Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

22 Apr 2009

PRK N12 DUN Penanti (06) ~ Kedudukan kerusi DUN Penanti diumum Isnin ini

image
PUTRAJAYA — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan mengenai kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Penanti, Pulau Pinang, Isnin ini.

Pegawai Perhubungan Awam SPR, Sabri Said berkata, Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan membuat pengumuman itu pada sidang media yang akan diadakan pada Isnin ini, jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR di sini.

“SPR yang bermesyuarat hari ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan kekosongan kerusi N.12 Penanti, Pulau Pinang.

“Berkaitan dengan perkara tersebut, sidang media oleh pengerusinya yang sepatutnya diadakan pada Jumaat ini, telah ditunda kepada Isnin depan (27 April 2009) di Ibu Pejabat SPR di sini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

21 Apr 2009

Memorandum ADUN mengenai salah laku MB Terengganu





Sumber: mampat.blogspot.com/

Toyota Camry yang diguna Exco Pakatan Rakyat Perak dilelong

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco Pakatan Rakyat ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.

Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan tahun ini.

Kenyataan tender itu turut menyebut, semua kenderaan itu adalah baru yang digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam tempoh jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Selain itu ia turut menyebut kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan, cermin 'tinted' yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kejadian kemalangan.

Bagaimanapun, difahamkan kereta rasmi yang bernombor pendaftaran AGS10 yang digunakan oleh YAB Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak akan dilelong kerana beliau dikatakan telah membuat tempahan membeli kereta tersebut.

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Mereka yang ingin membeli kenderaan berkenaan perlu menghantar kembali surat tawaran tender itu sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini. Mstar.

Mahathir nasihat Najib bersihkan nama

DEMONISATION - chedet.co.cc

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membersihkan namanya di mata rakyat Malaysia berhubung gerakan bersepadu media barat memburukkan imejnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dalam blognya, Dr Mahathir menulis bahawa Najib perlu menerima hakikat yang serangan media asing terhadap peribadinya akan berterusan dan mengingatkan beliau perkara yang penting ialah ”apakah pandangan rakyat” Malaysia terhadap kempen itu.

Beliau berkata, agak sukar baginya menerima hakikat bahawa kegiatan media barat untuk memburukkan-burukkan Najib itu satu kebetulan kerana ia dilakukan secara beramai-ramai dan serentak.

”Dari Perancis ke Britain hingga ke Australia, laporan-laporan yang disiarkan adalah seiras dan membawa mesej yang sama – Perdana Menteri baru Malaysia adalah seorang yang rasuah dan terbabit dalam satu kes pembunuhan,” kata Dr Mahathir.

Malah dalam hubungan ini, beliau mendedahkan seorang penulis Australia sanggup menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara ”pariah” .

Beliau berkata laporan-laporannya media barat itu mendakwa Najib juga dikatakan akan membawa balik ideologi pemerintahan yang digelar sebagai ”Mahathirisme”

”Melalui slogan Mahathirisme media barat cuba hendak mengatakan bahawa saya sebagai Perdana Menteri keempat adalah seorang diktator yang memenjarakan orang tanpa sebab, menyalahgunakan badan kehakiman dan memanipulasi akhbar di Malaysia,” kata beliau.

Dr Mahathir menyatakan bahawa sebagai orang yang dibabitkan, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk membuat kesimpulan mereka sendiri dan mentakrifkan maksud ”Mahathirisme”.

Beliau menegaskan isu ini adalah antara perkara utama yang Najib perlu beri perhatian.

Dr Mahathir juga menulis bahawa media barat mempunyai agenda mereka sendiri dan rakan-rakan mereka di Malaysia menyalurkan maklumat anti-Najib kerana khuatir Najib akan menamatkan kawalan mereka ke atas media.

”Najib akan terus dimomokkan oleh media barat tapi apa yang penting ialah apakah pandangan rakyat Malaysia. Hanya di mata merekalah Najib perlu membersihkan namanya,” tegas Dr Mahathir.

