Dialog antara kerajaan negeri Selangor penduduk Seksyen 23 Shah Alam hari ini menyaksikan Menteri Besar Khalid Ibrahim setuju untuk mencari kawasan alternatif bagi kuil Maha Sri Mahariamman.
Dalam dialog anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini, Khalid berkata kerajaan negeri akan melihat semula rancangan perpindahan kuil tersebut dari Seksysen 19 ke Seksyen 23, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaian secepat mungkin.
Beliau meminta semua pihak untuk berhenti bertelagah sehingga kerajaan negeri selesai menemui semua pihak bagi memperhalusi keluhan dan cadangan masing-masing.
Selain dari Khalid, turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail, Datuk Bandar Mazalan Md Noor dan Pengarah PKNS Othman Omar.
Saranan ini disambut baik oleh sebahagian dari 300 penduduk yang hadir, namun ada pihak yang masih tidak berpuas-hati dan melontarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.
Dialog yang sepatutnya bermula dengan matang bertukar tegang apabila ada individu tertentu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis dan para peserta dialog.
Baru sahaja dialog bermula, individu-individu terbabit naik keatas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang diiring pegawai MBSA keluar dari dewan tersebut supaya dialog dapat diteruskan dengan aman.
Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila ada individu-individu yang mencelah dan menjerit-jerit ketika Ahli Parlimen Khalid Samad cuba menjawab soalan dari penduduk.
Perjalanan dialog terus diganggu apabila giliran Rodziah Ismail di podium diselang-seli dengan laungan 'tipu, tipu, tipu' dari individu-individu terbabit.
Bahkan keadaan bertambah tegang apabila mereka turut menghina seorang penduduk etnik India. Pegawai MBSA terpaksa campurtangan bagi meleraikan ketegangan.
Perjalanan dialog terus terganggu dengan individu-individu yang terkinja-kinja melahirkan kemarahan di atas kerusi, lantai sehingga ke podium yang menempatkan panelis.
Mereka juga menuntut supaya media dihalang dari melaporkan prosiding dialog hari ini.
Melihatkan tiada keputusan dapat dibuat dalam dialog hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri mengiringi Menteri Besar keluar dari dewan tersebut. Dialog ini berakhir kosong sebagaimana ia bermula. TVA
TV ONLINE
5 Sep 2009
Dialog Seksyen 23: Khalid Setuju Alternatif Baru
Kepala Lembu Berdarah: terima kecaman antarabangsa.

Pengerusinya (bhg. Polisi Awam) Ishani Chowdhury dalam nada kesal mendesak pihak Polis segera mengenal pasti dan bertindak ke atas kumpulan provokasi terbabit.
Jelasnya, lembu merupakan simbol kesucian, kasih sayang dan keamanan (ahimsa) menurut kepercayaan Hindu.
Sambil mendakwa tindakan terbabit berunsur ekstrem, perkauman serta menafikan hak minoriti penganut Hindu di Malaysia, beliau mendakwa Malaysia cuba mendiskriminasikan rakyat minoriti.
Tambahnya lagi, insiden itu mengakibatkan suasana tidak tenteram dalam kalangan penduduk tempatan yang beragama Hindu.
Dalam teks rasminya, Ishani berharap kerajaan persekutuan mengambil langkah perlindungan hak ke atas penduduk tempatan beragama Hindu dengan memindah Kuil Sri Mariammam ke tapak yang dicadangkan (Seksyen 23) serta membawa semua yang terbabit ke muka keadilan.
Jumaat lepas, kira-kira 50 orang mengarak kepala lembu berdarah ke pejabat Menteri Besar Selangor, bangunan SUK ekoran cadangan kerajaan negeri membina kuil di kawasan mereka.
Salah seorang jurucakap perhimpunan ‘haram’ itu mendakwa kepala lembu berdarah itu adalah suatu simbolik pada pemimpin dicucuk hidung; yang ditujukan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu 23 Rodziah Ismail serta pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang lain.
