Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

1 Sep 2009

Malam Merdeka: Anak Muda di Trg


Rakyat negeri Terengganu ‘seolah-olah’ hilang arah tuju apabila pentadbiran negeri ini hanya menumpukan kepada pembangunan fizikal tanpa memberikan fokus kepada pembinaan insan.

Pada penggal lalu, slogan ‘Impian menjadi Realiti’ menjadi zikir yang sentiasa diucapkan bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Slogan itu tidak sah jika diungkapkan dengan tidak disambung bersama wirid ‘Tidak Pernah Sebelum Ini’ Terengganu jadi begini.

Idris mengulang-ulang ’zikir dan wirid’ tersebut supaya ia disematkan ke dalam pemikiran rakyat Terengganu, kehebatan dirinya dan pentadbirannya bagi membukti janji pilihanraya 2004.

Pada pilihanraya umum ke 11, tahun 2004, Idris yang mendapat dokongan kuat Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan membawa ’pembangunan yang tidak pernah’ dilihat sebelum ini.

Kini, janji-janji tersebut menjadi ’badi’ dengan pelbagai peristiwa yang berlaku keatas negeri Terengganu benar-benar ’tidak pernah dilihat oleh mata’ rakyatnya.

Realiti yang benar-benar diimpikan oleh Idris, sebaliknya menjadi ’mimpi ngeri’ dengan kejadian stadium runtuh, pusat akuatik bocor dan siling lapangan terbang yang seing tercabut.

Pentadbiran negeri dibawah pengganti Idris, Dato’ Ahmad Said pula menghadapi pelbagai kesukaran sejak awal pelantikannya.

Ahmad masih tidak dapat ’berpijak dibumi nyata’ apabila kerajaan pimpinanya tidak dapat melangsungkan apa-apa program walaupun pelbagai slogan Idris diganti dengan ’merakyatkan pentadbiran’.

Kerajaan negeri dibawah pimpinan Ahmad yang sentiasa disaluti ’kontroversi’ juga tidak dapat memberi penumpuan kepada pembinaan insan.

Impak negatif kesan kekosongan pengisian jelas melanda golongan muda dan belia di negeri ini.

Kemunculan kumpulan ’punk’ dikalangan belia Terengganu membuktikan kegagalan slogan ’generasi ’Ulul-Albab’ Idris.

Kumpulan yang entah dari mana itu muncul kali pertama pada malam tahun baru 2008.

Selepas pilihanraya ke 12, pada Mac tahun 2008, Ahmad Said yang mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tidak mempunyai dasar belia yang jelas.

Ekoran kepincangan tersebut, gejala keruntuhan moral dan akhlak remaja dan belia semakin parah.

Ia jelas dengan pendedahan yang dibuat oleh Exco Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman, dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini.

Razif dalam menjawab soalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah mengatakan seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Fenomena tersebut jelas bila sebuah akhbar tempatan melaporkan tangkapan khalwat dan zina berlaku secara berleluasa terutamanya di daerah Dungun.

Selain itu, kegiatan tidak bermoral bukan sahaja melanda peringkat menengah dan pengajian Tinggi malah, beberapa pelajar sekolah rendah yang dibekalkan komputer e-book turut terlibat dengan penyimpanan gambar lucah.

Walaupun statistik jenayah negeri dilaporkan menurun, namun gejala keruntuhan akhlak dan moral semakin meningkat.

Kegiatan ’merempit’ sudah menjadi rutin hujung minggu dan menjadi cukup kritikal apabila Mat Rempit dilaporkan bukan sahaj melanggar sekatan jalanraya, malah beberapa kali dilaporkan ’bertempur’ dengan pihak polis.

Sumber polis memaklumkan kegiatan rempit mempunyai kaitan rapat dengan penagihan dadah terutama dadah sintetik.

Kegiatan pengedaran pil kuda sudah turun ke pringkat paling bawah sehingga menjadikan pelajar sekolah rendah sebagai perantaraan rangkaian ’pemasaran’ dadah tersebut.

Sehingga semalam, malam menjelang 31 Ogos, ulang tahun kemerdekaan negara, pelbagai kumpulan ’hybrid’ remaja dan belia muncul, menunjukkan kecelaruan hala tuju rakyat dibawah pentadbiran Umno dan BN.

Walaupun tidak ada apa-apa majlis sambutan dianjurkan oleh kerajaan negeri, perhimpunan ’haram’ menyambut ’count down’ jam 12 malam telah diadakan terutamanya di perkarangan Taman Shahbandar dan stesen bas Tanjung.

’Tidak pernah sebelum ini’ anak muda, remaja dan belia mengadakan majlis tarian secara terbuka, ditempat awam dan disertai khalayak ramai tanpa segan dan silu.

Tiada ulasan:

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.