Waran Tangkap Mat Sabu Dibatalkan



Mahkamah Majistret Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang membatalkan waran tangkap ke atas Naib Presiden PAS, Hj Mohammad Sabu bersama sembilan yang lain pagi ini.

Majistret Nor Ashikin Mokhtar membatalkan waran tanpkap itu setelah berpuashati penjelasan daripada peguambela selain dari kehadiran Mohd Sabu dan sembilan yang lain di mahkamah pagi tadi.

Semalam Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mohamad Sabu, 53, dan sembilan penyokongnya Zamarul Aini Abdul Malek, 37; Zainal Azrun Zainal Abidin, 35; Abdul Rahim Mat Ariff, 58; Md Lazim Osman, 50; Mohd Biyamin Ishak, 44; Fauzi Saharat, 44; Abdul Razak Ramli, 42; Mohd Subri Mohd Said, 42; dan Mohamad Salleh, 47; didakwa menghalang Supt Mohd Nasir Salleh daripada menyerahkan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur terhadap pemimpin PAS itu.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran plaza tol Bukit Tambun di Lebuhraya Utara Selatan pada kira-kira pukul 7.45 malam, 9 Disember 2007

PAS Wilayah Tidak Tolak Hadi! Kenyataan Penuh SU PAS Wilayah

Saya selaku Setiausaha Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan kecewa dengan tindakan wartawan Malaysiakini, Jimadie Shah Othman dalam artikelnya yang bertajuk “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang mana beberapa kenyataan saya turut digunakan disitu dan dimanipulasikan dengan niat yang subjudis terhadap proses pemilihan kepimpinan parti peringkat Wilayah Persekutuan.

Adalah dengan ini saya meminta agar pihak Malaysiakini tidak membuat spekulasi melampau terhadap keputusan mesyuarat agung peringkat kawasan di Wilayah Persekutuan.

Saya tidak menafikan bahawa sehingga kini sebanyak 9 kawasan telah mengadakan mesyuarat agung. Mengikut tradisinya, kebiasaanya Perwakilan mesyuarat agung kawasan akan menyerahkan mandat bagi membuat pencalonan untuk Jawatan Peringkat Pas Pusat kepada kepimpinan Pas Kawasan yang baru dilantik.

Walaubagaimana pun, Pas Titiwangsa telah memecahkan tradisi ini bila mana ada perwakilan mahu beberapa jawatan peringkat tertinggi parti dicadangkan untuk dipilih dalam mesyuarat Agung termasuklah bagi jawatan Presiden.

Kedua-dua tindakan perwakilan ini tidak bercanggah dengan perlembagaan dimana perwakilan boleh mengunakan kuasa mereka untuk menentukan calon dalam mesyuarat agung atau sebulat suara memberikan mandat kepada Kepimpinan yang baru.

Andaian bahawa ke semua kawasan ‘keberatan’ untuk menamakan calon bagi jawatan Presiden adalah tidak benar dan berniat jahat. Hakikatnya saya menegaskan bahawa pencalonan bagi jawatan berkenaan sedang diteliti oleh kawasan dan itu adalah tanggungjawab mereka untuk menamakan siapa pemimpin yang mereka suka. Tidak timbul isu menolak kepimpinan presiden sekarang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti yang digembar-gemburkan oleh Malaysiakini.

Dimaklumkan juga bahawa semua pencalonan dari kawasan diserahkan terus kepada Jawatankuasa Pemilihan diperingkat Pas Pusat tanpa perlu melalui Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan dan saya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan hanya menyelaraskan jadual mesyuarat Agung kawasan-kawasan sahaja.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/Hedzer.jpgMedia jangan siarkan kenyataan yang tidak sahih

Seterusnya saya ingin merujuk kepada perenggan berikut;

“Mengenai hasrat PAS Bukit Bintang mencalonkan Nik Aziz bagi jawatan presiden, seorang pemimpinnya berkata, pihak mahu menjadi “pencetus” kerana terdapat banyak lagi kawasan yang mempunyai hasrat yang sama, tetapi masih “berdiam diri”.”