Pun begitu, kebanyakan daripada mereka dikenal pasti adalah pemimpin-pemimpin Umno tempatan; sekaligus melengkapkan rumus khalayak bahawa insiden tersebut bertujuan menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Kekesalan HAF ini merupakan respon balas pertama penganut Hindu antarabangsa, setelah Polis memaklumkan bahawa pihaknya menerima lebih 52 aduan daripada penganut Hindu Malaysia sejak 31 Ogos lepas -END
4 Sep 2009
3 Kerusi Katak di Perak bakal kosong??
Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertindak di luar bidang kuasa dan peranannya kerana enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.
Peguam, Datuk S.Ambiga menyifatkan sebagai tidak sah dan tidak rasional keputusan SPR bahawa ketiga-tiga kerusi itu tidak kosong akibat pelantikan jawatan ketiga-tiga penyandangnya seperti yang diputuskan oleh Speaker ketika itu, V.Sivakumar.
“Responden keempat (SPR) telah mengambil kuasa dan hak Speaker bagi menentukan bahawa peletakan jawatan berlaku,” katanya di hadapan Hakim Lau Bee Lan di kamar.
Ambiga yang juga bekas Presiden Majlis Peguam, berhujah mewakili Sivakumar dalam permohonannya bagi satu semakan kehakiman untuk mengarahkan SPR supaya mengisytiharkan kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong dan mengadakan pilihan raya kecil.
Sivakumar menamakan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Adun Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dan SPR sebagai responden.
PRK lagi..; ADUN BN Bagan Pinang N.9 meninggal dunia | PKFZ
Nampaknya negara akan menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil iaitu pilihanraya kecil yang ke-9 apabila ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd Noor meninggal dunia sebentar tadi.
DUN Bagan Pinang terletak di dalam kawasan Parlimen P132 Telok Kemang.
Pada pilihanraya umum yang ke 12, Azman memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan Ramli Ismail dari Pas dengan majoriti 2,333 undi. Beliau memperolehi 6,430 undi manakala Ramli pula 4,097 undi.
Kawasan tersebut mempunyai komposisi 66% pengundi Melayu; 19.9% India; 10.5% Cina dan 3.5% lain-lain kaum.
Menurut laporan awal, kematian Azman adalah disebabkan serangan jantung. Beliau dilaporkan meninggal dunia pada jam 2.30 petang. Azman berusia 55 tahun.
Kerusi DUN Bagan Pinang secara tradisinya adalah kubu BN. Sebelum ini calon BN, Mohd Faizal Ramli memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 4,411 undi. - Mstar
* Jika UmnoBN kalah di sini. Pakatan Rakyat cerah perintah Malaysia selepas pilihanraya umum akan datang.
N31 BAGAN PINANG 2008
Jumlah Pengundi: 14,192
Peratusan Kaum: M: 66% C: 10.5% I: 19.9% L: 3.5%
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)
Majoriti: 2,333
Jumlah undi: 10,911
Peratus mengundi: 76.88%
Undi rosak: 384
Penyandang: Mohd. Faizal Ramli (BN)
(Majoriti: 4,411 undi)
Idris dan Rosol tidak hadir program Muhyiddin di Kuala Berang | PKFZ
Bekas MB Terengganu yang juga bekas pengerusi perhubungan umno Terengganu Idris Jusoh dan Adun Ajil tidak hadir dalam majlis bersama timbalan presiden umno TS Muhyiddin Yassin petang tadi di Kuala Berang.
Muhyiddin dalam rangka lawatan ke Terengganu, petang ini telah mengesahkan bahawa memang ada krisis dalam umno Terengganu sekaligus menafikan dakwaan pengerusi umno negeri Hishammuddin Hussein sebelum ini yang bertegas tiada krisis dalaman umno negeri ini.
