.

Selepas lima tahun terbabit dalam perniagaan ini, beliau mensasarkan meningkatkan jualan kepada RM400,000 sebulan dan bercadang membuka tiga lagi cawangan baru di Butterworth, Pulau Pinang dan Nilai, Negeri Sembilan serta Sepang, Selangor.

PROFIL: Mohd Karim A Rahman

  • Tarikh lahir: 24 Disember 1976

  • Asal: Felda Kampung Rahmat, Chalok, Setiu, Terengganu

  • Isteri: Norkhairulizar Abdul Rahman, 31,

  • Anak: M Irfan Daniel, 6; Iffah Nadhirah, 5; M Irfan Danish, 4; dan M Irfan Daewish, 2,

  • Ibu: Esah Mohd Amin, 70,

  • Ayah: Allahyarham Abd Rahman Ibrahim

  • Adik beradik: Anak bongsu daripada tujuh beradik.

  • Bendahari Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang, Selangor

    Pendidikan:

  • Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Rahmat Chalok

  • Sekolah Menengah Agama (SMA), Setiu, Terengganu (1989-1993)

  • SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1994-1995)

  • Universiti Malaya - Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar'iyyah) - 1996-1999.
  • Lagi Tokoh Gerakan keluar parti ~ Malaysiakini

    Seramai 20 orang tokoh kepimpinan Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah menyertai Parti Keadilan Rakyat tengahari tadi. Di antara mereka ialah Pengerusi Tetap, Ketua Penerangan, dan AJK Perhubungan Wilayah Persekutuan. Penyertaan mereka telah berlangsung di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square.

    Sebelum ini, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, yang juga bekas Ahli Parlimen Segambut, telah menjadi ahli KeADILan secara rasmi pada 6 September 2008 lalu. Beliau telah digantung keadliannya dalam parti Gerakan selama dua bulan kerana menerima jawatan dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat lewat Mei 2008 lalu. Beliau kini adalah pengerusi bersama mengetuai pasukan petugas untuk memperbaiki pentadbiran serta dasar berhubung pemilikan tanah di negeri Selangor.

    Dr Tan Kee Kwong ialah anak kepada pengasas Parti Gerakan, Dr Tan Chee Koon.

    25 ALASAN PAK LAH WAJIB BERHENTI DARIPADA PM DAN PRESIDEN UMNO ~ Malaysiakini

    25 ALASAN PAK LAH WAJIB BERHENTI DARIPADA PM DAN PRESIDEN UMNO – PARTI LEMAH, KERAJAAN GOYAH, RAKYAT SUSAH” yang ditulis oleh apa yang digelar sebagai Kumpulan Pemerhati Profesional Rakyat Malaysia.

    1) BN tidak dapat 2/3 suara (kerusi) Parlimen dalam pilihanraya ke-12.
    2) Pulau Pinang, negeri dibawahnya sendiri ditawan DAP–keseluruhan orang Cina tidak sokong Pak Lah.
    3) Calon-calon kesayangannya kalah teruk (Setiausaha Politiknya 3 orang kalah di Kedah).
    4) Lima negeri jatuh ke tangan pembangkang.
    5) Majoriti undi dirinya merosot – 8 ribu.
    6) Undi Cina dan India berpaling tadah di seluruh negara.
    7) Lima menteri-menterinya kalah di tangan orang yang tak terkenal-anak bilis.
    8) Raja tak hormat watikahnya di Perlis dan Terengganu.
    9) Setiausaha Agung UMNO letak jawatan kerana tak dilantik sebagai menteri.
    10) Dua timbalan menteri tolak jawatan dan satu timbalan letak jawatan.
    11) Wakil wanita UMNO tidak dilantik dalam kabinet.
    12) Kabinet membawa keresahan mudharat parti, ramai yang terasa hati.
    13) Tiada wakil ahli agama yang berwibawa dalam kabinet negara-agama dipinggirkan.
    14) Kelemahan Pak Lah yang membawa negeri Terengganu tiada kerajaan baru sehingga 1 bulan – menipu penyokong setianya sendiri (Dato’ Idris dan semua ADUN).
    15) Lantikannya ditolak oleh istana Terengganu (krisis MB Terengganu).
    16) 60% anggaran rakyat akar umbi tidak bersetuju dengan Pak Lah terus menjadi PM-25% tak peduli.
    17) Peribadinya tidak disukai-ditakuti kerana pangkatnya-tidak dihormati oleh banyak pihak.
    18) Cakap tidak sama dengan amalan.
    19) Kurang prihatin kepada permasalahan masa depan negara.
    20) Seronok melakukan kerja-kerja yang tidak disukai ramai.
    21) Sukar menerima pakai nasihat kawan.
    22) Lemah dalam apa jua tindakan, lembab dan bertangguh.
    23) Ucapan dan kata-katanya tidak menarik, kurang mendapat perhatian, kadang-kadang menjemukan.
    24) Tidak dapat menstabilkan harga bahan utama keperluan rakyat secara yang tidak membebankan.
    25) Umum mengetahui pemikiran dan tindakannya senang dipengaruhi oleh keluarganya.