Saya melihat bahawa ini adalah satu lagi tindakan tidak bertanggungjawab pihak media untuk mempengaruhi dan menganggu perjalanan mesyuarat agung di Wilayah Persekutuan. Berdasarkan etika dan tanggungjawab pengamal media, Malaysiakini tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan atau pandangan yang subjudis tanpa menyatakan siapakah yang mengeluarkan pandangan itu. (Gambar kanan - Hedzer)

Dengan menggunakan pengenalan diri seperti ’seorang pemimpinnya’, ’sumber dalaman’, ‘pimpinan utama’ dan sebagainya tanpa menyatakan nama orang yang bertanggungjawab disebalik gembar gembur politik itu, saya melihat ianya hanyalah sekadar satu andaian dan propaganda media yang tidak beretika.

Seharusnya kenyataan sedemikian tidak disiarkan kerana ianya bukanlah maklumat sahih dan boleh mendorong tanggapan negatif terhadap Pas Wilayah Persekutuan sekaligus menganggu perjalanan Mesyuarat Agung diperingkat Kawasan dan Dewan-dewan yang lain.

Malaysiakini kena tarik balik, hormati Mursyidul Am Pas

Saya menegaskan bahawa saya menolak artikel “PAS Wilayah tolak Hadi?” yang disiarkan oleh Malaysiakini dan meminta agar ianya ditarik balik kerana terlalu banyak manipulasi dan fakta-fakta yang tidak sahih digunakan dalam artikel berkenaan.

Saya juga ingin memperingatkan kepada semua pihak agar menghormati kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat berhubung isu pro-muzakarah dengan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”). Diharapkan isu ini tidak dibangkitkan lagi sesuai dengan penegasan Mursyidul Am bahawa tidak wujud kumpulan-kumpulan seperti yang digemburkan media.

Itu hanyalah persepsi sesetengah pihak yang bukan dilaungkan oleh majoriti ahli dan pimpinan. Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam Pas, begitu juga parti-parti politik lain.

Wujudnya kumpulan pro-muzakarah dan pro-Pakatan (atau “kumpulan Erdogan”) hanyalah persepsi terpencil yang diperbesarkan media dan sebenarnya ia tidak wujud seperti yang dinyatakan oleh Mursyidul Am, yang ada hanyalah ahli Pas dan penyokong Pas sahaja.

Diharapkan agar pihak media, terutamanya Malaysiakini berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat penulisan agar tidak mencetuskan spekulasi atau gossip semata-mata untuk menaikkan rating pembaca mereka. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakkan undang-undang jika terdapat kenyataan saya yang dimanipulasi oleh media sehingga menyebabkan ahli-ahli Pas Wilayah Persekutuan sangsi akan kredibiliti saya sebagai salah seorang pimpinan yang diberi amanah.

Hedzer Ibrahim
Setiausaha
Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan

ISLAM BUKAN MILIK ORANG MELAYU SAHAJA



Nga kecewa isu ayat Al Quran dipolitikkan - TVPAS


Semasa saya berada di tingkatan 3, saya pernah hadir mendengar ceramah kempen pilihanraya umum (PRU?) di Kuantan, Dato Lim Ah Lek - BN-MCA (masa tu beliau adalah Ahli Exco Pahang/ADUN) juga memetik ayat Al- Quran minta orang Melayu jangan berpecah belah. Dalam keadaan pelat beliau membaca ayatBerpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, jangan kamu berpecah belah (Ali Imran 103)

Tidak ada report polis dibuat... tak ada media nak sensasikan... tak ada mufti yang komen.
Hari ini gempar ucapan Ahli Parlimen DAP Nga Khi Ming yang memetik ayat Al Quran. Terjemahan: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku Adil dan berbuat baik (An-Nahl: 90)