Kehadiran Muhyiddin ke Ke Kuala Berang selain berbuka puasa di Masjid Mahmudiah, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan umno negeri di bangunan Umno Hulu Terengganu..
Sebagai Adun yang terletak didalam Parlimen Hulu Terengganu secara protokolnya Rosol Wahid sepatutnya hadir dalam majlis bersama timbalan Presiden dan Pengerusi Umno Terengganu itu.
Selain daripada Idris dan Rosol, sebahagian besar adun BN (geng 10) juga tidak kelihatan dalam majlis di Kuala Berang itu.
Mungkin melihat kegagalan Hishammuddin yang tidak mampu menyelesaikan kemelut Umno Terengganu yang sudah ditahap kritikal itu, Muhyiddin telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengambilalih peranan mendamaikan peperangan antara kedua belah pihak tersebut. - penawarrindu
The Malaysian Insider: Hanya beberapa Adun sertai majlis Muhyidin
Bernama: Muhyiddin Tawar Diri Jadi Orang Tengah Di Terengganu
3 Sep 2009
600 Ahli MCA Bakal Sertai PKR - Perak
Lebih 600 ahli MCA dari negeri Perak dijangka menyertai Parti Keadilan Rakyat pada satu majlis di Ipoh Sabtu ini.
Bekas ahli parlimen Lumut dari MCA Dr. Yap Yit Thong berkata kebanyakan ahli MCA itu adalah anggota perwakilan dari beberapa bahagian di negeri itu terutamanya dari Lembah Kinta.
Menurut Dr. Yap kebanyakannya adalah ahli MCA dari bahagian Ipoh Barat, Ipoh Timur, Kampar, Tambun dan Batu Gajah iaitu di Lembah Kinta manakala yang lainnya dari Taiping dan Lumut.
Beliau berkata perkembangan mutakhir parti itu terutama pergeseran antara presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat dan timbalannya Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mendorong mereka ma engambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.
"Mereka datang secara sukarela, dan dengan sukerela menerima falsafah perjuangan PKR. Mereka percaya sistem dua parti adalah jalan penyelesaian terbaik mengatasi kecelaruan politik hari ini," kata Dr. Yap.
Dr. Yap berkata mereka kecewa dengan pergolakan dalaman parti itu yang jelas mencemar nama baik parti yang mereka sertai sejak sekian lama itu.
Katanya mereka akan diperkenalkan kepada pemimpin tertinggi PKR terutama Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat pada satu ceramah umum di Ipoh , Sabtu ini.
Dr. Yap yang menyertai PKR bulan lalu bersama-sama bekas naib presiden MCA Datuk Chua Jui Meng berkata semua ahli terbabit menyertai parti itu secara sukarela tanpa mengenakan sebarang janji atau syarat terhadap kemasukan mereka.
Beliau juga berkata kebanyakan ahli yang ditemuinya sedang memerhatikan perkembangan yang akan berlaku pada mesyuarat agung tergempar MCA tidak lama lagi.
Dr. Yap berkata mereka sudah bertekad untuk meninggalkan parti itu tanpa mengambilkira samada keputusan itu berpihak kepada Ong atau Dr. Chua. TVA
Kapalselam 'Altantuya' Scorpene Pertama Tiba Di Pelabuhan Kelang
Kapal Selam punca kematian Altantuya sudah sampai - cheguBard
Pagi ini Sejarah tercipta buat negara dengan ketibaan kapal selam pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Tunku Abdul Rahman, di pangkalan KD Sultan Abdul Aziz Shah, di Pulau Indah di Pelabuhan Kelang hari ini.
Ketibaannya disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang disertai Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Azizan Ariffin, Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan juga anggota keluarga anak kapal KD TAR.
Memang selaku rakyat kita berbangga kerana negara mempunyai kelengkapan perang. Alat pertahanan penting bagi sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia. Nasib baik kita tidak diserang dalam tempoh 52 tahun lalu.