    Gambar Perarakan Aman Anti-ISA Di Puduraya

    Anti-ISA vigil turns into peace march - Malaysiakini








    About 2,000 people marched from the Dataran Merdeka to the Hindu temple opposite the Puduraya bus terminal in solidarity against the Internal Security Act.

    Serikandi Agung Zainab Al Ghazali Al Jubaili (Isteri Hassan Al Banna)


    Zainab Al Ghazali Mengisahkan pertemuannya Bersama Imam Al Banna

    ‘… Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…’

    Untaian hikmah dari Al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting namun ia tidak lagi sepenting itu lagi jikalau ia bertembung dan menyimpa dari tujuan dakwah.ia menuntut janji demi sebuah perjanjian rabbaniy yang abadi.

    Zainab Al Ghazali adalah pejuang muslimah yang kental dan ampuh. Ibarat serikandi ulung Nusaibah yang bertempur disisi rasulullah dalam kekalutan uhud mendekam setiap sanubari.Beliau menjelma sebagai wanita ulung mendepani segala mara bahaya dalam medan perjuangan dan itulah harapan ayahandanya seorang guru agama dan peniaga kapas.melalui didikan ikhlas bapanya Zainab al ghazali dibentuk agar menjadi pembimbing dan pembela ummah.

    Dilahirkan di bumi yang dibuka pada zaman moyangnya menjadi khalifah kedua Islam, mesir bumi yang berkat tinggalan para nabi menjadi saksi kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di buhaira, mesir pada tanngal 1917, bayi perempuan yang berketurunan saidina Umar (r. a) ini rupa-rupanya adalah lambang perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperitan hidup berjuang. Kisah deritanya menghadapi regim mesir diabadikan sendiri dengan penanya di dalam kitab "hari-hari dalam kehidupanku" setelah berkali-kali dirayu agar ia menjadi tatapan misali buat pejuang yang ikhlas.
    Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan derita perjuangan, beliau mangli dengan pelbagai siksaan ngeri di penjara azab regim Mesir.Tubuhnya pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namun selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat tuhan kekasihnya. Anjing yang ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini. Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan dengannya malah lelaki bajingan yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai wanita suci jelmaan sahabiah rasul ini.


    Pernah menganggotai Gerakan Feminis Mesir di usia remajanya pada tahun 1936, namun matlamat perjuangan yang tidak sesuai dengan jiwanya menggerakkan hatinya menubuhkan (Jamaah Muslimat) Jamaah Wanita Muslimah sebagai wadah baru perjuangannya. Ia bermula ketika umurnya 18 tahun demi membimbing kerja-kerja wanita Islam membela kehidupan dan membantu ibu-ibu yang kehilangan suami. Ketika inilah ia bertemu dengan As Syahid Imam Hassan Al Banna. Al Banna dan para penolongnya ibarat suasana nabi dan para sahabat di matanya. Zainab menjadi penggemar kepada syarahan dan pembawaan al marhum Al Imam. Sehingga pada suatu hari Imam Hassan Albanna menawarkan penggabungan Jamaah Muslimat pimpinannnya agar bersama menjadi sayap wanita ikhwanul Muslimin. Beliau menolak namun berbaia'h secara rahsia bersama Imam Hassan Al Banna kemudiannya.
    ketegasannya ibarat ketegasan Umar Al Khattab. Naluri ketabahan dan kewanitaannya ibarat Saidatina Nusaibah. Kekuatannya dan kesabaran sama gagah bak lelaki perkasa. Hatinya dihiburkan dengan pertemuan dan jaminan rasulnya di dalam keasyikan mimpi indan yang benar. Deritanya bertukar gembira mendengar taujihat dan irsyadat nabi sanjungannya. alangkah bahagianya mujahidah yang bernama Zainab Al Ghazali. Setiap denyutan nadi kehidupannya kekal segar di ingatan setiap anak-anak harakah yang mewarisi perjuangan Islam.