Tidak ada unsur mempersendakan ayat Al-Quran, sekadar untuk mengigatkan manusia supaya berlaku adil sementelah lagi Islam sangat menitik beratkan soal keadilan. Walaupun pelat namun ia mesti dilihat dari sudut yang positif. Apabila non muslim dah mula menghafal ayat Al-Quran dan membacanya didepan khalayak, maknanya non muslim dan mula menelaah Al-Quran.. Bimbing dan doakan mereka mudah mudahan mereka akan memilih Islam akhirnya.

Dulu kita canangkan DAP anti Islam... namun kini bila mereka mula nak cuba mengenali Islam kita anggap mereka menghina Islam pulak.

Lebih malang lagi bila ada mufti yang membuat komen seolah olah Islam ni adalah hak ekslusif orang melayu. Lain dari melayu dak berhak untuk berjinak dan mengenali Al-Quran. Berjinak jinak dengan Al-Quran dianggap menghina Islam. Sebenarnya sikap golongan agama (ortodok) yang menyebabkan orang kafir makin jauh daripada Islam dan orang Islam berebut untuk murtad.

Apabila pemimpin negara terang terangan menghina Islam, golongan yang makan atas tapak tangan pemimpin ini tak berani memberikan komen. Lihat antara ucapan dibawah...

Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997

"Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam".

Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".

(Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Apabila tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".

Dato' Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99
'Apa erti negara Islam jika mundur'.

ZAMBRY PEROLEHI PERINTAH YANG TIDAK LAKU

Oleh: Hanipa Maydin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

a. Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Perintah tersebut juga tidak memadam, membatalkan atau mengenepikan sebarang keputusan yang dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa pentadbiran.)

b. Memandangkan Zambry dan enam exconya hanya memperolehi perintah deklarasi, perintah tersebut tidak meletakkan sebarang tanggung jawab (impose an obligation) ke atas Sivakumar untuk mematuhinya kerana dari segi rekod di dalam DUN di Perak, perintah penggantungan tersebut masih wujud selagi tidak dipadam oleh Mahkamah (not quashed by the court).

Untuk memudahkan kefahaman umum, saya berikan contoh berikut:

Kita ambil satu kes misalnya seorang menyaman Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana mengekalkan nama di dalam kad pengenalannya sebagai Ali bin Abu sedangkan beliau mendakwa telah menukar agama dan memohon namanya ditukar kepada John Abraham.

Katakan beliau meminta satu perintah deklarasi bahawa tindakan atau keputusan JPN yang tidak menukar namanya kepada John Abraham adalah tidak sah.

Katakan Mahkamah bersetuju dengan beliau dan mengisytiharkan bahawa keputusan atau tindakan JPN adalah tidak sah dan Mahkamah juga mengisytiharkan nama beliau adalah John Abraham. Maka persoalan yang timbul adalah, adakah JPN wajib menukar namanya kepada John Abraham selepas beliau mendapat perintah perisytiharan tersebut?

Dari segi undang-undang, JPN tidak wajib menukar namanya kepada John Abraham kerana Mahkamah hanya mengisytiharkan tindakan JPN adalah tidak sah tanpa memerintahkan nama Ali bin Abu dipadam dan ditukar kepada John Abraham.

JPN hanya wajib menukar nama Ali bin Abu kepada John Abraham jika pemohon mendapat perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan/memadam (quash) keputusan JPN tersebut dan selanjutnya perintah mandamus iaitu perintah mengarahkan JPN menukar nama beliau dari Ali bin Abu kepada John Abraham.

Selagi tidak ada perintah 'certiorari' dan perintah mandamus tersebut maka nama beliau akan kekal di dalam kad pengenalan sebagai Ali bin Abu meskipun Mahkamah mengisytiharkan namanya John Abraham.

c. Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

d. Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Ada dua sebab mengapa mereka tidak berbuat demikian.