Kalau negara diserang sudah tentu kita kalah kerana kelengkapan seperti kapal selam itu belum ada.Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu akan dibuat liputan secara langsung menerusi rancangan Hello Malaysia di RTM mulai jam 7:50 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua AKM akan menyambut ketibaan kapal selam berkenaan. Mereka akan mencucur air mawar dan menepung tawarkan kapal berkenaan. (tidak kah ada selepas ini mana - mana mufti mahu komen menyokong betapa amalan bertepung tawar ini amat sesuai dengan agama Islam)
Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.
KD TAR adalah antara dua kapal selam baru jenis Scorpene yang ditempah oleh kerajaan pada 2002 dengan kos pembelian berjumlah RM3.4 bilion. Ia dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan Navantia, syarikat pembuat kapal selam dariSepanyol.Sebuah lagi, yang dinamakan KD Tun Razak, akan ditauliahkan pada Oktober ini dan dijangka tiba di Malaysia pada Mac tahun depan.
Kapal inilah yang merupakan kapal selam terpakai yang dibeli oleh Kerajaan melalui syarikat Razak Baginda yang disebut dalam kes Altantuya. Sultan Mizan pernah rasmikan stadium yang setahun selepas itu runtah mungkin ketika menjadi Agong harapnya kapal selam yang dirasmikan tidak tenggelam terus selepas setahun......
Persoalanya ialah komisyen RM500 juta dan kematian Altantuya makin menjadi misteri 'rahsia terbuka' dengan ketibaan kapal selam ini......
14 ditahan dalam Operasi roboh Kg Buah Pala
11.20 pagi: Ketika kerja-kerja merobohkan rumah bernombor 467 berlangsung. Beberapa penduduk kampung yang bimbang rumah mereka akan dirobohkan merayu kepada Thomas Chan supaya rumah mereka tidak dirobohkan.
10.36 pagi: Rumah bernombor 467 buah dipercayai akan dirobohkan kerana kedengaran bunyi jentolak dan traktor di kawasan tersebut. Para pemberita tidak dibenarkan masuk ke kampung tersebut.
10.31 pagi: Polis bersama lima orang kontraktor yang membawa penukul besar menghampiri rumah bernombor 467 untuk merobohkannya.
10.20 pagi: Polis berbincang dengan Sugumaran dan penolong setiausaha persatuan menetap Tharmaraj. Pihak polis menyeru orang-orang kampung untuk mematuhi janji mereka kepada pihak pemaju sebelum ini.
Polis turut meminta Ketua Pemuda MIC T. Mohan untuk mengawal ahli-ahlinya daripada terlibat dengan pergaduhan seperti menghalang traktor dan jentolak yang digunakan untuk merobohkan kediaman penduduk Kg Buah Pala.
10.15 pagi: Polis berjaya menyelamtkan Gary Ho.
10.10 pagi: Beberapa traktor dilihat memasuki Kg Buah Pala untuk memulakan kerja-kerja perobohan selepas beberapa penduduk kampung bersetuju untuk pemaju bagi memberi kerjasama kepada pihak pemaju.
Bagaimanapun, sebahagian penduduk yang tidak tahu mengenai perjanjian tersebut berlaku sedikit kekecohan apabila penduduk kampung cuba menghalang traktor dan jentolak itu daripada merobohkan rumah mereka.
Terdapat juga beberapa orang penduduk yang cuba menyerang Beberapa juga mahu Gary Ho. Pasukan FRU cuba campur tangan untuk mengekalkan arahan yang telah diputuskan sebelum ini.
10.07 pagi: Penduduk kampung daripada rumah bernombor 467 menunjukkan kepada pihak polis satu perjanjian yang menunjukkan dia setuju dengan tindakan pemaju untuk merobohkan rumahnya.
