Setiap orang sudah tentu gembira kerana syawal yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Sebenarnya gembiranya orang menyambut syawal ini terkadangnya kerana puasa sudah habis. Dan terkadang seseorang itu gembira menyambut syawal kerana kemenangan dalam melawan hawa nafsu selama sebulan.
Siapakah golongan pertama itu?.
Itulah dia orang-orang yang ada penyakit pada hatinya. Jika kamu mendapati ada pada hatimu perasaan seperti yang demikian itu maka segeralah berubat hati kamu yang berpenyakit itu sebelum datang ajal atasmu. Kerana pada hakikatnya orang-orang mukmin yang sebenar itu gembira dengan kedatangan ramadhan dan bersedih dengan pemergiannya. Jika sebaliknya perasaan yang datang pada hatimu,maka yang demikian itu Allah s.w.t. ingin menyatakan kepada kamu,siapa kamu di sisiNya. Syukurlah jika kamu menyedarinya dan kamu mahu kepada perubahan. Kerana tidak semua orang yang mampu untuk merasai kekurangan dirinya.
Siapa pula golongan yang kedua itu?.
Jika kamu hendak mengenalinya,maka itulah dia orang-orang yang baik agamanya yang dikatakan a'bid ( golongan yang suka berbuat ibadah ). Jika ia mengekali atas hal ini,maka beruntunglah dia. Tapi adakah cukup sampai di situ?. Tidak !!!. Kita lihat pula ada satu lagi golongan yang terlebih tinggi. Dan ketinggian di antara mereka pun berbeza mengikut kadar masing-masing.
Dalam suasana semua orang bergembira menyambut hari lembaran ini,ada juga insan pilihan Allah yang bersedih. Bersedih tidak hanya kerana pemergian ramadhan. Itu bagi mereka dah menjadi peraturan pusingan masa mengikut ketentuan Allah yang mengatur seluruh alam. Tetapi mereka bersedih bercampur dengan perasaan takut. Iaitu sedih dan takut,apabila membayangkan,bagaimana jika amal sepanjang ramadhan itu tidak diterima oleh Allah s.w.t.
" Jangan kamu gembira sangat menyambut hari raya ni jika kamu tidak yakin bahawa Allah Ta'ala ampunkan dosa kamu walaupun kamu diberi kesempatan untuk berada pada ramadhan ".
Tidak kerana lain,melainkan kerana takut dengan murka Allah yang berpanjangan atasnya. Kerana barangsiapa yang tiada mendapat ampunan Allah,maka tiada diterima amalnya. Bagaimana amal yang tiada diterima itu boleh menjadi bekal untuk kemudian hari.
Maka marilah kita sama-sama memerhatikan sungguh-sungguh dosa-dosa kita dengan Allah yang terlalu banyak ini dan segera kita mencari jalan supaya pintu taubat terbuka untuk kita sebelum kita mengakhiri hidup ini. Sentiasa ikutilah majlis-majlis peringatan atau program tarbiyyah oleh guru-guru yang boleh membawa hati kita kepada Allah sekaligus menjinakkan hati kita denganNya.
Wassalam .
Daripada
Us Adam Said
Ketua DPPKB.
1 ulasan:
Selamat hari raya kepada saudara Pemuda Besut juga. Terimakasih kerana membuat pautan. Salam
Catat Ulasan