Sebab Pertama adalah peguam Zambry sendiri secara jelas mengakui semasa penghujahan di Mahkamah Persekutuan bahawa Zambry tidak boleh memohon perintah 'certiorari' dan mandamus kerana kedua-dua perintah tersebut tidak boleh dipohon di dalam kes ini disebabkan doktrin pengasingan kuasa (separation of powers).

Dengan lain perkataan peguam Zambry mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa, Mahkamah tidak boleh memerintah Sivakumar sebagai Speaker untuk sama ada memadamkan keputusannya atau membenarkan Zambry masuk dan hadir di dalam persidangan DUN Perak.

Hatta jika kita lihat kepada 10 perintah yang Zambry pohon kesemuanya adalah perintah berbentuk perisytiharan sahaja. Malahan Mahkamah juga tidak membenarkan perintah perisytiharan supaya beliau dan enam exconya untuk masuk, menghadiri dan mengambil bahagian di dalam sidang DUN Perak.

Sebab kedua adalah Zambry dan enam exconya telah tersalah memilih prosedur Mahkamah. Jika beliau ingin memohon perintah 'certiorari' dan mandamus, beliau perlu membuat permohonan semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya melalui Saman Pemula seperti yang mereka buat.

Memandangkan mereka telah tersalah prosedur maka mereka dengan berat hati terpaksa berpuas hati dengan perintah perisytiharan yang tidak membawa apa-apa makna.

Atas dasar itu juga peguam Sivakumar juga telah berhujah bahawa perintah perisytiharan yang Zambry pohon sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah dan meminta Mahkamah tidak melayan perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry tersebut.

Hujah peguam Sivakumar adalah berasaskan apa yang dinyatakan di dalam kes Fan Yew Teng vs Government of Malaysia di mana Mahkamah telah menerima pakai apa yang dinyatakan oleh Erskine May di dalam buku Parlimentary Procedure (17th Edition) di mana penulis telah menyatakan:

"The decisions of the court are not accepted as binding the house in matters of privilege, nor the decision of the House by the courts."

(Keputusan Mahakamh tidak diterima sebagai mengikat Parlimen atau DUN di dalam perkara menyentuh keistimewaan, begitu juga keputusan Parlimen atau DUN tidak mengikat Mahkamah.)


Mengapa? Mungkin pembaca bertanya mengapa Mahkamah membenarkan juga perintah yang tidak berfaedah tersebut? Jawapan mudah saya adalah ia hanyalah perintah untuk mengambil hati Umno. Perumpamaan yang mudah, ia adalah ibarat hadiah saguhati kerana menyertai pertandingan.

Jenis Umno ini, kita beri mereka wang satu sen pun mereka melonjak gembira sedangkan satu sen boleh beli apa?

Seperkara lagi yang saya perlu kongsi di sini adalah mengenai sidang DUN di bawah pokok yang diadakan pada 3 Mac 2009. Isu keabsahan (validity) persidangan di bawah pokok tersebut juga merupakan salah satu isu yang dirujuk oleh Zambry ke Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak.

Isu yang dirujuk adalah sama ada sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 adalah sah apabila ianya dibuat tanpa perkenan Sultan Perak.

Selepas mendengar hujah peguam Zambry dan peguam Sivakumar, Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak membuat apa-apa keputusan terhadap isu keabsahan sidang DUN di bawah pokok pada 3 Mac 2009 tersebut. Secara tersirat kita boleh menyimpulkan bahawa Mahkamah bersetuju bahawa sidang DUN di bawah pokok adalah sah.