Keadaan masih lagi kabur mengenai siapa yang akan merobohkan rumah- rumah penduk Kg Buah Pala kerana pihak polis meminta para wartawan meninggalkan kawasan tersebut.
9.55 pagi: Pengarah Urusan Nusmetro, Gary Ho tiba dengan membawa kunci-kunci rumah penduduk Kg Buah Pala. Dia turut merayu kepada penduduk kampung supaya tidak melambatkan proses merobohkan rumah mereka.
Penduduk kampung dan pemaju masih berdebat mengenai siapa yang harus menjalankan merobohkan dua rumah di kampung tersebut.
9.30 pagi: Sugumaran berkata penduduk kampung mahu merobohkan rumah tersebut sendiri.
Mereka berarak ke rumah tersebut.Penduduk kampung dan penyokong-penyokong menghalan para wartawan daripada memasuki kawasan kampung Kg Buah Pala dan berlaku sedikit pergelutan.
9.20 pagi: Pengerusi Penduduk Kg Buah Pala, M. Sugumaran berjumpa dengan Pengarah Eksekutif Nusmetro Venture, Thomas Chan.
Dia kemudian memaklumkan kepada para pemberita bahawa dua keluarga telah bersetuju rumah mereka untuk dirobohkan setelah mereka menerima pampasan dan menyerahkan kunci rumah masing-masing kepada pihak pemaju.
8.30 pagi: Dua balai polis bergerak dan tiga van polis tiba di Kg Buah Pala.
Kerja-kerja merobohkan rumah di kampung tersebut dijadualkan berlangsung hari ini.
7.30 pagi: Pemuda MIC dan penduduk kampung berbaris untuk menghalang pemaju dan kontraktor memasuki Kg Buah Pala untuk merobohkan rumah mereka.
Lebih daripada 20 kontraktor bersama dengan tukul besi bersiap sedia untuk masuk ke Kg Buah Pala.
2 Sep 2009
Ketua Bahagian, Cawangan UMNO Dalangi Demo Kepala Lembu



Sekurang-kurangnya empat pemimpin Umno peringkat cawangan dan bahagian dikenalpasti mendalangi demonstrasi mengheret kepala lembu bagi membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di Shah Alam, kata Ahli Parlimen kawasan itu Khalid Samad.
Khalid berkata penaja demostrasi itu ialah adik Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Ahmad Nawawi Datuk Mohd Zain. Seorang lagi yang dikenalpasti ialah Ketua UMNO Cawangan Seksyen 18, yang dikenali dengan nama Abang Mat. Selain itu Ketua Pemuda UMNO Selayang dan ketua Umno Cawangan Seksyen 16 Shah Alam turut mendalangi demostrasi itu pada Jumaat lalu, kata Khalid.
Khalid mendedahkan pihak yang mendalangi tunjuk perasaan berbau perkauman itu sebagai menyahut cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno Noh Omar yang menafikan pembabitan ahli UMNO. Noh adalah juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan dilaporan merestui tunjuk perasaan yang boleh membakar sentimen kaum Melayu.
Khalid berkata demikian setelah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Shah Alam Penolong Pesuruhjaya Polis Noor Azam Jamaludin untuk membincangkan tindakan susulan polis terhadap tunjuk perasaan itu.
Setakat ini polis belum membuat sebarang tangkapan walaupun anggota polis hadir semasa konco-konco UMNO mengheret, memijak dan meludah kepala lembu di depan pintu masuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri. Khalid memberitahu pmberita bahawa polis memaklumkan bahawa pihaknya telah selesai menjalankan siasatan dan kini menunggu arahan Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Lembu adalah binatang suci dalam agama Hindu. Demostrasi yang didalangi pemimpin UMNO itu bertujuan menghasut orang Melayu membantah pemindahan kuil berkenaan dan sekali gus membenci kaum India.