    Zainab Al Ghazali meneruskan kesinambungan Ikhwan bersama Said Qutub dan Abdul Fattah Ismail setelah kewafatan Imam Al Banna. Perjuangannya tidak disukai pemerintah yang dipimpin oleh Jamal Abdun Nasir ketika itu. Beliau ditangkap pada tahun 1965, dibicara pada 1966 dan dihukum penjara selama 25 tahun. Beliau dibebaskan pada tahun 1971 semasa Anwar Sadat menggantikan Jamal setelah kematiannya. Allah membalas pengkhianatan Jamal Abdun Nasir terhadap para pendokong Ikhwan dengan kekalahan kerajaan Mesir pimpinannya kepada Israel dan sekutunya dalam perang tiga serangkai.

    Zainab kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi Islam, berpidato lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi, membimbing ummah ke arah keredhaan allah. Al Marhumah Zainab Al Ghazali juga terkenal sebagai penulis yang hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yang diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh".

    Pengabdiannya kepada Islam dan ummat sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan,kasih dan kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi dan jasa al marhumah di jemput pulang ke pangkuan Ilahi pada tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat, disolatkan di masjid Rabia'tul Adawiyyah, namanya tetap segar di lubuk hati setiap pejuang agama walupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan sekalian alam.

    * Penulis berada di mesir ketika wafatnya al marhumah namun atas sebab keselamatan kami dinasihatkan agar tidak pergi mengiringi jenazahnya. Al fatihah buat al marhumah Zainab Al Ghazali.


    Sekian,
    Akhukum Ahmad Najhie Hayazi

    ZAKAT DAN INFAQ Hubungan Dengan Harakah Islamiyyah.

    Zakat dan Infaq adalah sebuah institusi yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan luaran dan dalaman bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

    Justeru zakat membekalkan keupayaan Maaliah ( ekonomi ) untuk melengkapi kekuatan yang diperlukan oleh sebuah Harakah Islamiyyah yang beraksi membebaskan ummah dari belenggu Jahiliyyah dan serentak itu berusaha membina Daulah Islamiyyah di atas runtuhan Jahiliyyah tersebut .

    Kekuatan Maaliah antara pelengkap kepada kekuatan yang mesti disediakan oleh Harakah Islamiyyah berasaskan perintah Ilahi :

    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.

    ( Surah Al Anfaal – 60 )

    Tanpa syak , bahawa Harakah Islamiyyah beroperasi di atas pengorbanan anggotanya yang memiliki kesedaran dan keinsafan untuk menegakkan Daulah Islamiyyah . Tanpa pengorbanan , Harakah Islamiyyah hanya wujud pada namanya sahaja dan tidak mungkin berjaya dalam operasinya.

    Mengharapkan pertolongan Allah swt. tanpa pengorbanan adalah suatu sikap yang sia – sia , kerana ia jelas bertentangan dengan sunnatullah dalam perjuangan ini . Sedang Allah memerintahkan setiap individu beriman supaya berjuang menegakkan kalimah Allah swt. dengan jiwa , tenaga dan harta mereka .

    Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

    ( At Taubah – 41 )

    ZAKAT DAN INFAQ

    Zakat adalah suatu hak yang diambil dari harta kekayaan tertentu dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh syara’ pada waktu yang tertentu . Hukumnya adalah wajib dan ia adalah sebahagian dari rukun Islam yang lima . Berdalilkan firman Allah swt :

    Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.

    ( Al Baqarah – 43 )

    Infaq adalah suatu tanggungjawab perbelanjaan di atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka yang memerlukannya dan tanggungjawab tersebut menjadi bukti iman yang dimiliki oleh mereka . Ianya terbahagi kepada dua :

    Bahagian 1 : Infaq sunat seperti sedeqah dan seumpamanya.
    Bahagian 2 : Infaq wajib seperti zakat dan perbelanjaan ke atas tanggungan syara’ .

    Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga).

