Ruang Iklan Untuk Disewa (RM50 sahaja Sebulan) Sila Email dppkbesut@gmail.com untuk tempahan.

TV ONLINE

9 Nov 2008

Kerusi terbang warnai sidang Umno Seremban ~ Malaysiakini



KECOH... Sebahagian daripada anggota perwakilan cuba
mententeramkan perwakilan yang bertengkar ketika Mesyuarat
Perwakilan Umno Bahagian Seremban di dewan Kelab Golf
Taman Tuanku Ja'afar hari ini. - fotoBERNAMA

[DIKEMAS KINI] SEREMBAN: Mesyuarat peringkat bahagian yang dijadual berakhir hari ini 'tercemar' apabila Persidangan Perwakilan Umno Seremban pagi ini terpaksa ditangguhkan ekoran pergaduhan sehingga menyebabkan dua perwakilan cedera ringan.

REAKSI PRESIDEN

Dalam reaksi segera di Kepala Batas, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kecewa dengan pergaduhan yang berlaku sambil menyifatkan ia sebagai kejadian yang amat memalukan.

Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dan setiap perwakilan harus mematuhi peraturan dan perjalanan mesyuarat dengan baik, kata beliau.

Tegas beliau, tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka yang terlibat jika didapati bersalah.

Katanya, bukan sahaja politik wang yang boleh dikenakan tindakan disiplin malahan kes yang melibatkan pergaduhan juga boleh diambil tindakan sama.

Sebaik diajukan soalan itu oleh wartawan, beliau terus menghubungi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menerusi telefon bimbit seorang pengawal peribadinya bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian itu.

Perdana Menteri berkata, oleh kerana kejadian itu mengakibatkan kecederaan kepada perwakilan, ia juga merupakan satu perbuatan jenayah dan boleh dikenakan tindakan menurut Kanun Keseksaan.

Ketua Umno Cawangan Jalan Kuala Pilah, Abd. Halim Lokman pula membuat laporan di Balai Polis Senawang kerana cedera dipukul seorang pengawal keselamatan.



SEBAHAGIAN daripada anggota perwakilan cuba meleraikan
pergaduhan yang tercetus pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian
Seremban di dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar. - fotoBERNAMA

PUNCA KEJADIAN

Mesyuarat yang dimulakan pada pukul 10 pagi tadi menjadi gamat dengan adegan baling kerusi dan tumbukmenumbuk di dalam dewan Kelab Golf Taman Tuanku Ja'afar.

Keadaan menjadi kecoh selepas kira-kira 20 minit mesyuarat dimulakan apabila salah seorang ahli Umno cawangan bahagian itu enggan balik ke tempat duduk walaupun diarahkan oleh Timbalan Pengerusi Tetap bahagian Othman Senara.

Apabila seorang ahli jawatankuasa keselamatan cuba meminta lelaki itu duduk, beberapa orang penyokongnya bangun dan menimbulkan kekecohan yang berlarutan selama hampir setengah jam menyebabkan sebahagian daripada perwakilan yang datang melarikan diri.

Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail kemudian mengeluarkan usul supaya mesyuarat itu ditangguh dan diserahkan perjalanannya kepada Majlis Tertinggi.



KETUA Cawangan UMNO Sikamat Datuk Md. Yusop Harmain Shah
bersetuju dengan Timbalan Pengerusi Tetap menanguhkan Persidangan tersebut apabila keaadaan tidak dapat dikawal
sehingga ada perwakilan bertumbuk, membaling kerusi dan mengeluarkan kata-kata kesat. - foto Utusan oleh ABD. RAZAK AID

Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang kemudian mengadakan sidang akhbar untuk kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu selepas melakukan demontrasi di hadapan dewan dengan membawa sepanduk mengutuk Ishak.

Katanya, kumpulan yang menimbulkan kekecohan itu cuma mahu melahirkan rasa tidak puas hati kerana cawangan-cawangan mereka belum lagi bermesyuarat.

"Ishak dengan sewenang-wenangnya menggunakan kuasa untuk mengadakan mesyuarat bahagian walaupun Majlis Tertinggi mahukan semua mesyuarat cawangan diselesaikan dahulu, baru boleh mesyuarat bahagian dibuat," katanya.

RAHIM ELAK WARTAWAN

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Umno Bahagian Seremban yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik hadir pada mesyuarat itu, tetapi beliau enggan menemui pemberita.

Kelmarin, Mohd. Nor yang telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 September lepas atas dua tuduhan memberi rasuah kepada perwakilan, telah melakukan demontrasi di hadapan Wisma Umno Negeri Sembilan.

Beliau yang sepatutnya mencabar Ishak gagal bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban selepas Majlis Tertinggi kelmarin membuat pengumuman bahawa beliau tidak layak bertanding jawatan itu kerana masih dalam pertuduhan rasuah.

Ini bukan kali pertama kekecohan disaksikan ketika persidangan perwakilan di peringkat bahagian.

Pada 17 Oktober lalu, Persidangan Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang kecoh apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

ULASAN MB

Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, insiden pergaduhan pada persidangan perwakilan Umno Bahagian Seremban pagi ini tidak sepatutnya berlaku.

Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata beliau akan meneliti laporan penuh insiden itu daripada jawatankuasa pemantau.

"Setakat ini, saya sedang menunggu laporan jawatankuasa pemantau," katanya kepada pemberita ketika mengulas kejadian iu.

1 ulasan:

tepet berkata...

Den dongar ado yang dapat hole in1 kek tompat meeting tu hik hik hik abih kedi kedi bertempiaran hik hik hik

PEMUDABESUT @ HIMPIT10K

Berita berkaitan dalam PEMUDA BESUT

Blog Widget by LinkWithin

Hancur...Hancur..... Hancur Yahudi.....

ANTARA YANG WAJIB KITA LAKUKAN
Kita Mampu Melakukannya Insyaallah

Wahai Ummat Islam ! Marilah kita lakukan apa sahaja yang mampu kita lakukan demi saudara seagama dan seaqidah yang kini sedang dizalimi , dikepong dan diletupkan oleh Yahudi Alaihilaknatullah .

Mudah-mudahan kita tidak termasuk dalam golongan yang membiayai Yahudi untuk membunuh Ummat Islam di Palestine .


BOYCOTT ISRAEL CAMPAIGN

SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT (SILA KLIK)

TAJUK SEBELUM....

PANDANGAN DALAM LAMAN INI
TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER & DPPKB

(DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN)

©1429 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini
untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.