Kuil itu berusia lebih 100 setahun. Kerajaan negeri Pakatan Rakyat bercadang memindahkannya dari Seksyen 19 kerana ia terletak hanya 20 meter daripada kawasan perumahan. Tapak baru kuil yang dicadangkan di Seksyen 23 adalah dalam kawasan industri dan terletak lebih 200 meter daripada kawasan perumahan.
Pakatan Rakyat bertindak sebegitu kerana masalah kuil terlampau hampir dengan kawasan perumahan telah berlarutan sekian lama di bawah pemerintahan kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional. Sayugia diingati, kedua-dua kawasan iaitu Seksyen 19 dan 23 adalah kawasan majoriti Melayu sebagai semua kawasan perumahan di Shah Alam. Bezanya ialah kuil di tapak yang dicadangkan Pakatan Rakyat adalah dalam kawasan industri dan lebih jauh daripada kawasan perumahan.
Khalid turut menyanggah fitnah yang ditaburkan oleh Umno, kononnya Selangor mempunyai 8 ribu kuil dalam satu lagi cubaan untuk membakar sentimen orang Melayu.
"Di Parlimen Shah Alam sahaja, terdapat 6 kuil berdaftar dan 8 buah kuil bakal didaftarkan. Menjadikan jumlahnya hanya 14 berbanding dengan 70 buah masjid dan surau di seluruh Parlimen Shah Alam. Ini adalah angka yang munasabah," kata Khalid.
Merujuk kepada laporan bahawa Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein akan berdialog dengan penduduk Seksyen 23, Khalid mencabar Menteri itu supaya menjemput beliau sekali kepada majlis itu bagi mendengar rungutan penduduk berkenaan.
"Kalau betul Hishamuddin bersikap berkecuali, saya akan tunggu untuk beliau menjemput saya hadir pada perjumpaan itu supaya pandangan semua pihak boleh didengar dan diambil kira," kata Khalid.
Khalid melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hishamuddin bersimpati dengan penunjuk perasaan mengheret, memijak dan meludah kepala lembu tempoh hari. Beliau berkata Menteri itu seolah-olah mengiyakan tindakan mencerca agama lain untuk tujuan politik. TVA
Kota Seputeh: SPR Belakangi Hak Speaker
Keputusan SPR kelmarin telah terang dianggap adil oleh pemimpin UMNO. Ia juga suatu keputusan yang melegakan Datuk Abu Hasan Sarif, ADUN Kota Seputih yang jelas tidak bertanggungjawab, cuai dan menghina dewan undangan negeri Kedah.
Kenyataan Pengerusi SPR mengenai keputusan 'tiada kekosongan' di DUN Kota Seputeh adalah beralaskan hujah 'politik' bukannya 'perlembagaan'. Ia semacam sama dengan keputusan ketika memutuskan kedudukan dua ADUN Perak (Changkat Jering dan Behrang) pada 3 Februari 2009 lalu - tidak kosong kerusi kerana meletak jawatan melalui surat perletakan jawatan yang ditulis lebih awal sebelum melompat parti.
Alasan SPR mengenai Kota Seputih adalah berlandaskan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah ( ... mana-mana ahli dewan yang tidak hadir ke mesyuarat dewan dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, maka kerusinya hendaklah dikosongkan) yang ditafsirkan sebagai "tidak boleh disabitkan ke atas Abu Hasan kerana dua kali ketidakhadiran itu berlaku dalam dua penggal berlainan bukan dalam satu penggal yang sama." Sementara itu, SPR turut menerima bukti surat sakit ADUN tersebut sebagai alasan ketidak hadirannya ke sidang DUN.
Mungkin kita boleh komen atas alasan SPR itu: Pertama, Perkara 51 jelas tidak menyatakan kekosongan kerusi berlaku bila seseorang ADUN tidak hadir dua kali berturut-turut dalam tempoh satu penggal yang sama; keduanya, SPR mudah percaya dengan bukti surat sakit itu dibuat, tanpa mempersoalkan sejauhmanakah sahihnya, atau mungkinkah surat sakit itu bertujuan menutup kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab ADUN tersebut yang jelas menghina dewan undangan negeri.