    ( Surah Al Anfaal : Ayat 2 - 4 )

    Kelebihan dan Janji Allah kepada Mereka yang

    Infaqkan Harta ke Jalan Allah ( Fi Sabilillah )

    Sebagai anggota Harakah Islamiyyah , sayugianya kita merasa terpanggil untuk menunaikan tanggungjawab membiayai perjuangan yang suci dan murni ini . Pembiayaan tersebut ( samaada dalam bentuk Zakat ataupun Infaq ) pasti sahaja mendapat ganjaran besar dan setimpal daripada Allah swt.

    “ Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

    ( Surah Al Baqarah : Ayat 261 )

    Namun demikian , seperkara yang wajib disedari dan diinsafi oleh setiap individu pejuang bahawa pembiayaan mereka terhadap Harakah Islamiyyah bukanlah bersifat sukarela tetapi suatu tanggungjawab dan amanah yang wajib ditunaikan . Firman Allah swt:

    Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.


    ( Surah Al Baqarah : Ayat 195 )


    ZAKAT ( Infaq Wajib ) Untuk Harakah Islamiyyah .


    Harakah Islamiyyah adalah salah satu asnaf dari 8 asnaf [1] yang layak menerima zakat justeru misi dan visinya menepati prinsip Fi Sabilillah .

    Fii Sabilillah adalah demi kemaslahatan ummah guna melaksanakan urusan agama dan menegakkan Kerajaan Islam ( Daulah Islamiyyah ) Justeru itu , Harakah Islamiyyah yang berjuang untuk menegakkan daulah Islamiyyah dan menyelamatkan aqidah Ummah dikira menepati satu asnaf yang layak menerima zakat .[2]

    Ulama’ Fiqhiyyah telah menyenaraikan aktiviti berikut sebagai Jihad Fii Sabilillah di zaman ini .[3]

    · Mendirikan Markaz Tarbiyyah dan Da’awah Islamiyyah
    · Menyebarkan Kitab Islam untuk membaiki akhlak Muslimin
    · Membantu pejuang – pejuang Islam menegakkan kebenaran
    · Jamaah yang berusaha mengembalikan Hukum Islam
    · Kerja Jamae’I yang menyusun dan menyelaras matlamat bagi memastikan :

    1. Pelaksanaan Nizamul Islami
    2. Mendirikan Kedaulatan Islam
    3. Mengembalikan Khilafah Islam
    4. Membangunkan Islam dan da’awahnya

    · Memerangi Gerakan Jahiliyyah dan Ideologi modern.
    · Membebaskan bumi Ummat Islam dari hukum Kuffar yang menguasainya samada kafir Yahudi , Nasrani , Mulhidin dan mereka yang tidak beragama .

    Ancaman Allah kepada mereka
    yang enggan mengeluarkan Infaq Fii Sabilillah .

    Anggota Harakah Islamiyyah yang menahan diri dari mengeluarkan Infaq di Jalan Allah sebenarnya berhadapan dengan ancaman Allah swt . sebagaimana firman Allah swt :

    Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita-pendita dan ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah (ugama Islam). Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.

    ( Surah At Taubah : Ayat 34 – 35 )

    PENUTUP .

    Islam terbina di atas Lima Perkara asas[4] yang wajib ditunaikan oleh setiap individu . Mengabaikan salah satu darinya memberi erti Islam telah diruntuhkan olehnya. Lantaran itu , tidaklah selayaknya Islam diruntuhkan oleh seorang pejuang .

    Alasan apalagi yang menyebabkan seorang pejuang teragak – agak untuk mengeluarkan Zakat dan menghulurkan Infaq kepada Harakah Islamiyyah yang mereka sertai.

    Apakah masih terlintas difikiran mereka untuk menyalurkan sumber asas ekonomi itu kepada pihak yang lain , sedangkan mereka menyedari pihak tersebut tidak bersikap adil dalam pengagihan zakat serta berlaku biadab terhadap agama Allah dengan menentangnya secara terbuka.

    Kenapa tidak sang pejuang memusatkan pengumpulan zakat dan Infaq ke arah melengkapkan kekuatan dalaman dan luaran Harakah Islamiyyah demi menjayakan hasrat dan usaha membina Daulah Islamiyyah.

    Tidak Insafkah kita dengan sikap musuh – musuh Allah yang mampu memusatkan pengumpulan “infaq” mereka untuk menentang agama Allah . Firman Allah swt :

    ¨Sesungguhnya orang-orang kafir yang selalu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi (manusia) dari jalan Allah, maka mereka tetap membelanjakannya kemudian (harta yang dibelanjakan) itu menyebabkan penyesalan kepada mereka, tambahan pula mereka dikalahkan. Dan (ingatlah) orang-orang kafir itu (akhirnya) dihimpunkan dalam neraka jahanam.


