Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

5 Sep 2009

Dialog Seksyen 23: Khalid Setuju Alternatif Baru


Dialog antara kerajaan negeri Selangor penduduk Seksyen 23 Shah Alam hari ini menyaksikan Menteri Besar Khalid Ibrahim setuju untuk mencari kawasan alternatif bagi kuil Maha Sri Mahariamman.

Dalam dialog anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam hari ini, Khalid berkata kerajaan negeri akan melihat semula rancangan perpindahan kuil tersebut dari Seksysen 19 ke Seksyen 23, dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaian secepat mungkin.

Beliau meminta semua pihak untuk berhenti bertelagah sehingga kerajaan negeri selesai menemui semua pihak bagi memperhalusi keluhan dan cadangan masing-masing.

Selain dari Khalid, turut hadir adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Adun Batu Tiga Rodziah Ismail, Datuk Bandar Mazalan Md Noor dan Pengarah PKNS Othman Omar.

Saranan ini disambut baik oleh sebahagian dari 300 penduduk yang hadir, namun ada pihak yang masih tidak berpuas-hati dan melontarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.

Dialog yang sepatutnya bermula dengan matang bertukar tegang apabila ada individu tertentu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis dan para peserta dialog.

Baru sahaja dialog bermula, individu-individu terbabit naik keatas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang diiring pegawai MBSA keluar dari dewan tersebut supaya dialog dapat diteruskan dengan aman.

Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila ada individu-individu yang mencelah dan menjerit-jerit ketika Ahli Parlimen Khalid Samad cuba menjawab soalan dari penduduk.

Perjalanan dialog terus diganggu apabila giliran Rodziah Ismail di podium diselang-seli dengan laungan 'tipu, tipu, tipu' dari individu-individu terbabit.

Bahkan keadaan bertambah tegang apabila mereka turut menghina seorang penduduk etnik India. Pegawai MBSA terpaksa campurtangan bagi meleraikan ketegangan.

Perjalanan dialog terus terganggu dengan individu-individu yang terkinja-kinja melahirkan kemarahan di atas kerusi, lantai sehingga ke podium yang menempatkan panelis.

Mereka juga menuntut supaya media dihalang dari melaporkan prosiding dialog hari ini.

Melihatkan tiada keputusan dapat dibuat dalam dialog hari ini, pegawai-pegawai kerajaan negeri mengiringi Menteri Besar keluar dari dewan tersebut. Dialog ini berakhir kosong sebagaimana ia bermula. TVA

1 ulasan:

leysha berkata...

Saya heran, kalau dah kuil dibina atas tapak haram, milik orang lain maka semua aktiviti agamanya pun haramlah disisi undang-undang, tapi mengapa pula Pakatan Rakyat hendak halalkan benda yang dah haram dengan memberikan tapak ganti baru, nampaknya PR suka buat benda-benda HARAM jadi HALAL sebelum tu menuntut menjadikan anak HARAM LBH sebagai HALAL. Saya penyokong PKR tapi kurang setuju dengan langkah ini.

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.