SPR juga dilaporkan berpandangan bahawa di atas ketidakhadiran ADUN itu sebanyak dua kali berturut-turut, padan dengan dipanggil ADUN itu menghadap Jawatankuasa Terpilih Dewan atas kesalahan tidak melaporkan ketidakhadirannya ke sidang dewan. Di sini, mungkin SPR tidak melihat kekuatan Perkara 51, Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.
Seorang ADUN yang telah bersumpah dalam dewan wajib mematuhi kesemua undang-undang yang berkaitan. Maka, tindakan ADUN itu sudah jelas gagal melapordiri hadir adalah jelas melanggar Undang-undang Tubuh Negeri Kedah dan melanggar sumpahnya sendiri. Oleh itu, sewajarnya Speaker menghukum mengikut kuasanya, ADUN itu hendaklah gugur. Sekarang jelas, SPR sekali lagi bertindak tanpa melihat kuasa khas Speaker menurut lunas undang-undang yang ada. Sebaliknya SPR menyebelahi kedudukan ADUN yang cuai, engkar dan menghina dewan.
Sehubungan itu, kita sepatutnya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak untuk menyerahkan tindakan SPR itu kepada pihak Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Penasihat Undang-undang Negeri membawanya ke mahkamah. Sewajarnya keputusan SPR kelmarin diseret ke mahkamah bagi mendapat pentafsiran yang memuaskan semua pihak.
Sesuai dengan bulan Ramadhan al-mubarak ini, semestinya Tuhan Yang Esa bersifat adil seadil-adilnya dalam meletakkan segala amal perbuatan manusia. Layakkah seseorang itu menerima pahala atas perbuatan yang boleh mencetuskan kekalutan dalam negara? Semuga sifat maha pengampun Tuhan akan mengampunkan semua manusia yang bertaubat.
/harakahdaily
1.45 pm : Sidang Media sedang berlangsung | Nizar
1.40 pm : Sidang ditangguhkan Speaker | Nizar
PEMUDABESUT @ HIMPIT10K
Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN
SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)
TAJUK SEBELUM....
-
▼
2011
(11)
- ► 10/16 - 10/23 (1)
- ► 07/10 - 07/17 (1)
- ► 03/20 - 03/27 (1)
- ► 03/13 - 03/20 (5)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
-
►
2010
(558)
- ► 12/05 - 12/12 (2)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 11/21 - 11/28 (1)
- ► 11/14 - 11/21 (1)
- ► 10/31 - 11/07 (4)
- ► 10/24 - 10/31 (9)
- ► 10/17 - 10/24 (3)
- ► 10/10 - 10/17 (8)
- ► 10/03 - 10/10 (1)
- ► 09/19 - 09/26 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 08/01 - 08/08 (6)
- ► 07/25 - 08/01 (8)
- ► 07/18 - 07/25 (5)
- ► 07/11 - 07/18 (5)
- ► 07/04 - 07/11 (6)
- ► 06/27 - 07/04 (9)
- ► 06/20 - 06/27 (6)
- ► 06/13 - 06/20 (13)
- ► 06/06 - 06/13 (9)