    ( Surah Al Anfaal : Ayat 36 )
    [1] 8 Asnaf tersebut ialah Amil , Riqab , Ibnus Sabil , Gharimin , Fii Sabilillah , Muallaf , faqir dan miskin .
    [2] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – Syeikh Dr. Yusuf al Qardhawi .
    [3] Rujuk Fiqhul Islam ( Juzuk 1 ) oleh Asy – syeikh Dr. Yusuf al Qardhawi .
    [4] بنى الإسلام على خمس : شـهادة أن لا إله إلا الله و أن محمدا رسول الله و إقام الصلاة و إيتاء الزكاة و الحج و صوم رمضـان . رواه البخاري و مســلم و غيرهما .


    ~Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi

    2,000 sertai perarakan aman anti-ISA

    Kira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibunegara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta tersebut.

    anti isa dataran merdeka 270908 01Pada mulanya, dua kumpulan - Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

    Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.

    anti isa dataran merdeka 270908 raja petra fansKetika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

    Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut.

    Sambil berarak, mereka melaungkan “Mansuhkan ISA”, “Bebaskan Raja Petra” and “Hindraf Valga (Hidup Hindraf)”.

    Akhirnya, mereka berkumpul di kawasan kuil berkenaan di mana beberapa individu menyampaikan ucapan.

    Penyelaras pusat Hindraf, R Thanenthiran menggesa kerajaan memenuhi tuntutan peserta perarakan tersebut supaya membebaskan tahanan ISA.

    anti isa dataran merdeka 270908 thanenthiranKatanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak boleh memutuskan seorang diri apakah yang terbaik untuk negara.

    "Malam ini, kita rakyat, menjadi hakim," tambahnya.

    Kemudian, ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu hadirin bahawa perhimpunan tersebut diadakan untuk mengingati ulangtahun pertama penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dan kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

    "Kita akan terus mengadakan perhimpunan sehinggalah tahanan ISA dibebaskan," katanya.

    Suasana Meriah

    anti isa dataran merdeka 270908 03Sementara itu, perarakan itu berjalan dalam suasana meriah. Beberapa penyokong Raja Petra Kamaruddin turut menyanyikan lagu selamat jadi kerana hari ini merupakan hari jadi penulis blog tersebut.

    Menjelang jam 9 malam, mereka bersurai dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

    Thanenthiran kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perarakan malam ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati mereka.

    “Jika pihak polis mematuhi undang-undang, kita pun juga boleh berbuat demikian," katanya.

    Dalam satu kenyataan selepas orang ramai bersurai, pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan perarakan tersebut diadakan.

    "Kerajaan kini seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang kuat dan jelas menolak penggunaan ISA," katanya yang kini tinggal di luar negara.

    Sementara itu, dua peserta buta memberitahu Malaysiakini mengapa mereka turut menyertai perarakan tersebut.

    Ramli Abu Bakar, 51, berkata beliau menyokong gerakan anti-ISA sejak ia dimulakakan kerana "negara telah mencapai kemerdekaan".

    "Kita telah merdeka selama 51 tahun, jadi mengapa kita perlukan lagi undang-undang itu sekarang," kata Ramli.

    Rakannya, Kamal Abdu Bakar, 48, turut menyokongnya dengan berkata ISA tidak relevan lagi sekarang.

    Manakala seorang penyokong Raja Petra - Sampa Lee, 60 - berkata pembebasan penulis blog itu serta tahanan ISA yang lain, akan merupakan hadiah hari jadi terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan.

    "Ia akan merupakan hadiah terbaik untuk Raja Petra dan semua rakyat Malaysia kerana kita semua menentang undang-undang yang zalim itu," kata Sampa.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis mendapat maklumat bahawa perhimpunan itu dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

    "Tetapi kita telah menempatkan anggota polis di beberapa jalan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan ini menyebabkan peserta perhimpunan bertukar lokasi menuju ke kawasan berhampiran Puduraya.

    "Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya dalam laporan Bernama.

    PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

    Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

    Blog Widget by LinkWithin

    Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

    ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
    Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

    Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

    Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


    BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

    SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

    TAJUK SEBELUM....

    PANDANGAN DALAM LAMAN INI
    TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

    (DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

    ©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
    Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
    untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.