Memandangkan tiada perintah Mahkamah yang membatalkan keputusan sidang bawah pokok, Umno terpaksa menerima hakikat berikut:

a. Persidangan DUN di bawah pokok telah mengesahkan (endorsed) keputusan Sivakumar yang menggantung Zambry dan enam exconya selama 18 bulan dan 12 bulan.

b. Dengan pengesahan tersebut maka keputusan penggantungan tersebut adalah sah dan masih mengikat Zambry dan enam exconya yang lain.

c. Di dalam samannya Zambry mengatakan keputusan Sivakumar adalah tidak sah kerana keputusannya tidak disahkan oleh DUN Perak. Memandangkan sidang DUN Perak pada 3 Mac 2009 telah mengesahkan keputusan Sivakumar yang dibuat pada 18 Februari 2009 dan memandangkan Mahkamah Persekutuan tidak membuat apa -apa keputusan yang mengisytiharkan sidang bawah pokok adalah tidak sah, maka keputusan DUN Perak di bawah pokok adalah sah dan mengikat Zambry serta enam exconya.

d. Apa yang Mahkamah putuskan hanya melibatkan keputusan Sivakumar pada 18 Februari dan bukannya keputusan DUN Perak pada 3 Mac 2009.

Kesimpulannya Umno hanya dapat perintah Mahkamah yang tidak membawa apa-apa faedah.

Nota: Hanipa Maidin ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat dan ahli panel penasihat undang-undang, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin.- tajdid_

20 Apr 2009

Tanam pokok bawah pokok ?

Bercerita kepada ana kecil dengan tajuk ringkas seperti diatas, komen pertamanya "mana boleh". namun itu sudah jadi kenyataan akibat ketakutan yang amat sangat kepada usaha untuk membangunkan kembali "PlakDemokrasi" yang dimusnahkan suatu masa dulu.

Kerana itulah Majlis bandaraya Ipoh (MBI) pada pagi 18April lepas telah "menanan pokok bawah pokok" seperti gambar- gambar yang saya paparkan ini.



Penyokong MB dakwa Idris Jusoh terlibat

Malaysiakini melaporkan Setiausaha Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan mendakwa bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh terbabit secara langsung dalam kemelut politik yang melanda Terengganu sekarang.

Beliau mendakwa, Idris kecewa kerana tidak dilantik menjadi menteri besar Terengganu selepas pilihanraya umum lalu.

“Semua ADUN yang mahu menyingkirkan Ahmad merupakan orang Idris kerana mereka dipilih oleh bekas menteri besar itu untuk bertanding dalam pilihanraya umum lalu.

“Ditambah pula dengan ramai penyokongnya kalah dalam pemilihan Umno di peringkat bahagian tahun lalu.

“Datuk Rosol Wahid kalah, (Datuk) Din Adam kalah... orang-orang inilah yang tidak puas hati dengan menteri besar,” katanya yang merupakan penyokong kuat Ahmad.

Rosli yang juga ketua Umno bahagian Dungun berkata, mereka juga bersikap tidak mahu bersemuka untuk berbincang Ahmad bagi menyelesaikan isu yang mereka tidak puas hati itu.

Katanya, 10 ADUN berkenaan tidak pernah datang untuk menghadiri mesyuarat pra-majlis anjuran Umno negeri, sebelum sidang DUN bermula.

Dasar terbuka

“Mereka tidak mahu menerima Ahmad sebagai ketua, sepatutnya orang bawah mesti sokong orang atas.

“Soal pelantikan menteri besar ia dibuat berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri,” katanya.

Rosli juga menolak dakwaan pengerusi kelab penyokong BN Terengganu, Datuk Rosol Wahid bahawa Ahmad sukar ditemui.

Beliau berkata, menteri besar itu mengamalkan dasar terbuka dan sesiapa sahaja boleh bertemu dengannya.

“Orang kampung selalu penuh di pejabatnya. Telefon saja nak bertemunya, bukan payah sangat,” katanya.

Selasa lalu, 10 ADUN BN tidak menyertai sidang DUN atas dakwaan keselamatan mereka terancam setelah tiga daripada mereka menerima SMS berunsur ugutan.

Katanya, kumpulan ADUN BN mahu menyingkirkan menteri besar, kerana kecewa mereka kalah dalam pemilihan Umno bahagian tahun lalu.