- ► 05/30 - 06/06 (24)
- ► 05/23 - 05/30 (15)
- ► 05/16 - 05/23 (25)
- ► 05/09 - 05/16 (8)
- ► 05/02 - 05/09 (15)
- ► 04/25 - 05/02 (29)
- ► 04/18 - 04/25 (18)
- ► 04/11 - 04/18 (18)
- ► 04/04 - 04/11 (10)
- ► 03/28 - 04/04 (21)
- ► 03/21 - 03/28 (30)
- ► 03/14 - 03/21 (28)
- ► 03/07 - 03/14 (10)
- ► 02/28 - 03/07 (22)
- ► 02/21 - 02/28 (22)
- ► 02/14 - 02/21 (28)
- ► 02/07 - 02/14 (22)
- ► 01/31 - 02/07 (18)
- ► 01/24 - 01/31 (31)
- ► 01/17 - 01/24 (24)
- ► 01/10 - 01/17 (23)
- ► 01/03 - 01/10 (18)
-
►
2009
(1435)
- ► 12/27 - 01/03 (21)
- ► 12/20 - 12/27 (24)
- ► 12/13 - 12/20 (28)
- ► 12/06 - 12/13 (17)
- ► 11/29 - 12/06 (26)
- ► 11/22 - 11/29 (24)
- ► 11/15 - 11/22 (25)
- ► 11/08 - 11/15 (36)
- ► 11/01 - 11/08 (40)
- ► 10/25 - 11/01 (29)
- ► 10/18 - 10/25 (22)
- ► 10/11 - 10/18 (18)
- ► 10/04 - 10/11 (29)
- ► 09/27 - 10/04 (16)
- ► 09/20 - 09/27 (21)
- ► 09/13 - 09/20 (21)
- ► 09/06 - 09/13 (22)
- ► 08/30 - 09/06 (32)
- ► 08/23 - 08/30 (26)
- ► 08/16 - 08/23 (22)
- ► 08/09 - 08/16 (26)
- ► 08/02 - 08/09 (17)
- ► 07/26 - 08/02 (16)
- ► 07/19 - 07/26 (22)
- ► 07/12 - 07/19 (38)
- ► 07/05 - 07/12 (27)
- ► 06/28 - 07/05 (19)
- ► 06/21 - 06/28 (23)
- ► 06/14 - 06/21 (21)
- ► 06/07 - 06/14 (23)
- ► 05/31 - 06/07 (32)
- ► 05/24 - 05/31 (31)
- ► 05/17 - 05/24 (33)
- ► 05/10 - 05/17 (33)
- ► 05/03 - 05/10 (33)
- ► 04/26 - 05/03 (29)
- ► 04/19 - 04/26 (40)
- ► 04/12 - 04/19 (38)
- ► 04/05 - 04/12 (72)
- ► 03/29 - 04/05 (43)
- ► 03/22 - 03/29 (50)
- ► 03/15 - 03/22 (33)
- ► 03/08 - 03/15 (29)
- ► 03/01 - 03/08 (35)
- ► 02/22 - 03/01 (23)
- ► 02/15 - 02/22 (17)
- ► 02/08 - 02/15 (40)
- ► 02/01 - 02/08 (37)
- ► 01/25 - 02/01 (22)
- ► 01/18 - 01/25 (15)
- ► 01/11 - 01/18 (11)
- ► 01/04 - 01/11 (8)
-
►
2008
(536)
- ► 12/28 - 01/04 (10)
- ► 12/21 - 12/28 (9)
- ► 12/14 - 12/21 (16)
- ► 12/07 - 12/14 (16)
- ► 11/30 - 12/07 (24)
- ► 11/23 - 11/30 (24)
- ► 11/16 - 11/23 (17)
- ► 11/09 - 11/16 (21)
- ► 11/02 - 11/09 (37)
- ► 10/26 - 11/02 (23)
- ► 10/19 - 10/26 (28)
- ► 10/12 - 10/19 (29)
- ► 10/05 - 10/12 (44)
- ► 09/28 - 10/05 (24)
- ► 09/21 - 09/28 (30)
- ► 09/14 - 09/21 (39)
- ► 09/07 - 09/14 (41)
- ► 08/31 - 09/07 (15)
- ► 08/24 - 08/31 (19)
- ► 08/17 - 08/24 (4)
- ► 08/03 - 08/10 (22)
- ► 07/27 - 08/03 (37)
- ► 07/20 - 07/27 (5)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 05/18 - 05/25 (1)
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB
(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)
©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