Eli kunjungi Nik Aziz dengan imej baru

KOTA BHARU: Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.

Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.

Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.

"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.

Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.

Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.

Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.

Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli.- Hamdan MS

[ Mengikut sumber juga, tujuan Eli berjumpa dengan TGNA untuk meminta pendapat tentang hajatnya untuk memeluk Islam. Sama-sama kita berdoa agar 'khabar angin' menjadi kenyataan]

MB Pahang Di Arah Bayar Saman RM63 Juta




KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan perintah mandamus syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Sdn Bhd, dikeluarkan terhadap Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, bagi mengarahkannya membayar bayaran penghakiman berjumlah RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian kedua-dua pihak.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman dalam keputusannya mengarahkan pihak responden iaitu menteri besar melunaskan bayaran berkenaan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

20 DALIL MENGAPA (ISA) ITU HARAM.





Catatan Amy Search mengenai Tok Guru Nik Aziz

Aku dan Tok Guru

Aku sebenarnya terpinga-pinga dan “fonkius” tentang berita yang disensasikan mengenai aku masuk PAS dan kemudiannya tentang aku nafi masuk PAS. Adakah hanya kerana aku hadir dalam suatu majlis sebagai seorang artis di majlis anjuran PAS, yang juga dihadiri oleh Tok Guru Nik Aziz menjadikan aku seorang ahli parti secara automatik? Adakah juga hanya kerana kehadiran Tok Guru menjamu selera di Restoran Cheng Ho dan kehadiran rakan-rakan sepemergian bersama aku ke Tanah Suci di open house hari raya aku menjadikan aku seorang penyokong PAS? Amende lah lu orang ni..

Sampaikan Siti Nurhaliza dan suami juga terpaksa membuat penafian berbagai-bagai hanya kerana hadir menziarahi Tok Guru yang kurang sihat. Ek eleh..

Secara jujurnya, aku melihat Tok Guru bukan sebagai seorang ahli politik tetapi sebagai seorang tokoh ulama yang aku hormati dan aku segani. Dalam setiap perbualan dengan Tok Guru dan dalam mendengar nasihat dan pendapat yang beliau kemukakan, hati aku sentiasa sayu dan tersentuh. Pada aku, he is such a great man..

Untuk kesekian kalinya - aku seorang artis profesional yang akan hadir membuat persembahan di mana-mana majlis yang mengundang. Aku bukanlah ahli kepada mana-mana parti politik. Aku menghormati semua tokoh-tokoh politik yang ada. Seperti mereka, yang punya tanggungjawab untuk berpolitik dalam menentukan masa depan kita, aku juga punya tanggungjawab untuk menyanyi dan membuat persembahan. Can we not just leave it at that?

Blog Amy Search.. (link)

19 Apr 2009

TG Nik Aziz dicalonkan sebagai Presiden PAS

Selepas lima kawasan PAS diketahui tentang pencalonan mereka, kini ada lima nama dicalonkan sebagai timbalan presiden PAS.

Kesemua mereka menamakan orang berlainan untuk jawatan berkenaan.

Mereka yang dicalonkan adalah penyandang Nasharudin Mat Isa (Batu), Datuk Husam Musa (Kelana Jaya), Datuk Seri Azizan Razak (Temerloh), Datuk Dr Haron Din (Selayang) dan Haji Mohamad Sabu (Bukit Bintang).

Sementara itu, Bukit Bintang hari ini membuat kejutan apabila mencalonkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai calon presiden PAS.

Sebelum ini, keempat-empat kawasan yang telah membuat keputusan mencalon Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Untuk jawatan naib presiden pula, Husam dan Datuk Seri Nizar mendapat empat pencalonan, Mohamad Sabu (tiga) dan Nasharudin, Taib Azamudin, Mohamed Hanipa Maiden serta Datuk Nik Amar masing-masing mendapat satu pencalonan.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.